Friday, July 19, 2013

Vitamin E dan Kesuburan Suami Isteri

Vitamin E adalah vitamin antioksida yang sangat bagus untuk mengelakkan serangan radikal bebas ke pada sel tubuh kita. Ia juga sangat baik untuk jantung, aliran darah dalam badan, membantu mengurangkan risiko PMS dan tidak lupa juga kepada sistem reproduksi badan.

Vitamin E sesuai di makan untuk meningkatkan kesuburan lelaki / suami dan perempuan / isteri.


Kebaikan Vitamin E untuk kesuburan lelaki. 

Selalunya kekurangan Vitamin E biasa dikaitkan dengan masalah kesuburan lelaki. Lelaki yang mengambil cukup vitamin E akan meningkatkan kualiti sperma, menjadikannya lebih cergas bergerak. Ia meningkatkan kebarangkalian kepada wanita untuk mengandung. 

Ia juga boleh mengurangkan risiko kecacatan sperma yang menyebabkan kecacatan kelahiran dan keguguran. Ada juga kajian yang menunjukkan pengambilan Vitamin E oleh lelaki dalam beberapa bulan boleh meningkatkan kesuburan sehingga 10%.


Kebaikan Vitamin E untuk Kesuburan Wanita

Ramai yang tidak tahu peranan Vitamin E membantu wanita untuk hamil. Vitamin E lebih serasi dengan kecantikan kulit wanita. Namun, Vitamin E juga memberi peranan penting dalam meningkatkan kesuburan wanita. 

Vitamin E boleh meningkatkan kandungan cecair mukus dalam serviks wanita. Sperma boleh lagi hidup dalam serviks wanita dengan lebih lama apabila cecair mukus mencukupi dan banyak. Ia membantu meningkatkan kebarangkalian untuk hamil. GLA juga mempunyai kandungan Vitamin E.

Sila baca : GLA membantu wanita untuk hamil

Vitamin E juga mengurangkan risiko kecacatan telur wanita dan juga boleh mengurangkan masalah kecacatan ketika melahirkan dan keguguran.

sumber: http://www.conceiveeasy.com/get-pregnant/vitamin-e-and-fertility/
Dapatkan Vitamin E Shaklee anda sekarang. Hanya RM 149 (120biji)


dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...