Monday, July 15, 2013

12 Tips Berpuasa untuk Ibu Hamil Supaya Elak Lembik Sampai Petang

Berpuasa ketika hamil mungkin membawa masalah kepada sesetengah ibu. Walaupun Islam mengharuskan ibu hamil untuk berbuka jika risau akan membawa mudarat kepada ibu dan bayi, ia masih boleh dilakukan dengan mengamalkan 12 tips berikut:




Ketika sahur:

Tip 1: Ambil makanan tinggi protein dan lemak ketika sahur pada kuantiti yang betul. Kedua-dua jenis makanan ini lambat dihadam oleh perut dan kurang rasa memperlahankan rasa kenyang di siang hari.

Tip 2: Ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Zinc juga untuk menambah kecergasan badan.

Tip 3: Tidak digalakkan makan makanan yang mempunyai gula yang tinggi ketika sahur supaya badan tidak lesu disebabkan kejutan insulin (insulinshock)

Tip 4: Minum air sebanyak mana yang boleh sebolehnya sebanyak 2 liter. Minum susu ketika sahur boleh mengurangkan risiko anemia untuk ibu hamil / mengandung.






Ketika Berpuasa

Tip 5: Kuatkan semangat ketika sedang berpuasa dan ceriakan diri walaupun sedang hamil / mengandung.

Tip 6: Dapatkan rehat yang cukup.

Tip 7: Kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga yang lebih, seperti aktiviti di padang atau yang memerlukan kerahan otak yang lebih. Elakkan stress yang keterlaluan dan buangkan sikap suka marah dan baran.

Tip 8: Jika berlaku perkara-perkara berikut, ibu hamil / mengandung disaran membatalkan puasa:


  • Muntah lebih dari tiga kali dan dikhuatiri menyebabkan dehidrasi
  • Cirit-birit dan diikuti dengan pedih ulu hati
  • Hidung berdarah, ia menunjukkan badan anda tidak sihat
  • Sangat lemah, pening dan mabuk dikhuatiri tanda hypoglycemia, atau disebabkan kekurangan nutrien pada kandungan
  • Mengalami peluh sejuk yang luar biasa, ia menunjukkan kita sudah betul-betul lemah untuk meneruskan puasa. 



Ketika Berbuka

Tip 9 :Mulakan berbuka puasa dengan air sedikit manis dan suam untuk meningkatkan paras gula dalam darah, tetapi tahap gula pastikan terkawal. Elakkan minum air sejuk kerana ia akan melambatkan proses perut memproses makanan.

Tip 10: Ibu hamil / mengandung seterusnya boleh mengambil makanan berkarbohidrat yang ringkas supaya mudah diserap dan di hadam seperti kurma.

Tip 11: Selepas maghrib, barulah kita digalakkan makan makanan pada kadar yang banyak tetapi janganlah terus makan sekaligus. Makan banyak sekaligus akan menyebabkan badan lesu. Selepas solat terawikh, cuba makan lagi sedikit demi sedikit.

Tip 12: Sebelum tidur, cuba makan sedikit makanan dengan air suam.

sumber: http://www.tipspregnancy.info/2013/03/fasting-tips-during-pregnancy.html





-------------

Tak semua boleh berpuasa dengan sempurna ketika hamil seperti sahabat kita bawah ni, Jom korek rahsia bagaimana beliau boleh puasa penuh 30hari walaupun sebenarnya badan tak larat.



Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.





Tip berpuasa untuk Ibu Hamil dari Shaklee

Anda boleh dapatkan Mighty 3 Gem untuk kekal Bertenaga ketika puasa








Testimoni


  • Rasa bertenaga dan tak rasa lapar lepas minum ESP





  • waktu petang, masih larat naik turun tangga ofis aras 3





Cara order

SMS/ Wassap "3 GEM" ke 019-3816167 (ida)



Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...