Thursday, September 18, 2014

8 Makanan Ubati Gastrik Secara Semulajadi

Gastrikkkss...
Makin lama makin ramai kena gastrik. lelaki, perempuan, semua boleh kena. Makan tak tentu masa dan makan benda tak khasiat punca ramai kena gastrik.

Orang yang kena gastrik akan rasa

  • sakit perut, senak, berangin atau pedih
  • tidak selesa, kembung dan sedawa berulang kali
  • rasa loya, muntah
  • hilang selera makan

Memang sakit, banyak benda tak boleh buat.

Kerja pun rasa tak selesa. Mesti rasa nak baring je.

Ada orang yang kena gastrik rasa lemau aje. Bila kerja kita tak fokus, banyak kerja tergendala. Ada yang tak sempurna dan banyak salah.

Rasa teruk kan?


Siksanya dengar kena gastrik sampai 10 tahun.
Jom tengok macamana beliau atasinya dalam video di bawah.


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.




Macamana boleh kena gastrik?



Sel perut kita akan hasilkan asid hidroklorik. Tujuan asid ni untuk cernakan makanan. Asid ni kuat tau, boleh hakis tangan dan kulit kalau terkena. Sakiiitt.

Perut kita pula ada lapisan perlindungan. Lapisan mukosa namanya. Dia lindungi perut kita dari terhakis dengan asid hidroklorik ni.

Bila jus asid terlalu banyak, lapisan mukosa ni akan terhakis. Itu yang menyebabkan kena gastrik.

Mula lah perut nak rasa angin, sedawa tak henti-henti. Lebih teruk bila rasa loya dan muntah. oh siksa sangat.


Ramai tak tahu yang ada beberapa jenis makanan yang boleh kurangkan simptom gastrik tanpa makan ubat. Jom semak 8 makanan yang boleh ubati gastrik.






Makanan #1 : Halia


Halia memang sangat sesuai hilangkan gastrik.

Ia boleh bantu masalah tak lawas juga. Jika nak elak rasa sebu dan angin, kunyah sedikit halia segar selepas makan.

Kita juga boleh minum campuran secubit serbuk halia ditambah garam batu. Kita boleh tambah hirisan halia dalam makanan.

Salah satu cara paling baik untuk kawal gas dalam badan adalah dengan minum teh halia.

Cara buat teh halia - tambah 1 sudu kecil halia yang telah dikisar dalam air dan didihkan untuk beberapa minit. Minum 2- 3 kali sehari untuk buang angin dalam badan.







Makanan #2 : Soda penaik (Baking soda)



Biasa kita dengar soda penaik dalam bahan buat kuih aje, rupanya boleh buang angin.

Soda penaik boleh legakan perut dari angin dengan cepat.

Minum satu gelas air suam yang telah dicampur 1/4 sudu kecil soda penaik. Campuran air ini adalah petua lama untuk angin dalam perut.

Tambah secubit soda penaik ke dalam jus lemon segar. Ia bertindak sebagai antacid dan kelegaan cepat dari angin.





Makanan #3 : Cuka Epal

Cuka Epal adalah petua semulajadi yang berkesan untuk beberapa masalah kesihatan.

Ia memberi kelegaan segera untuk angin dalam perut dan membantu mengatasi masalah pencernaan.

Ambil segelas air suam dan tambahkan 2 sudu cuka epal dan biarkan dalam suhu bilik. Minum campuran ini untuk dapatkan kelegaan dari masalah gastrik.

Ida pernah cuba dan ia berkesan.






Makanan #4 : Kulit Kayu Manis


Herba ini juga salah satu petua hilangkan gastrik. 

Didihkan kulit kayu manis dengan sedikit air dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sebelum minum. Ia akan bantu elak perut masuk angin.

Anda juga boleh campurkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam segelas susu suam atau tambahkan sedikit dalam campuran serbuk kayu manis sebelum minum.

Teh Kulit kayu manis boleh legakan perut berangin. 

Hanya tambah sedikit serbuk kayu manis ke dalam air panas dan biarkan sejuk sebelum minum.






Makanan #5: Jintan Manis


Jintan manis sesuai untuk pelbagai masalah kesihatan seperti masalah pencernaan, perut berangin dan senggugut.

Ia boleh bantu masalah pencernaan kalau biasakan untuk diminum. 

Tambah satu sudu teh jintan manis dalam air mendidih untuk dijadikan teh. Biarkan ia terendam dalam air seketika.

Tapis jintan manis dan minum air itu sebelum makan. Minum 3-4 kali sehari untuk kesan lebih baik. 

Kunyah sedikit jintan yang telah dibakar/disangati setelah dicampur sedikit garam batu juga boleh hilangkan angin dalam badan.





Makanan #6 : Bawang Putih


Bawang putih boleh legakan perut dari angin dan gastrik.

Baunya dan rasa 'hangat' bawang putih boleh bantu pencernaan makanan lebih baik dan lega dari angin. 

Jika anda rasa perut berangin, cuba buat sup bawang putih.

Guna bawang putih segar untuk kesan lebih baik. Ambil 2-3 ulas bawang putih dan bakar atas api secara terus. Tak perlu kupas. Boleh terus di makan. 

Untuk jadikan sup, tumbuk sedikit bawang putih dan campur sedikit air, lada hitam dan jintan putih. Didihkan seketika.

Tapis semua bahan dan biarkan sejuk. Minum sup bawang putih ini 2-3 kali sehari untuk kesan lebih baik. 






Makanan #7 : Peppermint



Masalah angin boleh dirawat dengan peppermint,

Teh Peppermint adalah salah satu cara untuk legakan angin dalam perut.

Untuk buat teh peppermint, letakkan daun peppermint segar dalam air dan didihkan. Tapis airnya dan tambah madu sebagai perisa. 

Minum teh herba ini 2-3 kali sehai. Mengunyah daun peppermint segar juga boleh bantu buang angin. 






Makanan #8: Biji Pelaga



Biji ini selalu kita tambah dalam masakan, tetapi ia juga herba yang boleh bantu legakan angin dan gastrik dalam perut. 

Ambil secubit serbuk biji pelaga dan tambah ke dalam lauk atau nasi.

Kunyah sebiji biji pelaga juga boleh atasi masalah angin.

Seperti juga teh herba yang lain, biji pelaga boleh dibuat teh dengan mendidihkan air panas beserta beberapa biji biji pelaga ini.


sumber : http://www.myhealthtips.in




Set Gastrik Shaklee



Bagaimana Set Gastrik ini berfungsi?


ESP (Energy Soy Protein)


Iaitu protein berasaskan soya sangat bagus untuk pesakit gastrik.

Kerana kacang soya mempunyai tahap pH iaitu kealkaliannya yang tinggi dan ia sesuai untuk meneutralkan perut yang berasid disebabkan asid hidroklorik.

ESP juga bertindak sebagai untuk menggantikan sel-sel yang telah terhakis dan digantikan dengan sel-sel yang baru.


Ostematrix


Mengapa pesakit gastrik perlu mengambil susu? Kerana bagi susu lembu adalah kurang keasidannya iaitu 6.4-6.8 pH menghampiri tahap pH neutral.

Dan ostematrix Shaklee mengandungi kalsium bagi mereka yang tidak gemar minum susu.



Peppermint Ginger Plus


Mampu untuk mengurangkan ketidakselesaan perut disebabkan kembung, rasa mual atau loya disebabkan mengandungi halia, jintan hitam, dan jintan manis.

sumber:http://naturavitamina.blogspot.com



Testimoni 1 :







Testimoni 2






Testimoni 3





Dapatkan SET GASTRIK SHAKLEE hari ini..


3 comments :

Zainul said...

ESP pun bagus untuk alas perut

Unknown said...

Anak sekarang bukannya buat mealshakes, tapi dia bancuh ESP, katanya sedap la bu yang org tua punya...hwaaa..sebulan 2 tong la jwbnya

Unknown said...

Drinking More and More Water, Use Jeera for gas Problem, I admitted all the Points above you mention..

Home Remedies

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...