Mood pagi untuk bekerja juga penting. Mengurus anak dan diri sendiri dengan baik boleh membantu kita lebih fokus dan bersemangat untuk pergi kerja dengan baik.
Tips yang tidak seberapa ini adalah mengikut pengalaman saya sendiri yang mempunyai 4 anak lelaki yang masih kecil dan tidak mempunyai pembantu, malahan suami saya terpaksa pergi kerja pada awal pagi, segala urusan anak perlu saya uruskan sendiri tanpa pembantu.
Antara tips yang membantu saya:
1) Bereskan pada waktu malam
Segala urusan beg sekolah dan beg-beg anak sebaiknya disiapkan pada waktu malam. Biasanya, saya ajar anak yang dah bersekolah untuk kemas beg mereka sendiri.
Beg-beg itu pula diletakkan di depan pintu supaya senang nak capai esoknya. Baju-baju sekolah mereka pun perlu siap digosok pada malam hari supaya tak kelam kabut pada waktu pagi.
2) Bangun awal pagi.
Dengan bangun awal pagi, kita ada lebih banyak masa untuk uruskan banyak benda. Biasa juga berlaku sesuatu yang unexpected, seperti anak muntah dan anak membuang air serta perlu di cuci.
Ia ambil masa kita sebab dalam masa yang sama, kita juga perlu bersiap. So, bila ada lebih masa, kita boleh hadapi unexpected things lebih mudah.
3) Tenang-tenang aja
Berhadapan dengan anak-anak kecil, banyak perkara yang menguji perasaan biasa berlaku. Mereka mengamuk di awal pagi, mereka inginkan itu ini yang tidak dapat ditunaikan pada waktu itu, tantrum yang sangat menguji perasaan.
Huh. Ibu-ibu yang ada pengalaman dengan anak kecil pasti memahami.
Tips saya, kita jangan stress dan tenang-tenang aje menghadapinya. Kalau anak saya mengamuk, saya biarkan aja untuk 5 - 10 minit dan kemudian saya akan pujuk. Bertindak tegas dengan mereka tetapi tidak marah-marah dan meninggi suara. Jika tidak, mood kita akan terjejas. Memang payah, perlukan latihan dan kekuatan mental yang tinggi.
4) Delegasi kerja urusan sendiri
Bagi saya yang tiada pembantu, segala urusan menggosok baju saya 'delegasi'kan ke kedai dobi, kerana walaupun weekend, saya masih lagi tidak sempat meluang masa untuk menggosok baju.
Ibu-ibu yang mempunyai masa boleh siapkan gosok baju sendiri pada hari weekend untuk seminggu hari bekerja. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan elektrik jika gosok baju sekali gus untuk seminggu. Urusan ini sangat ambil masa jika kita perlu membuatnya di awal pagi selain menguruskan anak.
5) Mohon bantuan anak
Mereka akan jadi lebih bertanggungjawab dan berdikari selain memudahkan kerja kita di rumah. Ia perlu di ajar pada awal usia mereka kerana jika mereka tidak biasa melakukannya, mereka tidak mudah untuk lakukan biasa dah capai umur 10 tahun ke atas.
6) Kekuatan Spiritual dan Mental
Ini tips paling penting, apa-apa yang kita lakukan akan mudah jika kita fikir kita boleh lakukan. Pergantungan kepada Allah paling penting untuk elak stress.
Mohon bantuan kepada yang Maha Menguruskan setiap perkara di dunia ini adalah tips TERBAIK yang saya pernah dapat. Kuatkan mental dengan mengulang ayat "Saya Ibu yang Hebat, semua cabaran adalah cabaran kecil dan mudah sahaja bagi saya"
Ulang 5 kali terutama ketika menghadapi waktu-waktu sukar setiap pagi. Satu lagi tips, tukarkan perkataan "MASALAH" dengan "CABARAN". Perkataan "Masalah" menjadikan kita lemah, perkataan CABARAN menjadikan kita lebih HEBAT dan akan cuba mengatasinya, bukan mengeluh menghadapinya.
Saya dan 4 Anak Lelaki (Afiq, Arif, Abid dan Amin) |
Tips ini mungkin berbeza dari ibu-ibu yang lain. Ada banyak lagi tips yang lebih baik. Semoga perkongsian tidak seberapa ini boleh membawa manfaat kepada rakan-rakan.
Update 2016
4 hero saya dah besar. 2 daripadanya dah sekolah rendah. |
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167FB : Ida Ifaz
Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur
20 comments :
Tahniah..saya juga seperti anda,menguruskan rumahtangga dan anak-anak sendiri tanpa pembantu..saya ibu kepada 5 org anak perempuan..4 orang bersekolah..may daily routine pretty much like yours..may God bless you always ;)
Correction **my daily routine
Ya, kalau malam tertidur tanpa sengaja, memang kelam kelibut la esok pagi:)
Sy 3 hero...ceritenya sama.tahniah kerana dpt tangani dgn tenang.segala tips yg disampaikan sy akan cuba praktikkan
Terima kasih kongsi pengalaman...sy ade tiga hero, mmg mencabar emosi kdg2..hehe..sy akan cuba praktikkan tips di atas terutama bantuan dari anak2 :)
Tahniah & same here, menguruskan anak2 3 orang (akan masuk 4) bersendirian tanpa pembantu rumah, mmg kena siapkan apa2 yang patut pada waktu malam & pakaian semua saya sub juga ke laundry, Alhamdulillah anak2 juga boleh diharap utk membantu siapkan diri masing2 & buat kerja2 mudah di rumah :)
Tahniah & same here, menguruskan anak2 3 orang (akan masuk 4) bersendirian tanpa pembantu rumah, mmg kena siapkan apa2 yang patut pada waktu malam & pakaian semua saya sub juga ke laundry, Alhamdulillah anak2 juga boleh diharap utk membantu siapkan diri masing2 & buat kerja2 mudah di rumah :)
wow..hebatnye, sy masih sendang berusaha untuk tidak kelam kabut pagi2..anak baru 3..hehe
Ya kita ibu yg hebat belaka..saya pun sm..anak 3 (8, 5 dan 2 tahun)dan berjauhan pula ngan suami..anak2 smua sy uruskan tiada pembantu..alhamdulillah Allah mudahkan smuanya..yg penting smua keperluan dibereskan mlm..tdr awal supaya pagi bgn lebih awal..perancangan kena btl..sekadar berkongsi pengalaman sndiri
Saya mmg xperlukan pembantu..saya lebih rasa puas bila buat sendiri semua urusan..perancangan itu penting..
tahniah..rutin saya dengan puan pun hampir sama..bezanya saya anak 3 je (9, 5, 1) tapi sy ada penambahan bangun seawal 4.30 pagi kerana mengepam susu dan masak bekalan anak. keluar rumah jam 6 pagi kerana anak bersekolah berdekatan dengan tempat kerja. hantar dan ambil anak pada setiap sesi persekolahan.Semua urusan dibuat sendiri tanpa pembantu.
Saya anak 5..saya memang menggunakan tips di atas sejak anak pertama lagi....tpu bila umur dah nak k senja ni penat dia aemacam...mujur ada yg besoo2 boleh bantu...tp kkd depe pun malas
Saya anak 5..saya memang menggunakan tips di atas sejak anak pertama lagi....tpu bila umur dah nak k senja ni penat dia aemacam...mujur ada yg besoo2 boleh bantu...tp kkd depe pun malas
sy anak 4 org...3 sudah bersekolah drjh 1,2,3...semua tips ni sy buat.. malah sy kena sediakan bekal anak sek...semoga Allah mudahkan urusan kita semua...amin
sy anak 4 org...3 sudah bersekolah drjh 1,2,3...semua tips ni sy buat.. malah sy kena sediakan bekal anak sek...semoga Allah mudahkan urusan kita semua...amin
Sy xde anak,smua 4 ank diuruskn oleh isteri tercinta,sy hanya mmpu brdoa dr jauh utk keslmtn kluarga..sy kagum dgn kalian semua..smoga Allah sentiasa melindungi kalian semua dn syurga d cc Nya..aminnn..to my love,abg blk ari ni :)
ye setuju..paling utam kena tenang...kalau dah lambat x payah nak stress atau risau..buat macamana pon memang dah lambat..senyum aje..dan memandulah dengan sabar dan tenang walaupun geram giler ngan anak yang buat perangai jd semua lambat..heheh..
Tima kasih bg tips.jazakillahu khiran. Sy juga ank 4. Alhmdulillah pembantu dh balik ke negara asalnye. Buat sndiri lebih baik
Terima kasih share tips yang berguna. Saya baru ada anak sorang. Tak terurus dibuatnye..hihi..pagi ni da habis selongkar handbag n pakai lipstick. http://yvogue.blogspot.my/2016/01/bila-sel-otak-berhubung-edisi-afrah.html
Tips yang bagus..Boleh dipraktikan nih..Anak sy baru dua pun dh kelam kabut uruskan rumah tangga..😊
Post a Comment