Sunday, July 21, 2013

5 Makanan Utama Penyebab Kanser / Barah

Kanser sememangnya penyebab kematian utama di negara kita. Kanser payu dara musuh utama wanita, kanser usus, kanser rahim dan macam-macam jenis kanser. Walaupun pelbagai makanan kesihatan dimakan, dan langkah-langkah mengelak kanser diambil, namun jika makanan yang dimakan tidak dikawal, ia juga tidak mampu elak kita dari kena kanser. 

Adakah anda tahu makanan penyebab kanser adalah makanan yang sedap-sedap, yang biasa kita makan sehari-hari. Bukan bermakna kita tak boleh ambil makanan-makanan ni, tapi pengambilannya kena di kawal. 

Jom semak apa makanan penyebab kanser

1. Minuman Berperisa

Kita biasa jumpa banyak air yang dijual di pasaraya samada dalam kotak dan botol. Minuman ini ada dalam bentuk kordial, soda dan jus buatan. Kajian dalam jurnal Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention" ada menunjukkan mereka yang mengambil air soda 2 kali atau lebih dalam seminggu mempunyai 87% risiko terkena kanser pankreas berbanding mereka yang tidak mengambil minuman ringan. 

Ada juga kajian yang menunjukkan ada kaitan antara air berperisa ini dengan kanser perut dan usus. Agak mustahil jika kita fikirkan air yang biasa kita minum boleh menyebabkan sel sihat kita jadi kanser, namun, ia adalah penggalak dalam penghasilan sel tumor dan mempertingkatkan penghasilannya dengan lebih cepat. Takut kan?

Oleh itu, jom banyakkan minum air kosong dan jus buatan sendiri.

Jom baca : 10 kelebihan minum air untuk badan



2. Kentang Goreng.

Kentang goreng adalah makanan paling utama dalam menu makanan segera kalau kita makan di restoren fastfood kan? Namun, ramai tidak sedar kentang goreng adalah antara makanan penyebab kanser utama. Elemen utama yg menyebabkan ia jadi begitu kerana 3 benda; ia ada minyak terhidrogen, trans-lemak dan acrylamide (bahan bahaya yg terhasil dari produk yg dimasak secara deep frying).

Acrylamide adalah ejen penyebab tumor dan juga merupakan neurotoksin yang kuat, yang mempunyai kesan buruk bukan sahaja pada otak, tetapi juga kepada sistem pembiakan. Sememangnya, makanan tinggi karbohidrat seperti kentang sememangnya sudah menghasilkan Acrylamide apabila digoreng, jika deep-frying, apatah lagi banyaknya.



3. Donut

Donut termasuk dalam makanan yang menjadi penyebab kanser kerana gabungan cara masakannya (deep-frying), tinggi kandungan gula, dan dimasak menggunakan bahan karbohidrat bertapis (refined carbohydrate) atau tepung yang telah diproses. Gabungan 3 perkara ini yang menjadi penggalak pertumbuhan sel tumor dan kanser.



4. Hot Dog

Daging yang telah diproses dan diperam boleh menyebabkan kanser perut dan masalah lain dalam sistem penghadaman. Ia menjadi lebih bahaya apabila bahan pengawet utama seperti sodium nitrate dicampurkan dalam hot dog atau produk daging yang lain. Makanan ini memang sedap, dan menyelerakan tetapi pengambilannya harus dikawal kerana ia boleh menyebabkan kanser perut.




5. Daging Bakar

Apabila sebarang makanan organic seperti haiwan dan tumbuhan terbakar, satu bahan toksik dan mutagenik terhasil. Perasan tak, kalau kita makan sate, kita kan dihidang sekali dengan timun yang bersifat antioksida bagi menyeimbangkan karbon yg terhasil pada sate tersebut. Ia boleh menyebabkan kanser perut dan usus dan mendatangkan masalah pada sistem penghadaman.



sumber: http://www.livestrong.com/article/81614-top-cancer-causing-foods/

Bagi mengurangkan risiko kanser, kita digalakkan makan makanan tambahan mengandungi tinggi antioksida seperti Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin A.



Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...