Monday, April 21, 2014

4 Fungsi GLA untuk Lelaki yang Ramai Orang Tidak Tahu

GLA berkait rapat dengan perempuan, tetapi sebenarnya lelaki juga boleh makan GLA. GLA adalah satu bahan yang biasa terdapat dalam borage oil dan evening primrose oil. Ia adalah sejenis asid omega-6 yang bantu kurangkan keradangan dan galak pertumbuhan sel.

Ada 4 Fungsi GLA untuk Lelaki, dan semestinya tak ramai pun orang tahu mengenainya.





1. Diabetes

GLA ada lemak asid yang boleh bantu badan tukarkan kepada sejenis bahan namanya prostaglandin E1 (PGE1). Pesakit Diabetes, lelaki dan perempuan yang ada masalah metabolisme cenderung untuk tidak dapat hasilkan GLA oleh badan. GLA bantu kurangkan simptom berkaitan saraf yang sering dialami oleh pesakit diabetes.






2. Ekzema

Golongan lelaki yang mengalami ekzema sering dikaitkan dengan masalah kekurangan GLA. Satu kajian mendapati lebih dari 1200 pesakit ekzema dan dermatitis memberitahu, GLA bantu untuk mengurangkan kegatalan, edema dan kemerahan pada kulit. Kajian lain juga ada membuktikan GLA membantu meredakan ruam pada kulit yang mengalami alergi.





3. Arthritis (sakit sendi dan lutut)

Golongan Lelaki yang mengalami rheumatoid arthritis boleh mengambil GLA kerana kandungan GLA yang bertukar ke PGE1 menghasilkan kesan anti-keradangan. Kajian dari Glasgow Royal Infirmary, Scotland membuktikan 60 peratus pesakit rheumatoid arthritis yang ambil GLA dan digabungkan dengan minyak ikan mengalami perubahan ketara namun keputusannya masih tidak konsisten.






4. ADHD dan Sindrom Letih yang Kronik

GLA mampu bantu lelaki yang mengalami attention deficit/hyperativity disorder (ADHD) dan Sindrom Letih yang Kronik. Kajian dari The Herb Growing & Marketing Network mendapati dua pertiga dari kanak-kanak yang ADHD mengalami perubahan setelah mengambil GLA.

sumber: http://www.livestrong.com

dapat GLA Shaklee hari ni dengan harga  RM91





dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...