Ibu hamil yang biasa cramp kaki memang faham perasaan ni. Rasa nak mengalir air mata tahan sakit. Biasa kena kejang kaki ni waktu malam pula. Nak menjerit pun takut anak terbangun.
Saya sendiri pernah alami. Sadis sangat bila kena waktu dah sarat mengandung, kaki cramp kemudian nak bergerak pun tak larat. Bila kejut suami, susah pula dia nak bangun.
Sampai mengesot cari ubat panas nak urus betis yang keras sebab kejang.
Sedih sangat rasanya.
Sahabat saya yang dalam video ni nampak muda, tapi alami simptom kaki kebas macam orang tua. Ikuti pengalaman beliau supaya tak lagi sakit tulang kronik yang menyakitkan.
Saya tak nak orang rasa betapa sakitnya kejang kaki terutama ketika mengandung. Saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari babycenter.com.my.
Berikut adalah 7 tips mudah elak kejang kaki ketika hamil.
Tips Elak Kejang Kaki #1:
Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama .
Tips Elak Kejang Kaki #2:
Regangkan otot betis anda dengan kerap semasa kali sehari dan beberapa sebelum anda pergi tidur .
Tips Elak Kejang Kaki #3:
Memusing buku lali dan menggoyangkan kaki anda apabila duduk makan malam atau menonton TV.
Tips Elak Kejang Kaki #4:
Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.
Tips Elak Kejang Kaki #5:
Elakkan terlalu letih . Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki.
Tips Elak Kejang Kaki #6:
Minum air dengan kerap untuk sentiasa terhidrat.
Tips Elak Kejang Kaki #7:
Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot anda.
Tips Kecemasan : Apa Nak Buat Ketika Sedang Sakit Kejang Kaki?
Jika tiba-tiba kena kejang kaki, kita disarankan cepat-cepat luruskan kaki dan gerakkan jari-jari kaki ke depan dan ke belakang beberapa kali.
Kaedah ini memang sakit, tapi sakit itu akan beransur kurang.
Kita boleh juga ambil botol air berisi air suam dan diletakkan pada kaki untuk legakan kaki yang cramp itu.
Tips Elak Kejang Kaki dari Shaklee
Kejang Kaki dikatakan berpunca dari kurang kalsium dan magnesium dalam badan. Produk Shaklee yang sangat sesuai untuk elak kaki kejang adalah Ostematrix.
Ostematrix bantu bekalkan kalsium dan magnesium yang cukup untuk keperluan wanita seperti kita terutama ketika hamil. Produk ni adalah lebih baik dari produk pasaran lain sebab ada Vitamin D.
Vitamin D bantu tulang menyerap kalsium yang dibekalkan. Kalsium yang cukup juga bagus untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.
Harga Ostematrix hanya RM61 (120 biji)
Testimoni
Berminat membeli Ostematrix? Dapatkannya HARI INI.
4 comments :
memang terbaiklah ostematrix utk kaki kejang terutama ibu hamil ni kerap kena kejang atau biasa orang panggil juga simpul biawak...
Memang sakit tiba-tiba rasa cramp dekat kaki.
Ostematrix memang bagus untuk kejang. Masa period siap2 makan ostematrix, untuk kurangkan kejang perut...
7 Ciri Soya Selamat dan Sihat
untuk jalan kaki biasanya emang membutuhkan sepatu yang nyaman... tapi selain sepatu yang nyaman apakah juga membutuhkan kaos kaki wanita yang nyaman juga untuk melindungi kaki
Post a Comment