Ada banyak aplikasi yang dibina untuk smart phone sekarang ni.
Ada aplikasi gps macam Google Map, Waze dan macam-macam lagi. Ada aplikasi game juga, ada aplikasi education.
Tapi ramai yang tak perasan ada aplikasi yang bagus untuk bantu kita cergas dan kekalkan kesihatan.
Aplikasi kesihatan yang boleh bantu kira kalori yang dibakar, aplikasi yang boleh sediakan info kesihatan, aplikasi kira step berjalan, dan aplikasi yang tunjuk video senaman.
Semua aplikasi itu adalah diantara 35 Aplikasi Android (Kesihatan dan Fitness) yang wajib anda install cuba untuk bantu anda lebih disiplin untuk jaga kesihatan.
Sila klik link di setiap tajuk apps untuk anda terus install dari Google Play (jika anda gunakan browse web ini guna handphone.
1. Google Fit
Aplikasi ni hanya boleh dipasang pada alatan Android Wear sahaja.
Ia digunakan untuk kira jumlah step berjalan, berlari dan berbasikal. Anda boleh set target pada aplikasi ini, dan boleh tengok perkembangan kita dari semasa ke semasa.
Boleh juga digandingkan dengan alatan fitness lain dan dapatkan dalam satu aplikasi sahaja.
2. Health Mate
Track aktiviti fizikal kita dengan fungsi Withings Pulse atau RunKeeper. Ia boleh track berat juga guna fungsi Withing Smart Scale atau kita masukkan berat kita secara manual.
Aplikasi ni akan tukar data kita tu dalam bentuk graf, boleh set reminder dan beri anda motivasi berpanjangan.
Anda juga boleh track tidur dan data tekanan darah juga.
3. Pedometer.
Aplikasi ni nampak simple tapi bagus untuk rekod steps perjalanan kita dan berapa kalori yang dah terbakar.
4. Health Manager
Aplikasi ni boleh bantu anda track berat, habit buruk seperti merokok, pengambilan air harian anda dan fitness / kecergasan keseluruhan.
Jika anda sedang cuba berhenti merokok, aplikasi ini boleh bantu anda track performance anda dari masa ke semasa.
5. Calorie Counter
Aplikasi ni ada database terbesar untuk senarai makanan. Lebih dari 5 juta makanan dan ada senarai kalori untuk makanan tersebut.
6. Water Your Body
Aplikasi ini boleh bantu untuk track pengambilan air anda supaya tidak dehidrasi. Ia akan ingatkan anda bila masanya untuk lebihkan minum air.
7. Healthy Recipes.
Ada orang kata, makanan untuk kesihatan bukannya sedap sangat. Nak tahu makanan sihat yang sedap?
Aplikasi ini ada senarai resipi yang sedap-sedap dan berkhasiat. Ada resepi yang mudah dan cepat untuk disediakan.
8. Instant Heart Rate.
Hanya letakkan jari anda pada kamera telefon dan anda akan dapat tahu kadar gerakan jantung anda. Awesome kan?
Aplikasi ini guna kamera telefon anda untuk track perubahan warna jari untuk kira kadar degupan jantung. Ada disertakan dengan paparan berbentuk carta.
9. Healthy Food Chart
Tercari-cari makanan yang sesuai dimakan untuk lawan jangkitan penyakit dan sembuhkan rasa lemah badan?
Aplikasi ni sediakan carta makanan yang tunjukkan apa makanan yang perlu dimakan untuk bantu dari pelbagai jenis penyakit.
10. Healthy Facts
Aplikasi ini sediakan info berguna tentang diet, senaman, suplemen, kesihatan, kebersihan dan macam-macam lagi.
Anda pasti teruja.
11. 7min Full Workout
Tiada masa ke gym? Jangan risau. Anda boleh guna aplikasi ini untuk dapatkan senaman untuk satu badan hanya dalam masa 7 minit.
Aplikasi ini ada 12 senaman yang menggunakan kerusi dan dinding untuk dicuba.
12. iTriage Health
Aplikasi ini dibina oleh dua doktor ER (emergency Room) dan kandungan aplikasi ini disemak oleh Harvard Medical School untuk pastikan ia tepat dan up-to-date.
Cari simptom penyakit dalam aplikasi ini, dan ia akan menunjukkan apa rawatan paling sesuai untuk simptom tersebut.
13. Noom Walk Pedometer
Aplikasi ini boleh track langkah anda dan ini boleh bantu anda capai target untuk lebih cergas.
14. WebMD for Android
Website WebMD memang terkenal dengan info tentang kesihatan. Aplikasi ini bantu peminat web ini untuk mudahkan carian hanya dengan menggunakan telefon sahaja.
Anda boleh cari simptom penyakit, apa langkah merawat, dan ada juga fungsi untuk mengenalpasti jenis pill.
15. Weight Loss & Healthy Foods
Jika anda nak kurus dengan cepat tetapi secara semulajadi, aplikasi ini boleh tunjukkan makanan yang harus anda makan untuk kurus dengan cepat.
Tak perlu ambil sebarang pil diet, aplikasi ini boleh bantu anda untuk kurus dengan pemakanan yang sihat.
16. Health-Tracker
Aplikasi ni boleh track pelbagai info tentang badan kita seperti berat, lemak, glukosa, paras gula dalam darah, tekanan darah dan banyak lagi.
Masukkan info anda secara manual dan aplikasi ini bantu kirakan statistik tentang kesihatan dan paparkan tahap kesihatan anda berdasarkan info itu.
17. Period Calendar.
Aplikasi ini memang khas untuk wanita. Ia boleh track period anda dan bantu anda plan travel atau aktiviti anda, atau jangkaan tidak datang bulan bila nak cek expecting due date untuk wanita hamil.
18. Health Calc.
Aplikasi ini boleh bantu kira BMI anda, kadar metabolisme dan perkiraan pengambilan karbohidrat, protein dan lemak harian.
Aplikasi ini boleh bantu anda untuk rancang diet seperti low-carb diet, ketogenic, Atkins dan lain-lain.
sumber : http://www.datamation.com/
bersambung ke Bahagian 2