Sunday, May 12, 2013

10 Cara Tingkatkan Produktiviti: Anda Pasti Jadi Orang Berjaya!

Anda seorang bisneswoman?
Anda seorang pelajar?
Anda seorang cikgu?

atau

Seorang ibu sepenuh masa?

Walau siapa pun kita, setiap hari adalah hari-hari yang produktif untuk kita. Setiap hari adalah hari-hari yang memerlukan kita menyelesaikan sasaran dan target kita. Apabila kita berjaya menjadi produktif, kita mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain dan kita akan jaaauuuhhh lebih tenang dan berjaya bila dapat buat banyak benda dengan produktif dan berkesan.

Tapi, Macamana nak tingkatkan produktiviti?


Nampak sibuk aje sahabat saya dalam video di bawah ni. Beliau ada tips untuk jadi orang produktif. Ya, 3 tips yang mudah. Anda pasti beruntung jika tahu tips yang diberikan.


Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada from iReach HD on Vimeo.


Cara #1: Buat Senarai.

Kita tak tahu berapa banyak tugas yang kita nak buat selagi kita tak senaraikan. So, langkah pertama.. SENARAIKAN apa yang hendak kita selesaikan. Tuliskan pada kertas atau gunakan teknologi terkini seperti handphone dan laptop. Android sekarang sudah banyak application yang boleh menyenaraikan tugas yang hendak diselesaikan.


Cara #2 : Buat tugas yang kita rasa paling PENTING

Dalam banyak-banyak tugas yang kita senaraikan, pilih tugas yang paling PENTING. Walaupun tugas itu terasa sangat berat untuk dilaksanakan, ia adalah pilihan terbaik untuk diselesaikan. Percayalah! selepas menyelesaikannya, anda akan merasa RINGAN dan bermotivasi untuk menyelesaikan tugasan yang lain.




Cara #3 : Just Do it

Jangan fikir panjang, JUST DO IT. Kecilkan tugasan anda kepada tugasan-tugasan kecil, dan selesaikan satu persatu. Potong senarai tugas yang anda dah buat, anda akan rasa lebih produktif.




Cara #4 : Jadikannya Fun dan Enjoy

Beri 'hadiah' kepada diri sendiri dengan benda yang kita suka buat. Contoh: "Kalau aku dapat siapkan kerja ni, aku boleh makan coklat satu botol".

 Beri motivasi kepada diri sendiri seperti kita motivasi 'pekerja' kita untuk buat apa-apa kerja. Pasti berbaloi! Tapi, janganlah terlalu leka dengan 'reward' (contoh: main game) sehingga menjadi tidak produktif pula. Terbalik dah tu.




Cara #5: 'Peak Time'

Kenalpasti masa paling EFEKTIF untuk anda buat kerja. Contohnya jam 1.00pagi. 'Peak Time' ni maksudnya masa inilah masa paling BERKESAN untuk anda buat kerja. Buat kerja sekejap, tapi anda fokus dan kerja benar-benar berkualiti. Luangkan masa ini untuk ada selesaikan tugasan-tugasan tertentu. Ia pasti berbaloi dari mengambil masa berjam-jam tapi kerja tak siap-siap dan banyak salah.




Cara #6 : Pareto (80/20)

Bahagikan kerja mengikut kemahiran dan kebolehan anda. Ada kerja yang banyak tapi boleh dilakukan PADA MASA SINGKAT. Tugas-tugas itu perlu dikumpulkan dan dengan itu, masa yang diperuntukkan juga adalah sedikit.




Cara #7 : Kumpulkan Email dan Panggilan Telefon

Ada di antara kita adalah businessman atau usahawan berjaya yang memerlukan interaksi dengan pelanggan. Pelanggan call dan email ataupun watsapp tak kira masa. Untuk tidak membazirkan masa melayan panggilan atau SMS mereka, kumpulkan ke semuanya dalam satu masa khas, supaya ia dapat meningkatkan fokus kita kepada kerja yang lain. 




Cara #8 : Khusus Satu Kerja

Fokus untuk satu kerja pada satu masa. Gangguan-gangguan dan kerja-pelbagai-tugas (multitasking) akan melengahkan kita menyiapkan sesuatu kerja. Tumpukan untuk siapkan sesuatu kerja dan cepat-cepat potong ia dari senarai lebih memberi motivasi dan menenangkan.






Cara #9 : Semak Semula

Apabila habis kerja, semak semula masa yang telah anda luangkan untuk siapkan kerja. Yang mana dapat dilakukan pada 'Peak Time' dan yang masa mana anda perlukan lebih masa. Ia dibuat supaya anda tidak akan mengulangi kesilapan anda pada hari esoknya.

Bila anda tidak dapat siapkan sesuatu kerja, muhasabah diri dan tulis nota pada diri sendiri yang anda boleh buat lebih baik lagi dari ini pada esok, atau masa akan datang.


Cara #10 : Buat Senarai Semula

Mungkin anda tidak dapat menyiapkan beberapa tugasan anda pada hari ini. Tak Mengapa. Masukkan senarai itu ke dalam senarai tugasan untuk diselesaikan pada hari berikutnya, tandakan BINTANG pada tugasan itu supaya ia tidak tertangguh lagi.

So, Boleh dah buat senarai yang baru untuk hari ESOKNYA.

Camne? Adakah ia membantu??

source: http://www.lifehack.org/articles/productivity/10-ways-to-boost-productivity.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...