Wednesday, April 24, 2013

Kurangkan Berat Badan Tanpa Supplemen

Anda pasti teruja untuk tahu. Ya. Sememangnya 8 cara ini adalah cara semulajadi untuk kuruskan badan, namun mesti diikuti dengan DISIPLIN dan kekuatan minda. Cara-cara ini sangat berkesan, dan anda pasti tidak akan gemuk semula.


1. Buat Target yang PASTI boleh dicapai.
Ramai berangan-angan untuk kurus, tapi tiada target. Bila kita ada target, kita boleh rancang apa tindakan kita untuk capai target itu. Target mesti achievable (yang Pasti Boleh dicapai) dan realistik. Dengan target yang ada, kita akan berusaha untuk capai target untuk kurus.. dan ia pasti boleh capai.

"Aku akan turun 2 kg dalam masa sebulan"--> Ok kan?


2. Tengok balik apa habit pemakanan kita.
Ini yang ramai tak suka dengar. Apabila kita rancang nak kurus, memang tak boleh lari dari kawal pemakanan. Tapi, jgn salah anggap. Kawal pemakanan bukan maksud berlapar. Makan bila perlu dan makan dengan portion yang seimbang. Nutrient mesti cukup. Amacam, boleh ikut tak rasa-rasanya?



3. Makan hidangan bersaiz kecil.
Mengikut kebiasaan kita, kita akan makan 3 kali hidangan berat. Tak campur kudapan-kudapan sampingan di antaranya. Tapi, untuk kurus, tidak boleh lagi buat macam tu. Kecilkan saiz makanan berat anda kepada makanan ringan yang berkhasiat tetapi kerap. 5 - 6 kali makan sehari TETAPI saiz yang kecil. Dari 3 hidangan berupa nasi, mungkin kita kurangkan ke 6 hidangan dengan makan roti sahaja. Ia berkesan untuk mengurangkan berat badan kerana ia meningkatkan metabolisma badan.


4. Kurangkan makanan berlemak --> tukar ke rendah lemak.
Tukarkan snek-snek tidak sihat seperti manisan, junk food, burger, nugget kepada buah-buahan. Jimat duit pun boleh juga.



5. Banyakkan makan buah-buahan 
Buah-buahan adalah makanan terbaik untuk kurangkan berat badan kerana ia penuh dengan vitamins dan antioksidan yang membuatkan kita rasa cergas dan sihat. Buah-buahan adalah sumber tenaga, malahan rendah kalori.



6. Minum air kosong.
Air kosong adalah minuman untuk kurus paling semulajadi. Anda disarankan untuk minum 8 gelas air kosong sehari kerana ia boleh meningkatkan metabolisme badan, dan badan juga rasa cergas dan bertenaga. Air kosong akan membuang toksin dalam badan. Toksin-toksin inilah yang melambatkan proses untuk kurus.


7. Minum Teh Hijau.
Teh Hijau adalah minuman semulajadi yg sering diamalkan oleh kaum cina. Ia boleh meningkatkan metabolisme badan dan juga aktioksida yang berkesan.


8. Bergerak dan Melakukan Aktiviti.
Cara semulajadi yang PALING berkesan untuk kurus adalah AKTIF melakukan aktiviti. Membuat aktiviti fizikal sangat tidak mengecewakan anda jika anda tidak ingin menjadi gemuk semula. Ia adalah pasti! Anda pasti boleh mengekalkan bentuk badan yang cun dan menarik dengan BERSENAM. Anda hanya perlu disiplin untuk melakukan aktiviti ringan semudah berjalan setiap petang, kerana ia mampu membentu otot dan juga meningkatkan metabolisma.


  • Lakukan aktiviti dalam 30-40 minit sehari mampu membakar lemak, meningkatkan peredaran darah yg baik dan kecergasan menyeluruh. Ia berkesan untuk kurus secara semulajadi.
  • Bersenam di gim selama sejam juga boleh memberi kesan. Jika anda tidak suka ke gim, mungkin kerana kekangan masa dan duit, anda boleh cuba aktiviti di bawah:


  1. Berlari naik dan turun tangga
  2. Berjoget / Senam irama diiringi lagu rancak (kalau malu, boleh buat sorang-sorang, tutup pintu. hikhik)
  3. Berjoging di sekeliling taman.
  4. Buat yoga
  5. Buka youtube, dan ikuti aktiviti kardiovaskular yang mudah diikuti.

sumber: http://www.wikihow.com/Lose-Weight-Naturally

Anda pasti tidak menyesal untuk mengikuti 8 tips ini dan sekaligus mendapat pulangan yang hebat: BERAT YANG IDEAL dan BENTUK BADAN YANG MENAWAN. 

feewitt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...