Pada 21hb Disember yang lalu, saya sekeluarga (bersama suami dan 4 anak) telah bercuti ke Bukit Gambang Resort City. Kami tinggal di Resort selama 3 hari 2 malam dan masuk ke Water Park dan Safari.
Anak-anak sangat gembira dan enjoy sepanjang 3 hari 2 malam di sana.
Agak menyenangkan kerana tidak terkejar-kejar untuk masuk ke kedua-dua Park (Water Park dan Safari Park) dengan anak yang ramai.
Entry ini tiada banyak gambar. Memang cukup busy menguruskan anak, dan gambar kenangan tidak banyak boleh diambil.
Mungkin Entry ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang berkira-kira bajet bercuti yang setara dengan bajet kami.
Bajet Resort
Resort di sana ada dua jenis.Satu Arabian Bay Resort. Satu lagi Carrebean Bay Resort.
Kami pilih tinggal di Arabian.
Bilik yang paling murah adalah Arabian Studio Deluxe. Ada dua lagi jenis Arabian Family Deluxe dan Arabian Suite yang lebih mahal.
Beza Arabian Studio dan Arabian Family:
Studio: 1 Bilik, 2 katil junior queen, takde bath tub
Family: 2 bilik, 4 katil junior queen, ada bath tub, ada ruang tamu, pantry kecil.
Family Suite (sumber gambar bgrc.com.my) |
Studio Deluxe (sumber gambar bgrc.com.my) |
Sebagai seorang ibu yang ada anak-anak suka main air, 2 benda yang saya kurang gemar dengan bilik Arabian Studio adalah
PERTAMA: Tiada Bath Tub
KEDUA: Jauh dari Swimming Pool (jaraknya merentas blok, kena naik kereta kalau taknak penat)
Siapa yang nak tinggal berdekatan dengan swimming pool, kena pilih Arabian Family punya bilik.
Bajet : RM486 untuk 3D2N
Lepas GST, Harga jadi RM516(harga Promotion Cuti Sekolah)
Harga kat gambar bawah ni jadi beza sbb tarikh yg saya pilih bukan tarikh sebenar kami bercuti. Yang ini adalah harga untuk tarikh 23hb - 25hb Disember (ada cuti umum)
*harga bawah belum GST lagi.
Bajet Makan
Disebabkan kami tempah bilik sekali dengan Breakfast untuk 2 dewasa, jadi kami hanya kena tambah duit lagi untuk 2 hero kami.
Harga breakfast di Resort ini:
Dewasa : RM 27 seorang
Kanak-kanak : RM16 seorang
Jadi, untuk 2 hari kami di sini, kami perlu tambah RM16 x 2orang x 2hari = RM64
Breakfast di sini sangat memuaskan. Pelbagai variety.
Ada menu roti canai, jemput pisang
Ada nasi lemak, mee/kueteow goreng
Ada mee/kueteow sup
Ada bubur dan buah
Ada roti, puding roti, bun, cereal.
Air kopi, teh dan jus.
Saya boleh bagi 4 bintang out of 5. Cuma coffee house adalah ditempat terbuka dan tiada aircond.
Makan malam
Makan malam secara buffet di resort agak mahal.
Dewasa : RM48 seorang
Kanak-kanak: RM27 seorang
Mungkin berbaloi dengan makanan-makanan yang pelbagai, tetapi kami tak memilih untuk makan di sana. Jika tidak, satu malam dinner kena habiskan RM150.
Fuh!
Jadi kami memilih untuk cari makan di kedai luar yang berdekatan.
Malam 1 di kedai A(tak ingat nak tengok nama kedai), kami di caj RM48 sekeluarga. Agak mahal dengan menu biasa jika di bandingkan di kedai biasa berdekatan rumah kami.
Malam 2 kami makan di Suraya Tomyam.
5 nasi daging merah + air asam boi + teh o + sirap bandung + 3 ribena. Jumlah RM44.
Total untuk 2 dinner adalah RM92.
Suraya Tomyam (sumber Google) |
Bajet Masuk Waterpark dan Safari
Agenda utama datang ke sini adalah nak masuk dua tempat ni.
Harga Asal tiket adalah
Waterpark: RM32 (Dewasa), RM22(kanak-kanak)
Safari: RM48(Dewasa), RM38(kanak-kanak)
maka, kalau kami nak masuk dua-dua, perlu bayar RM80 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak.
Tetapi, untuk yg menginap di Resort, kami dapat harga istimewa
RM65 untuk dewasa, RM45 untuk kanak-kanak
Jadi jumlah tiket kami adalah RM265 untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Amin sahaja dpt percuma.
E-Value
Apabila masuk ke Water Park, kami perlu topup E-Value
Kat dalam tu, tak boleh bawa makanan luar, dan pembelian kena pakai e-Value.
Ala-ala konsep kupon, tapi boleh refund kalau tak habis
Kegunaan E-Value selain beli makanan adalah untuk sewa locker room, pelampung dan cabana (pondok kecil) kat dalam waterpark ni.
Saya top-up RM150 dan suami topup RM50.
Tapi kami tak habis guna dalam RM34. Jumlah yang kami guna adalah RM166.
Banyak juga habis. Sebab beli makanan aje dah cecah RM50
Nasi ayam + ice lemon tea = RM13.80 satu pakej
Saya beli 3 pakej, satu topup nasi tambah, set pakej kanak-kanak(ada nugget dan sosej)
Kami juga sewa cabana(RM48), locker(RM12) dan pelampung berdua (RM16).
Cabana (sumber gambar bgrc.com.my) |
Perasaan masuk Waterpark sangat enjoy. Saya sempat mandi di WavePool dan masuk Gracier River.
Glasier River (sumber gambar bgrc.com.my) |
Wave Pool (sumber gambar bgrc.com.my) |
Antara yang saya suka di Waterpark dan Safari adalah booth makanannya ada di mana-mana walaupun di tempat-tempat jauh dalam Safari. Bukan setakat jual air, makanan pun ada.
Saya suka!
Saya yang ada bawa anak pun agak selesa sebab anak mudah mengamuk bila mereka lapar dan dahaga.
Beza dengan Zoo Negara dan Sunway Lagoon, tempat makanan adalah berpusat.
Makanan dalam Waterpark perlu dibeli guna E-Value. Tetapi dalam Safari, masih boleh guna tunai.
Lain-lain Bajet
Selain dari bajet utama, ada juga bajet lain-lain yang runcit-runcit.
Kami ada join funfair malam : RM20 untuk token
Keychain 4 ketul (RM9.90 satu) : RM40
7Eleven (beli roti, air mineral dan lain-lain ) : RM30
Bajet lain-lain : RM100
Total Bajet
Hotel : RM516
Tiket : RM265
Breakfast untuk anak: RM64
Dinner: RM92
E-Value : RM166
Lain-lain: RM100
TOTAL: RM1203
Itulah anggaran bajet kami sepanjang 3 hari 2 malam di sana.
Entry ini tiada niat nak menunjuk atau niat terpesong yang lain, ia cuma satu sharing kepada yang berkira-kira untuk memilih Resort ini sebagai percutian.
Mungkin anda boleh sediakan bajet lebih kurang sama.
Resort ini hanya 40 minit perjalanan dari rumah, dan kos perjalanan tidak termasuk pun dalam total bajet.
Saya tak berapa pasti adakah bajet kami ini mahal atau murah bergantung kepada destinasi percutian kerana kami bukan jenis kaki travel.
Pergi tempat begini pun setahun sekali. hihi.
Saya sangat mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan berkaitan dengan destinasi ini bagi mereka yang pernah datang ke sini.
Terima kasih kerana sudi baca.
Ini bukan entry menceritakan pengalaman di sana, jadi maafkan saya jika ada yang rasa nak tahu lanjut tentang the excitements. Gambar pun tak banyak.
Memang Best!
Sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga.
6 comments :
Normal budget...
Normal budget...
tq for sharing info
Tq sharing...byk.pahala dpt bntu yg lain ejas oliday hihiii...tqtq
tq for sharing..bermanfaat bagi yang sedang merancang. detail infonya ��
Tq for sharing
Post a Comment