Setelah bercerita tentang 3 Perkara Menarik Tentang Diri Saya, cabaran hari ke 2 pula tentang percutian Idaman saya.
Saya telah pun merancang percutian Idaman saya walaupun saya tak tahu bila nak pergi. Merancang dengan hanya tahu di mana tempat terawal saya nak pergi jika ke oversea dan jika saya mampu.
Untuk pengetahuan, saya tidak pernah ke oversea. hihi. Kesian kan? Hanya sekali aje saya naik flight, itu pun hanya ke Sabah. Oklah, dari tak merasa langsung.
Ini adalah Vision Board saya.
Vision Board adalah gambaran impian saya yang saya akan capai satu hari nanti. Ada tiga tempat yang menjadi percutian impian saya. Cuba teka di mana?
Ha... Pandai pun.
Ok jom bercerita.
Percutian Impian No 1: Masjidil Haram Mekah.
Percutian paling saya naaakkk sangat, saya percaya saya akan pergi pada Disember 2015 bersama suami. Umrah pertama.
Kenapa Disember 2015?
Pertama sebab ia cuti sekolah. Saya boleh pergi dengan suami. Suami saya cikgu. Jadi, ia adalah masa paling sesuai untuk ke sana.
Kenapa tahun depan, kenapa bukan tahun ni?
Sebab anak saya paling kecil dah umur 2 tahun lebih ketika itu. Mudah untuk saya minta tolong sesiapa untuk jagakan. Lagipun kewangan masih belum stabil lagi.
Saya tak tahu bila ajal saya, dan saya doa semoga Allah bagi saya kesempatan untuk jejakkan kaki ke sana walaupun sekali sebelum ajal saya menjemput.
Percutian Impian No 2: Jepun
Saya merancang untuk pergi ke sana ketika Perayaan Hanami, masa akhir Mac dan awal April ketika bunga sakura mengembang.
Macamana saya boleh pilih Jepun?
Saya tertarik nak pergi Jepun setelah mendengar cerita pengalaman kawan saya ke sana ketika beliau membuat kursus Bahasa Jepun di tempat saya.
Lagipun, nak tengok sendiri betapa bersih dan sopannya orang Jepun, etika yang sangat dituntut oleh Islam tetapi dipraktikkan oleh orang Jepun. Orang kata kalau kita tertinggal dompet di mana-mana, ia tetap ada di situ jika kita kembali semula untuk ambil. Jaaauuhh beza dengan keadaan di Malaysia.
Percutian Impian No 3: Turki
Saya sangat tertarik untuk melawat Turki selepas mengikuti seminar Parenting di mana salah seorang ahli panelnya adalah ustaz favourite saya, Ustaz Syaari yang menjadi panel di Ikim.fm setiap Isnin petang.
Beliau bercerita tentang pemikiran Al-Fateh yang sangat saya kagumi. Bagaimana pada umur 21 tahun, beliau berjaya menakluki Constantinople dan menjadikan hadis Nabi yang orang anggap mustahil satu tika dulu menjadi realiti.
Saya nak tengok sendiri besarnya bukit yang menjadi laluan kapal-kapal Al-Fateh, saya nak tengok sendiri meriam binaan Al-fateh sendiri yang ditempah dengan pakar besi ketika itu. Nak tengok sendiri tempat tinggal Al-Fateh, 'superman' yang sepatutnya menjadi idola belia hari ini.
Saya nak bawa semua hero-hero saya tengok sendiri bagaimana seorang HERO hebat pernah lahir dan takluk sebahagian besar tempat di Timur Tengah dan Eropah dan membuatkan Islam gah di mata dunia. Ia bukan cerita dongeng, tapi ia benar-benar wujud.
Fuh. Besarnya Cita-cita saya.
Saya yakin satu hari nanti, semua ini menjadi Realiti
1 comment :
Cara akak tetapkan tempat n bila nak pergi bercuti tu betul2 menarik minat saya..baru terfikirtak cukup jelas lagi vb saya rupanya..nak pergi bercuti tapi tak tengok musim heheh..sabor jelah..btw, sy doakan kejayaan akak seperti yg akk impikan..insya Allah :)
Post a Comment