Thursday, September 5, 2013

Apa Yang Menyebabkan Gigi Kuning dan 2 Cara Mengatasinya

Ramai yang mengimpikan untuk gigi yang putih dan menyerlah seperti model iklan. Namun begitu ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana giginya menjadi kuning walaupun kerap menggosok gigi setiap hari. Jom kita tengok bagaimana gigi boleh kuning dan cara untuk mengelaknya.

Ada 2 sebab utama gigi yang putih boleh bertukar ke kuning dengan perlahan-lahan. 

What Causes Yellow Teeth and What to Do About It

Sebab pertama adalah kesan makanan dan minuman yang memberi kesan 'karat' kepada gigi. 

Sebab kedua adalah asid pada sesetengah makanan dan minuman yang mengakis salutan enamel putih pada gigi. Soda adalah minuman yang mempunyai kandungan asid yang tinggi yang boleh mengakis lapisan pelindung berkenaan.

Apabila lapisan pelindung ini masih tebal, enamel gigi adalah putih secara semulajadi. Malangnya, jika ia semakin nipis, ia akan kurang putih kerana ia akan menunjukkan lapisan di bawahnya yang dipanggil dentin. 

Lapisan dentin ini adalah lebih kuning dari lapisan enamel di atasnya, maka semakin nipis enamel gigi, semakin kuning gigi kita. Sebab tulah, kebanyakkan dari orang yang berumur mempunyai gigi lebih kuning.

Dua cara mudah untuk elak gigi kuning

Cara paling logik adalah memberus gigi sebaik selepas makan. Sebenarnya, cara itu adalah cara yang silap. 

Enamel gigi akan menjadi lembut sejurus selepas makan makanan memberi kesan 'karat' atau yang berasid sekurang-kurangnya setengah jam selepas itu. Memberus gigi selepas itu akan mengakis terus enamel itu, maka sila tunggu sekurang-kurangnya sejam selepas makan dan minum jika ingin memberus gigi. Itu pun, gigi harus diberus dengan menggunakan berus gigi berbulu lembut. 

Cara paling baik adalah dengan mengamalkan dua cara ini:

what causes yellow teeth

Cara pertama: Teguk air dengan banyak selepas makan atau minum dan kumur dengan perlahan untuk membuang asid dan bahan yang memberi kesan 'karat' itu. Perkara ini nampak remeh, tetapi memberi perbezaan kesan warna yang ketara kepada gigi jika sentiasa diamalkan.

Cara kedua: Hasilkan sebanyak mungkin air liur(saliva) dalam mulut selepas makan dan biarkan ia melalui gigi-gigi kita. Ia mudah dilakukan dengan teguk sedikit air dan air liur adalah pelindung semulajadi melawan hakisan enamel, kesan 'karat' dan kaviti.

Mudah, bukan?

sumber : http://www.healthambition.com/what-causes-yellow-teeth/



Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

1 comment :

Fathan said...

Terima kasih. Ilmu yang sangat tepat n bermanfaat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...