Sunday, July 19, 2015

5 Tips Travel Berhari Raya Dengan Anak Kecil Yang Super Aktif Supaya Kekal Sihat


Selamat Hari Raya pengunjung blog Tip Sihat Selalu. Ida doakan semua sihat dan ceria melalui hari raya yang penuh berkat ini.

Beraya di mana tahun ini? Ida dan family beraya di Jengka dan Sungai Buloh.

Hari ini dah masuk raya kedua. Raya pertama yang berlalu semalam pasti lebih meriah dengan aktiviti ziarah dan makan-makan. 

Raya pertama Ida juga sangat best. Anak-anak sangat aktif bermain bersama sepupu-sepupu mereka. Iyelah. Jumpa pun jarang-jarang.

Biasa masa raya banyak travel dan ke sana sini. Jadi, kat sini Ida nak kongsi a few tips untuk bagi anak-anak kekal aktif supaya tak mudah jatuh sakit di hari raya.

Ini semua berdasarkan pengalaman sendiri bersama 4 anak lelaki.Tips ini mungkin lebih sesuai untuk anak-anak yang berumur 2-6 tahun. Moga dapat membantu.



1. Bawa bekalan asas secukupnya

Bila travel menziarahi rumah ke rumah, Ida tidak lupa membawa bekalan asas anak yang cukup. Contohnya susu dan pampers walaupun sekejap.

Anak Ida yang umur 2 tahun dan 4 tahun masih minum susu dan pakai pampers. Memang mereka boleh makan macam-macam masa beraya, tapi asasnya, minum susu tak boleh dilupa supaya kekal kenyang dan bertenaga.

Lagipun, minuman yang disediakan ketika berhari-raya manis dan ada yang berkarbonat.




2. Bawa baju lebih selain bekalan susu

Bawa baju lebih ketika travel berhari-raya agak penting untuk anak-anak yang super aktif. Ini kerana bila berhari-raya pasti ambil masa agak lama.

Mungkin ambil masa setengah hari, dan mungkin sehari suntuk. Banyak tempat dan rumah saudara mara yang ingin dikunjungi.

Bila menjelang petang, Ida biasanya akan tumpang mandikan anak-anak dirumah yang Ida ziarah terutama untuk anak kecil umur 2 tahun dan 4 tahun.

Ida akan pastikan mereka kekal segar kerana biasanya baju mereka yang berbau kerana berpeluh akibat asyik bermain dengan aktif.



3. Ingatkan mereka untuk makan, minum

Anak-anak dan sepupu-sepupu mereka di hari raya pertama

Anak kecil memang kadang-kala sangat aktif bermain sehingga lupa nak makan dan minum. 

Agenda bermain dengan kawan dan sepupu sangat penting bagi mereka sehingga ada yang abaikan makan dan minum.

Ida sering ingatkan untuk mereka menjamah makanan berat walaupun sedikit dan minum air kosong supaya perut terisi. Ida suka suapkan mereka makan sedikit walaupun mereka sudah boleh makan sendiri.

Ada ketika bila mereka lambat untuk makan, perut mereka akan sakit dan muntah kerana telah dimasuki angin.

Muntah di tengah-tengah perjalanan di dalam kereta adalah sesuatu yang sangat-sangat perlu dielakkan. Pasti mood beraya dah tak best bila ada kejadian begitu.


4. Berhati-hati dengan cuaca

Cuaca di jengka sangat panas. Jadi, Ida akan cuba elakkan anak-anak untuk berjemur di tengah panas dan sentiasa berada di dalam rumah.

Anak kecil mudah terhidrat dan dijangkiti penyakit kerana alah dengan cuaca. Cuaca hujan sama bahaya juga.


5. Cukupkan nutrien



Travel berhari-raya memang makan pun tak menentu. Kuih-kuih raya yang manis, serta makanan berlemak. Itu belum campur air manis dan berkarbonat lagi.

Saya tidak lupa bekalkan multivitamin Vitalea For Kids untuk anak supaya dapat cukupkan nutrien dalam badan.


Vitalea ada 18 Vitamin dan mineral yang dapat memenuhi keperluan vitamin dan nutrien harian anak dan lindungi mereka dari jangkitan penyakit.

Vitalea ni memang anak-anak suka sebab manis dan berperisa anggur. Pemanis dalam Vitalea ni tak rosakkan gigi, sebab bahan yang digunakan adalah Xylitol, pemanis semulajadi.


Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Maaf zahir dan batin kepada semua.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...