Cuci muka penting untuk kita bersihkan pori-pori muka dari kotoran. Bila pori tersumbat, ia boleh jadi punca jerawat.
Ramai yang cuci muka 2 kali sehari, tapi ada tak yang terfikir, bangun tidur pun kena cuci muka?
Iyelah, kita bukan buat apa pun waktu tidur. Lagipun sebelum tidur dah cuci muka kan?
Ida ada terfikir juga, anda bagaimana?
Pakar kulit, Melanie Palm ada tegaskan supaya kita tetap cuci walaupun selepas bangun tidur.
Menurutnya, malam sebelum tidur adalah waktu wajib untuk kita cuci muka sebab nak buang habuk, debu, pencemaran udara, mekap dan minyak sepanjang hari kita beraktiviti.
Tetapi, cuci muka selepas bangun juga sama pentingnya kerana 3 sebab:
Sebab 1: Buang bendasing melekat
Secara mata kasar, kita nampak bantal dan cadar kita bersih, tapi sebenarnya banyak bendasing ada pada bahagian ni.Sel-sel mati dan bahan penyebab alergi banyak terkumpul pada sarung bantal. Kita je yang tak nampak.
Ia boleh melekat pada kulit muka sepanjang malam.
Palm juga berkata: udara terkumpul dalam bilik yg disebabkan penghawa dingin boleh menyebabkan debu dan kulat terkumpul pada kulit muka sepanjang malam.
Kulit muka kita dah tercemar selama beberapa jam dalam diam.
Mengejutkan kan?
Sebab 2: Buang minyak terhasil pada muka
Minyak yang terhasil di muka boleh terkumpul walaupun ketika tidur sepanjang malam. Memang perlu kita cuci sejurus selepas bangun.
Kenapa minyak ini perlu dicuci?
Sebab ia bantu produk kulit yg kita kenakan pada muka lebih berkesan. Nak mekap pun lagi cantik bila minyak dah tiada.
Menurut Palm juga, ada sesetengah jenis kulit yang sensitif ada sejenis kuman pada muka yang boleh membiak dalam pori kulit dipanggil Demodex.
Bila kita cuci muka dan pori setiap pagi, kotoran dan habuk serta kuman ni boleh dibuang dan berkurang membiak di kulit kita.
Sebab 3: Bersihkan kulit untuk mulakan hari
Untuk dapatkan kulit yang glowing, Palm cadangkan kita cuci muka setiap pagi untuk tingkatkan kadar hidrasi kulit dan bagi kulit lembab.Bila kita apply pelembab, kulit kita lebih nampak serinya.
Selesai mencuci muka, kulit kita nampak lebih bersedia untuk dikenakan produk muka lain seperti pelembab dan mekap. Mekap juga lebih menyerlah dikenakan pada muka yang segar.
Memang akan jadi berbeza.
Rasa konfiden diri jua boleh jadi bertambah.
sumber : http://www.instyle.com/