Namun begitu, tidak semua orang mampu berpuasa. Ada yang diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa kerana uzur, sakit dan sebagainya.
Tidak semua yang sakit tidak boleh berpuasa. Orang yang mempunyai kencing manis masih boleh berpuasa tetapi dengan beberapa tips tertentu.
Ya. Boleh berpuasa!
Berikut adalah beberapa persoalan yang sering ditanya oleh pesakit kencing manis berkaitan puasa.
Soalan 1: Saya tahu ramai pesakit kencing manis boleh berpuasa. Langsung tiada masalah. Masih sihat. Adakah saya juga boleh berpuasa?
Ya. Ramai pesakit boleh berpuasa tetapi setiap orang berbeza. Sebarang keputusan perlu dirujuk kepada doktor terlebih dahulu. Jenis ubat yang diambil juga mempengaruhi keputusan tersebut.
Sepatutnya, beberapa bulan sebelum Ramadhan, pesakit kencing manis perlu berbincang dengan doktor bagaimana keadaan badan pesakit bagi menghadapi bulan puasa.
Doktor boleh bantu untuk rancang pemakanan / pengambilan ubat yang sesuai di bulan puasa.
Soalan 2: Apa bahayanya bila orang ada kencing manis berpuasa?
3 Risiko utama yang biasanya ditakuti berlaku kepada pesakit kencing manis adalah:
1. Rendah paras gula dalam darah (hypoglycemia)
Biasanya terjadi kepada mereka yang ambil insulin atau beberapa pil kencing manis yang tertentu. Hadkan aktiviti fizikal ketika berpuasa dan lebih cergas selepas matahari tenggelam.Berbincang dengan doktor untuk mengetahui adakah ubat yang diambil boleh menyebabkan anda mengalami kes ini.
2. Tinggi paras gula dalam darah (hyperglycemia)
Ia selalu terjadi selepas berbuka. Ketika berbuka, kita mungkin terlebih makan dan ia boleh menyebabkan kesan hyperglycemia.Elakkan makan makanan yang manis, dan pastikan portion makanan yang diambil adalah sederhana.
3. Dehidrasi
Ia biasa berlaku jika berpuasa di musim panas. Pastikan minum air tanpa gula dengan banyak ketika berpuasa dan ketika sahur. Elakkan minum air berkaffein.Soalan 3: Ada orang kata, saya tidak boleh cek paras gula ketika berpuasa. Ia boleh membatalkan puasa. Betul ke?
Cek paras gula tidak akan membatalkan puasa. Pesakit kencing manis mesti cek paras gula terutama nak cek ia rendah atau tidak. Jika paras gula sangat rendah (kurang 70 mg/dl), pesakit disarankan untuk berbuka puasa.
Soalan 4: Adakah saya perlu berhenti makan ubat dalam bulan ini?
Tidak. Anda perlu teruskan pengambilan ubat, tetapi dengan tukar masa ke masa yang sesuai. Mungkin dos ubat juga berubah.
Sebab itulah, anda perlu membuat temujanji sebelum tiba Ramadhan dengan doktor anda untuk rancang pengambilan ubat ketika bulan Ramadhan.
Soalan 5: Bagaimana saya nak kawal pemakanan semasa puasa?
Ketika sahur, anda perlu ambil karbohidrat yang seimbang dengan protein dan lemak untuk bantu rendahkan kadar penghadaman makanan. Ia juga perlu untuk memberi rasa kenyang lebih lama sepanjang hari.
Contoh pemakanan adalah seperti bijirin, oat atau roti berserat.
Selepas berbuka, adalah digalakkan untuk berbuka dengan kurma dan sedikit air terlebih dahulu. Minum air kosong yang banyak selepas berbuka. Elakkan minum minuman berkafein untuk elak dehidrasi.
Kawal pemakanan. Jangan berlebihan ketika berpuasa.
Kekalkan pemakanan yang seimbang dengan mencampurkan semua nutrisi.
sumber: http://www.joslin.org/info/Ramadan-and-Diabetes.html
Jadual 1 : Contoh Menu Pesakit Diabetes Ketika Berpuasa
Waktu makan(tidak berpuasa) | Waktu makan (waktu cadangan)(berpuasa) | Contoh Menu |
Sarapan pagi | Berbuka puasa(7.30 malam) |
|
Makan tengah hari | Selepas solat maghrib(8.00 malam) |
|
Minum petang | Selepas tarawih / minum malam(10.30 malam) |
|
Makan malam | Sahur(5.00 pagi) |
|
sumber: http://www.mmgazette.com
Wanita dalam video di bawah tidak menyangka boleh berpuasa penuh 30 hari, ikuti rahsia beliau bertahan walaupun sebelum itu tidak pernah dapat berpuasa sehari penuh.