Wednesday, November 12, 2014

4 Ilmu Parenting Yang Betulkan Salah Faham Cara Saya Didik Anak Selama Ini

Saya suka ilmu parenting. Banyak buku parenting yang saya beli. Terbaru saya ada beli audio book parenting dari Dr Rozieta, pakar ilmu parenting yang membahasakan dirinya Ibu.

Banyak ilmu-ilmu parenting saya belajar dari audio itu. Banyak yang best-best. Saya lebih mengenali anak saya selepas mendengar audio itu.

Sebelum tu jom dengar video 2 minit tentang cara sahabat saya mengajar anaknya mengenai gajet.



Di sini saya senaraikan beberapa perkara salah faham saya tentang anak yang saya dapat dari audio itu. 




1. Anak suka melempar barang (usia 7 bulan hingga 1tahun lebih)
Selama ini saya juga seperti ibu-ibu lain, apabila anak melempar barang, saya selalu pukul tangan anak. Saya fikir dengan cara itu, anak tidak boleh teruskan habit itu kerana ia tidak elok. 

Rupa-rupanya, ia adalah latihan psikomotor anak, kerana dia teruja untuk menggunakan tangannya. Anak melempar barang bukan menunjukkan habit negatif, tetapi dia sangat teruja mendapat skill baru dan ingin mencuba. 





2. Merampas barang yang hendak dimasukkan ke dalam mulut.(usia 7 bulan hingga 1tahun lebih)
Ia adalah satu tindakan yang SALAH. Sebelum ini, jika anak-anak kecil ingin masukkan sesuatu ke dalam mulut, saya akan merampas alat itu dengan serta merta. 

Ia tindakan yang SALAH. Dengan merampas alat tersebut akan 'mengajar' anak untuk bertindak sebegitu juga kepada kawannya kemudian hari. 

Cara lebih baik adalah kita ambil alat tersebut dengan baik, dan gantikan dengan alat lebih selamat untuk dimasukkan ke dalam mulut.





3. Anak suka bermain dari membaca buku.
Suatu ketika, apabila anak saya dah masuk 5 tahun, saya sibuk untuk membelikan buku dan mengajar macam-macam terutama anak yang sulung. Risau sangat kalau mereka asyik bermain. 

Ya. Biarkan mereka bermain. Cara anak-anak belajar adalah dengan BERMAIN. Dengan bermain, mereka akan meneroka dan menganalisis dunia dan persekitaran mereka dengan cara mereka sendiri. 





4. Anak kena ikut cakap, apa yang kita bagi adalah muktamad. 
Dari dulu lagi, saya sangat ikut kata-kata ini. Apa yang kita bagi adalah FINAL. Kita berhak tentukan baju apa yang dia pakai, apa yang mereka makan. Mereka tak boleh membantah dan ikut sahaja. 

Dr Rozieta mengajar sebenarnya cara itu telah mengikis rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Adakah kita perasan sikap anak muda hari ini yang dah besar panjang pun, masih harap duit belanja dari mak ayah? Adakah kita lihat bagaimana anak-anak muda hari ini tidak pandai mencari kerja / terlalu memilih kerja dan sanggup menganggur?

Itu adalah kesan dari sikap ibu-bapa yang tidak pernah memberi mereka peluang membuat pilihan. 

Ya. Kita boleh tanya baju apa yang mereka nak pakai, biar mereka yang pilih. 

Kita boleh tanya, warna apa yang lebih cantik untuk basikal mereka. Ya, dan selepas itu, jika mereka rasa tersalah pilih, di sinilah peluang kita untuk ajar mereka bertanggungjawab dengan pilihan mereka. 



Banyak lagi ilmu yang saya dapat dari audio ini. Saya pernah membuat entri ringkas tentangnya. 

Sila baca di sini --> Audio Parenting dari Dr Rozieta.


Apa antara kesan baik yang saya dapat selepas saya dengar audio ini?

1. Saya sudah tidak tertekan melihat anak saya yang baru pandai bercakap lancar, yang tidak berhenti bercakap. Rasa kelakar pula sebab mereka baru perasan kebolehan baru mereka dan berlatih serta berlatih tanpa henti. 


2. Saya gemar membawa mereka keluar bermain di taman yang sebelum ini saya anggap satu kepayahan membawa 4 hero seorang tanpa ayah mereka. Mereka berhak meneroka kerana bermain adalah salah satu aktiviti mereka untuk belajar. 


3. Setiap kali saya nak masak, saya akan bertanya menu apa yang mereka nak saya masak. Saya nampak mereka sangat gembira dan rasa dihargai. I feel connected with them. 

Saya ajar mereka menabung jika mereka mahukan sesuatu, dan bila duit dah cukup, saya bawa mereka ke kedai mainan dan biarkan mereka pilih sendiri mainan mengikut bajet mereka sendiri. 

Jika bajet mereka tak cukup, saya bertegas tidak akan menambah duit mereka jika mereka berminat dengan mainan yang lebih mahal (oh, itu sudah pasti). Afiq lebih mudah berjimat selepas itu.




Ilmu parenting buatkan saya lebih positif, sebab saya lebih kenal anak saya. Anak saya juga lebih gembira kerana saya tidak lagi simply marah kepada mereka atas sesuatu yang natural bagi seorang kanak-kanak(seperti suka bermain dan melempar barang).

Looking Forward any other Parenting Audio lagi. I love it.


7 comments :

Mama Akmal & Ibu Arif said...

Mendidik anak-anak memang memerlukan ilmu dan kesabaran. Apa pun kerenah mereka memang menceriakan ~
Tips Hilangkan Angin Dalam Badan

Norfaradila Baharum said...

Kelebihan bila kita menjaga dan melihat sendiri perkembangan anak-anak..miss that moment :)

Unknown said...

saya perasan yang kita mempunyai 2 persamaan..

1. 4 orang hero
2. husband tak duduk sekali sbb PJJ
(perkahwinan jarak jauh)

Cuma anak ke3 saya ni anak yang agak istimewa...so cabaran nya agak lain la kalau saya bawa mereka semua outing..anyway thanks for the info..

Unknown said...

nampak sangat saya pun baru baca entry ida..heheheh..nampaknya saya kena kerap bawa ke taman permainan. Saya nie amat takut anak jauh dan ilang dr mata saya..kalau main pun hanya yang saya ada sebelah.. sudahnya saya yang penat ..sekejap kanan, sekejap kiri. too protective . mungkin saya kena belajar untuk biar mereka berdikari dalam taman permainan

Ida said...

Nice one. Ya antara 4 tu mmg sangat kena batang hidung.

Azura Zainal said...

Terima kasih atas perkongsian. Saya dapat ilmu parenting baru hari ni :D

yoorinmelacolea said...

tq tips sangat membantu untuk sy membesarkan anak..hihihihi.. skrg masih bayi..so under control lagii.. sikit hari lagi nak membesar.. rasakannnn.. hiii

jemput singgah : http://yoorinmelacolea.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...