Tuesday, September 3, 2013

Kaitan CoQ10 dan Kesuburan Suami Isteri yang Mesti Anda Tahu.

Koenzim Q10 atau CoQ10, adalah bahan yang ditemui di dalam mitokondria semua sel-sel, yang menjelaskan mengapa ia juga dikenali sebagai ubiquinone, ia adalah ubiquitous (berada di mana-mana) di dalam badan. Mitokondria adalah sumber pengeluar tenaga untuk sel dan CoQ10 adalah penting untuk menghasilkan adenosina trifosfat atau ATP, yang merupakan sumber utama tenaga untuk penguncupan otot dan pengeluaran protein. Badan kita semakin kurang menghasilkan CoQ10 kerana faktor umur dan kajian menunjukkan bahawa mengambil CoQ10 tambahan mempunyai manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan kesuburan pada lelaki dan mungkin, pada wanita.

Baca lanjut --> CoQ10 Shaklee terbaik untuk Kesihatan dan Jantung

Mengapa perlukan CoQ10 untuk kesuburan?

Menurut "Biochemical, Physiological and Molecular Aspects of Human Nutrition," jantung, otak dan hati memerlukan bekalan tenaga yang paling banyak untuk berfungsi dengan baik seterusnya memerlukan jumlah CoQ10 paling tinggi, namun organ-organ pembiakan juga memerlukannya. Badan menghasilkan paling banyak CoQ10 pada usia 21 secara puratanya, iaitu pada tahap manusia paling subur. 

Menurut "Human Biochemistry and Disease," kesuburan mungkin berkait rapat dengan tahap CoQ10 kerana telur wanita bergantung kepada mitokondria yang kaya dengan coQ10 untuk bekalan tenaga sel mereka, tenaga ini semakin berkurangan selari dengan faktor umur. Selain itu, sel-sel sperma sebahagian besarnya diperbuat daripada protein dan bergantung kepada CoQ10 untuk sintesis. CoQ10 juga merupakan antioksidan yang kuat dan mungkin dapat melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif dan toksik.



CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Wanita

Dalam wanita, proses mengekalkan telur, ovulating dan membangunkan embrio memerlukan tenaga banyak dan berkualiti. Ia boleh dipengaruhi dengan kandungan CoQ10 dalam sel telur. Satu kajian telah dijalankan ke atas tikus dan disiarkan dalam edisi 2009 "Fertility and Sterility." 

Melalui kajian dari Kanada, tikus betina tua diberi CoQ10 dan lain-lain makanan tambahan yang merangsang pengeluaran mitokondria dan kualiti telur mereka telah diukur terhadap kumpulan plasebo. Para penyelidik dari Pusat Toronto bagi Teknologi Reproduktif mendapati bahawa suplemen CoQ10 meningkatkan kuantiti dan kualiti telur ovulated dalam kumpulan ujian. Bagaimanapun, bahawa hasil kajian haiwan mungkin tidak sama kepada manusia.



CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Kesan CoQ10 pada kesuburan lelaki juga telah dibuat kajian. Satu kajian Iran telah diterbitkan dalam edisi 2009 "The Journal of Urology" dan mengkaji kesan 300mg dos harian  CoQ10 kepada lelaki yang mempunyai masalah kemandulan. Selepas enam bulan diberi suplemen CoQ10, penyelidik membuat kesimpulan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam kedua-dua pergerakan dan kepadatan sel-sel sperma. 

Satu kajian Itali telah diterbitkan dalam edisi 2009 "Fertility and Sterility" dan meneliti kesan daripada 200mg dos harian  CoQ10 kepada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan untuk sekurang-kurangnya tiga tahun. Para penyelidik mendapati bahawa selepas enam bulan daripada suplemen CoQ10, kandungan air mani dan sel-sel sperma telah meningkat. Selain itu, pergerakan sel-sel sperma didapati meningkat, terutamanya dalam orang-orang yang mempunyai kandungan CoQ10 yang rendah pada awalnya.

sumber : http://yourhealthybody.jillianmichaels.com/coenzyme-q10-fertility-3523.html

Shaklee menawarkan produk baru untuk bekalan CoQ10 anda iaitu CoQHealth Plus. 


Hubungi saya untuk dapatkannya.


Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...