Saturday, October 25, 2014

7 Cara Fokus Dalam Belajar: Rahsia Jadi Pelajar Terbaik

Nak berjaya memang tak mudah
Kena banyak ilmu. Dari belajar kita dapat banyak ilmu. Tapi untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar, kita harus fokus.

Apa jadi bila tak fokus?
Kita akan membazir masa. Contohnya, ada 2 jam untuk belajar tapi yang betul-betul kita fokus hanya 15 minit.
Mana hilang masa yang lain? Haaa, terbuang layan FB dan Whatsapp, berborak dengan kawan, tengok tv dan lain-lain. Akhirnya, tak tahu  2 jam tu dapat belajar apa je,


Orang yang tak fokus akan gagal. Setiap orang pernah gagal. Setiap kali gagal, kita perlu teruskan perjuangan. Muhasabah diri dan cari punca kenapa kita gagal. Seorang Motivator,  Puan Lyna Noh ada jawapan bagaimana BANGKIT dan muhasabah diri dari kegagalan.

Cara nak fokus boleh belajar. Penting sangat kita tahu cara betul untuk fokus. Lebih Fokus, lebih banyak masa effektif kita, lebih banyak kita belajar dan tak mudah panik di saat-saat akhir.

Jom Semak 7 Cara untuk Fokus dalam Belajar.






Cara #1: Cari tempat belajar yang sesuai.

Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan dan putuskan network internetnya.





Cara #2: Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar. 

Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya. Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.




Cara #3: Cari teman belajar 

Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.

Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!

Tips pilih teman belajar:

1) Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert (suka bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda seorang yang suka berbual.

2) Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.






Cara #4: Pilih snek sesuai

Jangan pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas, mungkin kekacang ringkas juga.





Cara  #5: Take 5

Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.

Tips berehat:
1) Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul berapa nak sambung semula. Ia penting supaya tidak terlajak rehat lebih lama.

2) Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk recharge selepas proses maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian dalam peperiksaan/ujian.






Cara #6: Rasakan Bahang Motivasi

Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi katakan pada diri dan cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan,

Tips kekal motivasi:

1) Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan anda walaupun agak mustahil. Kita akan automatik rasa termotivasi dengan matlamat yang kita sendiri sedang capai.

2) Sogok dengan hadiah. Diri kita juga akan terdorong untuk fokus belajar bila ada hadiah.

"Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, aku akan pergi belikan 2 pasang jeans untuk diri sendiri". Simple step, tapi mana tahu berkesan kan?


3) Cakap pada diri sendiri yang belajar itu penting. Sentiasa ingatkan diri sendiri, dengan belajar anda boleh capai banyak benda baik. Mungkin dengan pencapaian yang baik, membolehkan anda mudah dapat kerja. Mungkin dengan 4.0 flet, anda tak perlu lagi bayar pinjaman pendidikan. Ingatkan sesuatu kebaikan dari apa yang sedang anda buat.






Cara #7: Duduk dan Belajar

Dah cuba cara 1 - Cara 6? Jadi, anda dah bersedia untuk belajar. Gunakan Flash card untuk tulis nota. Buat nota dalam bentuk poin penting supaya senang nak ingat. Susun ikut topik untuk mudah di baca

Guna mnemonic singkatan. Contoh jika nak ingat kod warna untuk perintang (Elektronik), anda boleh hafal ringkasan cerita HAJI PAK MAT ORANG KAYA HENDAK BELI UBI KAYU PUTIH di mana setiap huruf pertama dalam perkataan tersebut adalah mewakili warna perintang. Mudah nak ingat kan?

Ingat info utama dahulu dalam suatu tajuk dahulu, Konsep penting perlu difahami sebelum mengingati tajuk kecil.



Cara belajar yang berkesan boleh jimatkan masa. Study Smart lebih baik dari Study Hard.

Monday, October 20, 2014

2 Produk Shaklee Ini Buat Customer Saya Bertambah Sakit | Saya Pasti Berhati-hati

Sakit?
Pelik kan?
Patutnya makan supplemen Shaklee bertambah sihat, kenapa makan produk Shaklee jadi sakit pula?
Apa dua produk tu?

Jangan panik semua.
Ya betul. Memang customer saya akan bertambah sakit bila ambil 2 produk ini. Saya tak tipu.
Tapi sakit bukan erti kata produk Shaklee tak bagus.


Ia adalah kesan Healing Crisis.

Healing Crisis?
Apa itu Healing Crisis?
Proses Healing Crisis adalah proses bersihkan dan bina semula sel badan yang dirosakkan oleh radikal bebas. Salah satu proses adalah buang toksin dalam badan, kita akan mengalami keadaan yang tidak selesa. Baca mengenai Healing Crisis di SINI

Jangan risau, ia takkan ambil masa lama.

Mengikut pengalaman lebih 2 tahun menjadi pengedar Shaklee, saya perasan ada 2 produk Shaklee yang utama yang memberi kesan Healing Crisis yang ketara:
1) Alfalfa
2) Advanced Joint Health Tablet

Produk yang lain juga ada beri kesan, ia bergantung kepada badan pengguna Shaklee.






Healing Crisis yang Mengambil Alfalfa

Alfalfa terkenal dengan sifat superbnya membersihkan usus dan membuang toksin. Set paling popular yang ada Alfalfa adalah Set Kurus. Selain dari untuk kurus Alfalfa juga popular untuk:
1) Merawat keputihan
2) Menjadi perapat untuk wanita
3) Menghilangkan alergi

Healing Crisis yang biasa dihadapi oleh customer saya adalah sakit kepala dan rasa nak demam. Ia berlaku kerana toksin sedang dibuang oleh badan.

Pengguna perlu minum air dengan lebih banyak dan kurangkan dos. Sesiapa yang mengalami healing crisis tidak disarankan BERHENTI makan alfalfa tetapi hanya kurangkan dos sahaja.






Healing Crisis yang Mengambil AJHT

AJHT adalah supplemen dengan formula vegetarian, diperbuat dari ekstrak jagung yang boleh bantu mengurangkan sakit sendi terutama golongan berumur dan warga tua.

Healing Crisis paling ketara yang dialami oleh mereka adalah rasa sakit pada sendi atau lutut yang sakit. Ia menunjukkan kesan positif kerana ternyata supplemen ini serasi dengan badan mereka dan mempunyai tindakbalas yang bagus.

Biasanya Healing Crisis akan dialami dalam masa seminggu hingga 2 minggu sahaja, dan tempat yang sakit akan terasa ringan dan bertambah pulih dengan izin Allah.


Healing-healing crisis lain boleh di semak DI SINI.

Pesanan saya, jangan cepat putus asa bila mengalami healing crisis. Ia hanya kesan sementara sebelum kesakitan dan masalah kesihatan kembali normal seperti biasa.

Banyakkan minum air dan berehat ketika Healing Crisis berlaku.


Jom dapatkan Produk Shaklee dari saya hari ni.


Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Sunday, October 19, 2014

Sejak Ia Hilangkan Gemuruh Saya, Kini Saya Jadikan Ia Hobi

Mesti tertanya-tanya apa bendanya kan?
Nampak suspen
Tapi ia satu perkara mustahil yang kini jadi tidak mustahil kerana HOBI baru saya ini.

Satu ketika dahulu, saya seorang yang mempunyai darah gemuruh yang sangat kritikal. Saya seorang yang adventure, saya sukakan cabaran, tetapi kelemahan ini telah menyebabkan banyak benda saya mustahil nak capai.

Walaupun ada kelemahan ini, saya tetap seorang pemimpin satu ketika dahulu.

Saya seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti saya satu tika dulu. Memikirkan betapa teruknya saya bercakap sebagai seorang leader dahulu kerana gemuruh, saya telah isytihar salah satu perkara mustahil untuk saya adalah menjadi pengacara majlis. Haha.

Perkara paling memalukan bagi saya adalah ketika satu conference yang saya hadiri di USM. Salah seorang panel ketika itu adalah menteri. Saya hanya ingin bertanya soalan, tetapi kerana gemuruh, mulut saya yang bergerak, suara tak keluar.

Bersama Arwah Dr Lo Lo ketika ke Kongres bersama adik

Salah seorang pemimpin tertinggi di Kolej di UPM


Ahli panel kesian kat saya, sehingga menyuruh saya tulis soalan pada kertas. Saya sangat malu.

Saya berjaya melepasi ujian bertulis lapisan pertama Pegawat Tadbir Diplomatik (PTD), tetapi kerana saya gemuruh, saya gagal melepasi ujian public speaking.

Gemuruh saya tetap ada walaupun saya menjadi pensyarah.

Jika saya perlu handle meeting yang dihadiri oleh 5 - 6 orang sekalipun dikalangan rakan sekerja, saya tetap tak boleh control gemuruh saya.

Macam-macam cadangan untuk hilangkan gemuruh saya buat, tapi tak semua jadi sehinggalah saya jumpa buku ini.

Buku Magic Saya

Betul.
Buku yang berjaya hilangkan gemuruh saya. Seingat saya, buku ini saya terfikir nak beli dari group coaching Shaklee saya.

Bab ke 3 dari buku ini sangat membuka mata saya. Build Confidence, Conquer Fear. Page 49.

Rupanya masalah gemuruh saya adalah berpunca dari kurang confidence pada diri saya sendiri. Saya sangat memikirkan apa orang kata kepada saya, saya rasa 'kecil' berbanding orang lain. 

"Keep this two points in mind when dealing with people. first: the other fellow is important. Emphatically, he is important. Every human being is. 
But remember this, also: You are important too. So, when you meet another person, make it a policy to think,"We're just two important people sitting down to discuss something of mutual interest and benifits"

Ada banyak lagi kata-kata dalam buku itu yang mengetuk minda saya, saya tak patut rasa 'kecil' lagi berbanding orang lain. 

Dan, automatik, darah gemuruh saya berkurang. Kini saya boleh bercakap dengan selesa bersama orang lain. Oh bahagia. 

Yang kelakarnya, sejurus selepas saya baca bab itu, saya terus ingin tegur ketua jabatan saya, yang selama ini kalau saya nampak beliau dari jauh, saya pasti pusing cari jalan lain supaya tidak bertembung. Kantoi! hahaha.


Panjangnya cerita sebelum saya declare apa HOBI saya.

Ya. Hobi saya adalah Membaca Buku Self Help / Motivasi

Buku Favourite saya sehingga kini adalah THINK BIG. 



5 Buku Self Help Favourite saya adalah:

1) Law of Universal Attraction



2) Who Move My Cheese




3) No Excuse from Brian Tracy




4) 21 Kunci Pemimpin Efektif




5) The Success Principle Edisi Bahasa Melayu


Dan banyak lagi buku Self Help yang saya kumpul sikit demi sikit.

Saya tidak suka membaca satu tika dulu. Benarlah apa yang Dr. Muhaya kata. Kita adalah apa yang kita baca. Banyak perkara baru saya belajar dari membaca.


  • Saya belajar buat Vision Board dari buku Law of Universal Attraction


  • Saya dah kurang layan perasaan frust bila gagal buat sesuatu, kesan dari buku Who Moved My Cheese


  • Saya kejar mentor-mentor, hadiri pelbagai majlis ilmu walau ada halangan, hasil 'hasutan' dari buku No Excuse.
  • Saya sedar saya perlu buat mentee saya rasa dihargai dan termotivasi selepas baca buku 21 Kunci Effektif
  • Dan saya belajar bagaimana menulis impian dengan betul dari buku Success Principle Edisi Bahasa Melayu. 



Walaupun asyik kena bebel dengan suami kerana buku-buku saya tidak tersusun dan di mana-mana ada terutama berdekatan dengan katil (masa membaca saya adalah ketika baring menyusukan anak dan sebelum tidur), saya doa semoga Allah kekalkan hobi saya ini kerana banyak lagi benda tak elok saya nak ubah dari dalam diri saya.

Ayat macam POYO. Yes POYO is stand for Proud Of Your Own.

Terima Kasih Mentor dalam Shaklee yang banyak ajar saya perkara yang saya tak tahu selama ini. Perubahan besar dalam diri saya selepas masuk Shaklee bukanlah bonus 4 angka yang saya dapat setiap bulan, tapi A NEW ME. Perubahan kepada seorang yang berbeza dari sebelum ini.

Syukur. Alhamdulillah.

Saturday, October 18, 2014

9 Kebaikan Garlic Shaklee Pilihan Ramai Yang Nak Sihat Tanpa Ubat

Garlic Shaklee tidak sepopular Vitamin C Shaklee tapi kelebihan dan kebaikannya tak kurang hebat.

Tak ramai orang boleh makan garlic secara mentah, dengan adanya kapsul Garlic Shaklee memudahkan ramai orang menikmati kelebihan Garlic yang menakjubkan.

Menurut web alliforce.com, Garlic dah lama digunakan sebagai bahan semulajadi untuk mengubati banyak penyakit.

Dikatakan, pekerja yang membina piramid Giza makan Garlic untuk kekal cergas di zaman pemerintahan Firaun.

Orang Roman juga iktiraf garlic sebagai ubat mujarab sehingga dipercayai boleh halau hantu dan ilmu hitam.

Anda juga biasa lihat kartun vampire lari bila terbau bau garlic yang enak kan?



Kenapa kena pilih Garlic Shaklee berbanding yang lain?

Garlic yang dipilih adalah yang ditanam secara organik di California, USA. Ia tak disembur dengan bahan perosak dan dipilih dari jenis yang berkualiti.

Cara buat dia eksklusif tau. Secara klinikal, ia diproses tanpa haba untuk kekalkan satu bahan hebat dalam Garlic iaitu Allicin aktif.

Garlic Shaklee ada ditambah dengan 2 ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint

Setiap 2 tablet Garlic Shaklee bekalkan 1000mg ekstrak Garlic tulen yang menyamai 2 ulas garlic segar.



9 Kebaikan Garlic Yang Menjadi Pilihan Ramai






Kebaikan Garlic Shaklee #1: Mengandungi Spearmint
Garlic Shaklee ada dicampur sejenis herba namanya Spearmint. Fungsi Spearmint adalah untuk tingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung






Kebaikan Garlic Shaklee #2: Antibiotik yang Selamat dan Semulajadi
Bila kita sakit, selalu juga doktor bagi antibiotik untuk bunuh bakteria. Antibiotik yang doktor bagi bagus, tapi kalau kita asyik selalu ambil, kesannya sangat tidak baik. Kita boleh terkena kerintangan antibiotik di mana bakteria dah imun dengan antibiotik.

Garlic pula antibiotik semulajadi. Kita tak risau nak makan Garlic sebab selamat untuk kegunaan jangka masa panjang.

Ia boleh tingkatkan sistem imun badan, halang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.






Kebaikan Garlic Shaklee #3: Menghalang Alergi
Garlic Shaklee boleh tingkatkan sistem imun badan dari penyakit seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.






Kebaikan Garlic Shaklee #4: Mempertingkatkan Sistem Penghadaman
Rupanya bukan Peppermin Ginger Shaklee sahaja yang boleh bantu tingkatkan sistem
penghadaman, Garlic Shaklee juga.

Ia juga boleh kurangkan masalah kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.






Kebaikan Garlic Shaklee #5: Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Fungsi Garlic ini setara dengan Omega Guard yang boleh turunkan tekanan darah tinggi.

Ada kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 poin.

Lelaki dalam video di bawah mengalami Tekanan Darah Tinggi yang kronik sampai tak boleh bangun, Jom ikuti detik cemas beliau dan cara beliau atasi masalah ini.


Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.






Kebaikan Garlic Shaklee #6: Detoksifikasi
Detoksifikasi adalah proses buang toksin dari dalam badan. Badan akan kembali cergas dan aktif bila toksin dalam badan dapat dikeluarkan.

Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan kadmium adalah logam toksin yang akan menaikkan tekanan darah.

Garlic juga boleh lindungi sel-sel darah dari kemusnahan logan dan halang kerosakan hati oleh bahan kimia.






Kebaikan Garlic Shaklee #7: Menurunkan kolestrol
Kolestrol sangat bahaya. Bila bacaannya sangat tinggi, kita boleh kena strok atau sakit jantung.

Garlic boleh turunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan bekuan darah. Selain itu, ia boleh tingkatkan HDL, lindungi jantung dan halang strok dan penyakit koronari.






Kebaikan Garlic Shaklee #8: Bantu Cegah Kanser
Garlic bantu elak dan rawat kanser dengan kurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine






Kebaikan Garlic Shaklee #9 : Menstabilkan Glukos dalam Badan
Ini berita baik untuk pesakit diabetis. Garlic boleh bantu stabilkan glukos dalam badan.




TESTIMONI










Harga Garlic Shaklee hanya RM47 untuk 60biji

Dapatkan HARI INI.


Friday, October 17, 2014

5 Fakta Tentang Pembaziran Makanan yang Mengejutkan

Lebih kurang 8 juta kilogram makanan dibuang setiap hari.

Fuh.
Bukan 80kg
Bukan 800kg
Tapi 8 JUTA.

Menurut statistik, dengan jumlah itu, boleh beri makan 6 juta manusia sehari. Fuh. Banyak tu.
Dahsyat sungguh masalah pembaziran di negara kita.



Jom semak 5 lagi Fakta Tentang Pembaziran Makanan

Fakta 1: Peratusan komposisi sisa makanan didapati meningkat sebanyak 15-20 peratus pada musim-musim perayaan.


Fakta 2: Purata setiap seorang membazir makanan ialah 0.5 kg sehari


Fakta 3: Makanan yang dilupuskan akan membebaskan gas metana yang memberi kesan serius ke atas iklim global


Fakta 4: Pembaziran makanan di negara maju hanya 25 - 30 peratus berbanding Malaysia yang mencatatkan sisa makanan sebagai komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal


Fakta 5 : Tahun lepas, kos pengurusan sisa pepejal tanah mencecah RM1.6 billion


Sumber: Akhbar Kosmo

Wednesday, October 15, 2014

2 Entri Paling Berinformasi dari LoveSihat.com | Blog Review

Alhamdulillah, Blog review kembali untuk review beberapa blog pilihan yang menarik.
Sebelum ni kita dah tengok blog Multivitaminbest.com. Hari ni kita nak tengok blog Lovesihat.com

Blog Lovesihat.com ini dikendali oleh pengedar shaklee No 1 di Sg Buloh, Surya Baizura.

Banyak infomasi berguna yang saya boleh ambil dari blog ni, tapi kat sini saya nak pilih 2 entri paling berinformasi di blog Lovesihat.com untuk Oktober ini

1. Masalah Rambut Gugur Pasti Membuatkan Anda Malu

2. 2 Jenis Keputihan Yang Ramai Wanita Tak Ambil Peduli



WOW
wow

Baca tajuk pun dah teruja nak baca artikel penuh kan?

Jom saya ringkaskan apa yang ada dalam 2 entri ni.





hair fall 1
Entri 1: Masalah Rambut Gugur Pasti Membuatkan Anda Malu

Bila sebut rambut gugur,ramai yang terbayang lelaki berumur yang dah tiada rambut. Eh, silap tu. Bukan lelaki aje yang boleh gugur rambut, wanita pun tau.

Kat entri ni ada disenaraikan 7 punca rambut gugur. Antaranya adalah perubahan hormon. Ada punca-punca lain yang mengejutkan kita. Tak sangka punca itu boleh buat rambut gugur.

Paling menarik, entri ni ada cerita petua tradisional dan petua moden untuk elak rambut gugur. Haaaa.. mesti ramai nak tahu kan?

Apa tunggu lagi, Jom klik link ini --> Masalah Rambut Gugur Pasti Membuatkan Anda Malu





contok keputihan
Entri 2 : 2 Jenis Keputihan yang Ramai Wanita Tidak Ambil Peduli

Keputihan memang tak selesa kan? memang ramai wanita mengadu sebab masalah ni. Tapi, ramai yang tak tahu punca.

Entri ni ada cerita punca keputihan dan bezakan keputihan normal dan keputihan sebab penyakit. 

Cara mengatasi keputihan pun ada disertakan tau.

Jom klik link ini untuk tahu lebih lanjut tentang keputihan --> 2 Jenis Keputihan Yang Ramai Wanita Tak Ambil Peduli

Selamat Membaca
Sila Share jika ia memberi manfaat kepada anda.

Pengedar Shaklee Untuk COD Shaklee di Kuantan | Cabaran 7 Hari Entry

Kepada semua pengguna Shaklee di kuantan, Saya adalah pengedar shaklee berhampiran dengan anda. Tak tahu nak dapatkan produk Shaklee di kuantan? Saya boleh membantu. Tak perlu pening kepala.

Eksklusif kepada pengguna Shaklee di Sekitar Beserah, Balok, Pelindung, Batu Itam, Jalan Beserah dan seluruh Kuantan, saya sedia berkhidmat bantu ada dapatkan produk Shaklee dengan segera.

Saya sentiasa sedia dengan ready stok. Anda tak perlu pening dan tunggu produk Shaklee melalui pos, hanya hubungi saya Ida Fadliza (019-3816167) untuk dapatkannya

Ya. Hubungi saya di talian 019-3816167 (Ida Fadliza), kita boleh set appointment masa penghantaran yang sesuai.




Pengedar Shaklee Kuantan - 019-3816167 (ida)

Kenapa anda kena beli dengan saya?

  • Saya adalah pengguna tegar Shaklee dan telah mencuba lebih 10 produk Shaklee sejak 2012

  • Saya telah membantu ribuan pengguna Shaklee dengan memberi khidmat nasihat terbaik sepanjang penglibatan dalam bisnes Shaklee. Saya bersedia untuk membantu ANDA juga.

  • Saya bersedia memberikan khidmat yang cepat dan segera tanpa cas penghantaran sekitar kuantan

  • Anda tidak perlu risau kerana Saya mempunyai Ready stok Shaklee yang banyak.

  • Khidmat nasihat adalah TANPA HAD dan Percuma!

Hubungi saya hari INI dan InsyaAllah anda akan di layan dengan segera.

Wassap / Call / SMS : 019-3816167 (IDA FADLIZA)

Email : idafadliza@gmail.com

FB : Ida Ifaz


Restoren Kegemaran : Warung Mee Calong Beserah | Cabaran 7 Hari Entry

Kalau sebut mee calong, ramai yang akan fikirkan tempatnya.

Ya. Mee Calong adalah makanan popular di Beserah Kuantan. Kuantan banyak tempat, tapi spesifik tempat yang terkenal dengan Mee Calong adalah di Beserah.

Saya pun tak pernah kenal Mee Calong tu apa sehingga saya menetap dan membeli rumah di area Beserah. Nak tahu apa itu mee calong?

Mee calong ni macam mee sup, tapi dia ada tambahan fish ball, telor dan tauhu goreng dalam dia.



ehsan gambar google


Banyak tempat jual mee calong di Beserah, tapi ada satu tempat favourite saya adalah Warung Mee Calong Beserah dan Keropok Beserah

ihsan gambar google


Satu perkara yang ramai orang tidak tahu adalah saya tak suka makan mee kuning. Saya lebih prefer meehoon dan kueteow dari mee kuning.

Tapi warung / restoren ni tak guna mee kuning biasa yang di jual di kedai. Rasa mee kuning dalam Mee Calong Warung ni macam rasa mee lidi. Saya sangat suka sebab takde rasa kapur macam mee kuning biasa.

Senang aje nak jumpa warung ni. Ia berhadapan dengan Petronas Beserah dan dia ada di tepi jalan aje. Signboard besar dan senang nampak.

Rugi sangat kalau datang Beserah dan tak singgah sini. Jom singgah.

Tuesday, October 14, 2014

10 Makanan Utama Tinggi Vitamin C Yang Anda Tidak Jangka

Vitamin C adalah vitamin larut air dan antioksidan penting yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kulit yang sihat dan gusi, penyembuhan luka dan meneutralkan radikal bebas. Vitamin C terdapat dalam banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, serta bijirin. Keperluan harian yang disyorkan adalah berbeza-beza mengikut jantina (75 miligram untuk wanita dan 90 mg untuk lelaki setiap hari). Jika anda adalah seorang perokok, wanita hamil atau wanita yang menyusukan bayi, kandungan Vitamin C yang diperlukan adalah lebih tinggi.

Berikut adalah 10 Makanan Utama yang mengandungi Vitamin C yang tinggi



Makanan #1: Bell Peppers
Bell Peppers adalah salah satu daripada sumber Vitamin C terbaik.
Bell Peppers Merah mengandungi lebih banyak vitamin C daripada Bell Peppers Hijau.

Satu hidangan (2/3 cawan) - 100 gram - atau kira-kira satu biji Bell Peppers merah kecil, mempunyai 125 mg vitamin C. Ini adalah 140 peratus daripada keperluan harian Vitamin C yang disyorkan untuk lelaki dan 165 peratus bagi wanita.

Bell Peppers Hijau mempunyai 80 mg vitamin C dalam saiz hidangan yang sama.






Makanan #2: Kiwi
Kiwi mempunyai kandungan Vitamin C yang paling tinggi berbanding semua buah-buahan.
Satu hidangan (100 g , 1 1/3 cawan buah kiwi) mengandungi 93 mg vitamin C, bersamaan dengan 103 dan 124 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan wanita.






Makanan #3: Brokoli
Brokoli merupakan satu lagi sumber yang sangat baik vitamin C.
100g hidangan, yang merupakan kira-kira satu cawan, mempunyai kira-kira 90 mg vitamin C.
Ini adalah 100 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan 120 peratus bagi wanita.






Makanan #4: Betik
Betik juga adalah sumber yang baik vitamin C.
100g hidangan, yang merupakan dua pertiga daripada betik kecil, mempunyai kira-kira 61 mg vitamin C. Sebiji betik memberikan anda 96 mg vitamin C, yang sepadan dengan 106 dan 128 peratus daripada pengambilan harian bagi lelaki dan wanita, masing-masing.





Makanan #5: Strawberi
Strawberi mengandungi Vitamin C paling banyak dalam kalangan buah beri.
Satu hidangan 100 g, atau kira-kira kurang sedikit daripada dua pertiga cawan strawberi segar mempunyai 60 mg vitamin C.

Ini adalah 67 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan untuk lelaki dan 80 peratus bagi wanita.






Makanan #6: Oren
Bila sebut vitamin C pasti semua orang teringat oren.
Satu oren kecil - 100 g - mempunyai 53 mg vitamin C, yang sepadan dengan 60 peratus dan 71 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan wanita, masing-masing.

Jus oren juga merupakan sumber yang baik vitamin C dan boleh mengandungi sebanyak 124 mg dalam satu cawan.






Makanan #7: Nanas
100g berkhidmat nanas, yang merupakan kira-kira satu persembilan buah keseluruhannya, mempunyai 48 mg vitamin C, yang sepadan dengan 53 peratus dan 64 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan wanita, masing-masing.






Makanan #8: Tembikai Melon
Satu biji besar tembikai - 100 g - memberi 37 mg vitamin C, atau 41 peratus dan 50 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan wanita, masing-masing.






Makanan # 9: Grapefruit
Limau gedang adalah satu lagi buah-buahan sitrus yang merupakan sumber yang baik vitamin C. Setengah merah jambu atau merah limau gedang - 100 g - mempunyai 31 mg vitamin C, yang sepadan dengan 34 peratus dan 41 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan wanita , masing-masing.

Anggur putih mempunyai lebih sedikit dengan 33 mg vitamin C dalam 100 g berkhidmat. A limau gedang keseluruhan berat sekitar 250 g dan mempunyai kira-kira 77-80 mg vitamin C, menurut USDA.

Anda mungkin berminat membaca >> 25 Kebaikan Vitamin C untuk Kulit, Rambut dan Badan





Makanan #10: Bijirin
Selain daripada sumber semula jadi vitamin C, banyak bijirin telah diperkayakan dengan asid askorbik dan oleh itu, juga menyediakan vitamin.

Walau bagaimanapun, kandungan yang berbeza-beza ketara antara jenama yang berbeza dan jenis bijirin. Baca label makanan untuk memastikan bahawa bijirin yang telah diperkayakan dengan vitamin C.

100g  bijirin boleh mempunyai sehingga 200 mg vitamin C. Satu cawan adalah saiz hidangan yang biasa dan berat kira-kira 30 g. Ia boleh mempunyai kira-kira 61 mg vitamin C atau 68 peratus dan 81 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan wanita masing-masing.

Sumber : http://www.livestrong.com


Vitamin C Shaklee



Dapatkan Vitamin C Shaklee Hari ni




----
Video Shaklee Effect #3
[Video] Lelaki Hampir Lumpuh Kembali Aktif Selepas Isterinya Hadiahkan SESUATU--- SILA KLIK GAMBAR --

Monday, October 13, 2014

2 Entry Kesihatan Terbaik dari Multivitaminbest.com | Blog Review

Hari ni saya nak buat review untuk blog pilihan.

Blog pilihan saya hari ni adalah blog Multivitaminbest.com

Blog ni banyak sediakan entri kesihatan yang menarik dan berguna untuk semua pembaca. Banyak tips yang baik dan sesuai diamalkan untuk mengekalkan kesihatan pada paras terbaik. 

2 Entri terbaik yang sangat saya suka untuk bulan Oktober 2014 adalah:


dan 







Entri 1 : 10 Cara Atasi Hormon Tidak Stabil.

Dari entri ini, banyak info yang saya baru tahu. Adakah anda tahu ada satu kelenjar yang kawal hormon?

Haa.. Ramai tak tahu kan? saya pun baru tahu. 

Banyak masalah kesihatan rupanya berpunca dari hormon tak stabil. Bila kita tak tahu punca macamana datangnya masalah tu, itu yang kita susah nak baik dari masalah kesihatan.
Yang penting, kena tahu punca masalah. 

Anda tahu ke salah satu masalah adalah stress?

Pasti anda tak jangka kan? Haaa. Anda wajib baca entri ni sebab 10 Cara atasi hormon tak stabil ni boleh baiki masalah stress anda. 







Entri 2: 6 Cara Kurangkan Senggugut Secara Cepat dan Semulajadi

Senggugut memang sakit kan? 
Ya.. Guling-guling tahan sakit. Ramai yang ambil cara mudah dengan makan pil tahan sakit. Bahaya tau pil ni. Boleh efek buah pinggang. 

Kalau ada cara yang selamat dan semulajadi, kenapa anda nak pilih cara bahaya kannnn?

Jom terjah entri ni dan baca cara-caranya. Anda pasti teruja. 



Tahniah Multivitaminbest.com dengan entri yang sangat menarik
Keep it up!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...