Tuesday, March 10, 2015

6 Cara Hilangkan Mengantuk Supaya Tidak Terbabas Ketika Memandu

Mengantuk ketika memandu memang merbahaya. Bukan bahaya untuk diri kita, bahaya untuk keluarga kita, bahaya juga untuk pemandu kenderaan lain.

Apabila tiba musim perayaan, ramai yang akan travel jauh, balik kampung atau bercuti di tempat peranginan. Ramai pemandu yang suka travel dan memandu waktu malam.



Memandu malam memang lebih selesa, tapi ada risiko untuk mengantuk ketika memandu.

Iyelah, rasa sejuk dan selesa serta sunyi memang buat kita rasa mengantuk dan nak tidur. Kalau memandu siang, tak tahan rasa panas pula.

Huaaargh.




Sahabat saya dalam video ini memang HANTU KOPI. Setiap kali mengantuk dia minum kopi. Tapi, apa yang kawannya sarankan sehingga dia tidak lagi hantu kopi memang TAK DIJANGKA..


Tak lagi jadi HANTU KOPI bila mengantuk ! from iReach HD on Vimeo.




Ada 6 Tips yang boleh para pemandu untuk cuba hilangkan mengantuk ketika memandu.


1. Makanan ringan
Sebelum memulakan perjalanan jauh, jangan lupa beli makanan ringan untuk di makan ketika memandu. Anda boleh beli kekacang atau kerepek yang boleh di makan ketika memandu.

Dengan mengunyah makanan ringan, ia mungkin kurangkan rasa mengantuk dan anda akan rasa lebih segar.

Pilihan kami adalah kacang Badam Roasted atau Asam-asam. Ada juga perhentian Rehat dan Rawat (R & R) yang menjual buah-buahan segar sebagai snek pengganti junk food.





2. Mendengar radio atau audio pilihan yang menarik.
Tentu bosan ketika memandu malam, terutama bila rakan dan ahli keluarga yang travel dah selamat tidur dengan lenanya. Bila kita bosan, masa ini lah rasa mengantuk.

Pasanglah channel radio pilihan atau pasang CD lagu kegemaran yang rancak-rancak dan tidak mendayu-dayu. Jari juga mungkin terikut-ikut menjentik stereng kereta mengikut rentak.

Anda boleh juga memilih CD audio ceramah atau info berilmu yang boleh menambah ilmu sambil memandu. Otak yang 'aktif' dengan berfikir pasti mampu menghilangkan rasa mengantuk bagi sesetengah orang.





3. Tidur Sebentar
Bila dah mengantuk sangat, ada yang sanggup memandu lagi sehingga kereta ke kiri dan ke kanan. Ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah orang lain juga.

Berhentilah di hentian terdekat atau stesen minyak untuk tidur sebentar. Berhati-hati pilih tempat untuk berhenti, jangan pilih yang sunyi dan berbahaya. Ambil masa dalam setengah jam untuk tidur sebelum teruskan perjalanan.

Anda pasti rasa lega apabila bangun dari tidur dan akan lebih segar memandu selepas itu. Cara hilangkan mengantuk ini paling berkesan jika tiada cara lain untuk kekal segar ketika memandu.





4. Bercerita dengan rakan/ partner
Setiap kali balik ke kampung, saya sering guna strategi bercerita dengan suami yang memandu. Biasanya kami sering pulang ke kampung pada waktu malam.

Untuk mengelakkan beliau berhenti untuk tidur di hentian(untuk elakkan dari lambat sampai), saya akan bercerita perkara yang menarik supaya suami kekal alert dengan pemanduan.  Itupun jika saya juga masih segar dan tidak mengantuk.





5. Basuh Muka dengan Air.
Sebelum mula memandu terutama travel jauh, pemandu digalakkan untuk menyediakan air mineral berdekatan dan mudah diambil. Ia berguna untuk hilangkan mengantuk dengan basuh muka dengan air.

Lebih menyegarkan jika air itu adalah air sejuk. Memang terkejut segala urat di muka dan hilang rasa mengantuk serta merta.





6. Minum air berkafein atau isotonik
Inilah adalah cara paling famous di kalangan pemandu. Ia mudah, tak perlu berhenti (jika ingin tidur), dan sekaligus menghilangkan dahaga.

Walaupun begitu, kandungan air isotonik dan berkafein ini kebanyakannya bukan amalan yang baik. Ia mengandungi kadar kafein yang tinggi, serta gula yang tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan.




Menghilangkan Mengantuk dengan Cinch Tea Shaklee.


Ambillah Cinch Tea Shaklee yang memberi tenaga untuk anda. Anda akan tak rasa mengantuk lepas minumnya. Itulah pengalaman sahabat saya dalam video di awal tadi.

Apa Kandungan Cinch Tea ni?


Dia ada 4 jenis ekstrak tea yang special. Cinch Tea sahaja ada rumusan hebat macam ni. Dia ada:

1) Matcha Green Tea Powder
2) Red Tea Extract
3) White Tea Extract
4) Rooibos Red Tea Extract


Anda bebas untuk bancuh ia dengan air panas atau air sejuk. Ataupun boleh tambah perisa lain seperti lemon dan halia. Lagi UMPH dan menyelerakan.


Testimoni Cinch Tea Shaklee



Berminat membeli Cinch Tea? Sekotak Cinch tea ada 28 sachet tea. Banyak sachet.


Dapatkan CINCH TEA Anda Hari INI.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...