Wednesday, July 8, 2015

7 Rahsia Jimatkan Masa Mengemas di Dapur Yang Di cari-cari Oleh Ibu Hebat

Ibu-ibu hebat banyak kerja yang multitasking. Kita bukan sahaja kena jadi tukang masak, kita juga adalah tukang kayu, guru, driver, tukang dobi, despatch, penyanyi, pelayan dan macam-macam lagi.

Rasanya kalau nak disenaraikan, memang berjela-jela kertas nak buat list.

Betul tak ibu-ibu?

Kerja kita memang unlimited dan 24 hours. Sama ada bekerja atau suri rumah, kerja kita sama sahaja. Letih tidak terkira.

Kalau ada tips untuk kurangkan masa, pasti best kan?


Haaaa... kat sini Ida boleh bantu ibu-ibu sekalian dapatkan tips best pasal jimatkan masa. Sebenarnya tips ini bukanlah yang Ida dah amal, tapi tips yang ida cari untuk ida amal.

Ida sendiri pun kurang efektif bekerja di dapur. Bila cari tips di internet, jumpa satu artikel di web thekitchn.com yang beri tips best pasal ni

Jom tengok 7 Rahsia Jimatkan Masa Mengemas dapur.





1. Kosongkan sink


Amalkan untuk anda kosongkan dan bersihkan semua pinggan mangkuk yang kotor bila-bila masa.

Untuk kurangkan masa memasak juga, adalah lebih selesa kalau sink kita kosong kan. Lebih mudah nak basuh bahan memasak nanti.

Bila kita kumpul semalaman pinggan mangkuk yang banyak tak terbasuh, lebih lama pula kita di dapur untuk bersihkan ia.

Seeloknya, walaupun ada seketul dua pinggan, kita dah jadikan habit untuk kosongkan sink sebelum ia membebankan kita.





2. Bersihkan bila dah siap masak


Memasak bukan kerja yang mudah. Kadang-kala rasa nak krem kaki ni berdiri memasak.

Pasti penat kan?

Tetapi untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa, setiap kali habis memasak, bersihkan dapur dan sink. Tempat yang kotor yang dibiarkan lebih susah untuk dibersihkan kemudian hari kerana kesannya yang sukar untuk dihilangkan.

Maka, amalkan untuk membersihkan sekejap semua bahagian tersebut walaupun selepas anda penat memasak.





3. Bersihkan sink setiap kali selepas membasuh pinggan. 


Sinki adalah tempat paling mudah kotoran melekat sebab semua sisa makanan kita basuh disitu. Ada ketika kita tak sempat nak bersihkan, semua kotoran tu dah susah nak tanggal.

Setiap kali selepas basuh pinggan, berus sedikit di tepi dan dalam sink dengan sabun atau air suam supaya tiada kotoran yang tertinggal.

Bila sink sentiasa bersih, kita tak perlu luang masa lebih lama untuk menyental kotoran hitam degil yang dah 'berkampung' kat sink kita kan?

Lebih-lebih lagi bila ia berlendir dan mengeluarkan bau busuk.

EEuuww.





4. Buat sedikit 'maintenance' sebulan sekali ke atas alatan dapur dan pisau. 

Ambil masa sebulan sekali untuk membuang gris dan kerak pada bontot kuali, polish alatan dapur supaya mudah digunakan.

Pisau pun boleh di asah sebulan sekali bagi mudah bila nak masak. Pisau yang tajam lagi cepat digunakan kan?

Kalau tunggu berbulan-bulan untuk buat perkara ni, mungkin satu hari nanti alatan dapur ni tak tahan lama dan cepat rosak. Ataupun ia ambil masa sehari suntuk untuk buat benda ini sahaja.





5. Sediakan alatan pembersihan pada tempatnya. 


Sediakan satu ruang khas yang mudah dicapai bagi meletakkan semua alatan pembersihan dapur anda.

Berus, tisu, kain tuala, pembersih serbaguna, botol spray pada satu tempat.

Bila nak guna, tak perlu ambil masa lama nak mencari sekitar rumah. Dah boleh jimat masa di situ.





6. Sentiasa kosongkan ruang meja / ruang operasi dapur

Bila kita letak macam-macam pada tempat nak masak (samaada atas meja atau countertops), ruang nak masak jadi terhad. 

Susah nak letak bahan nak masak, nak potong memotong, bahan yang telah dipotong pada tempatnya bila meja / countertops kita tak clear.

Kalau nak letak hiasan pun, berpada-padalah. Janganlah sampai tiada ruang untuk buat persediaan masak.





7. Pastikan Tong Sampah Cukup Besar dan Muat

Tong sampah atau bakul sampah sangat penting untuk buang sisa di dapur. Tetapi, saiz bakul sampah kita mesti cukup besar untuk membuang benda tak elok di dapur.

Jika terlalu kecil, barangan yang nak dibuat akan dilonggokkan di tepi bakul dan ia boleh mengganggu proses kelancaran kerja di dapur.

Memang sangat mengganggu dan menyusahkan.

Mencari bakul sampah yang betul nampak remeh tetapi keperluannya boleh menjimatkan masa ibu-ibu hebat.


sumber: http://www.thekitchn.com/


Apa lagi idea untuk menjimatkan masa? Boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.



Jangan lupa tengok video Tips Mencuci Pinggan Mangkuk dari rakan saya di bawah ini.




Tuesday, July 7, 2015

Petua Hilangkan Gout Sehingga Boleh Makan Makanan Kegemaran Semula

Anda seorang yang aktif dan kuat membuat aktiviti.
Ligat ke sana sini, sentiasa ceria dan cergas.

Tiba-tiba kaki anda tak boleh jalan. Sendi-sendi rasa ketat dan pedih.
Aktiviti yang biasa anda buat pun terpaksa dilupakan. Hanya dapat melihat rakan-rakan gembira luangkan masa untuk aktiviti kesukaan.

Dah nak buat macam mana. Nak gerak pun susah. Ini pula nak ke sana ke mari.

Itulah siksanya sakit Gout. Gout ni biasanya orang lelaki yang kena. 



Macamana Boleh Dapat Gout?

Gout ni terjadi bila asid urik terlebih dalam badan. Ramai tak tahu yang asid uric ni adalah bahan buangan. Ia berasal dari satu bahan dalam badan yang dipanggil Purin.

Purin ni dihasilkan dari dalam badan, dan boleh didapati dari makanan yang kita makan macam daging dan makanan laut.

Setiap dari kita ada purin. Purin ni akan lalu ke dalam hati. Hati akan tukar Purin jadi asid urik untuk dibuang oleh buah pinggang melalui air kencing.

Bila kandungan asid urik tinggi dalam darah, ia akan mengeras membentuk kristal bergaram pada sendi, kadang-kadang membentuk  batu dalam buah pinggang.  Itu yang terjadinya Gout.

Sendi akan membengkak dan kita akan susah nak jalan dan bergerak.

Sakit Sangat!





Berpuluh Tahun Merana Gout


 Ida ada seorang rakan yang ayahnya kena gout. Pain killer memang teman setia. Bila sakit sangat mesti makan pain killer. Kesian kan?

Teruknya sakit gout si ayah sehinggakan nak  berjalan pun ke papah dinding.

Jom ikuti Testimoni sahabat saya ini.

"Ayah menderita gout berpuluh tahun. Pain killer dan ubat gout peneman setiap hari. Salah makan sikit je mesti gout datang. Jalan sampai memapah dinding

Tapi sejak amalkan vivix satu sudu kecil setiap hari, Alhamdulillah takde lagi gout menjengah. Yang bestnya, boleh tinggalkan dah ubat gout dan painkiller yg dh bertahun ambik tu. Dan ayah dah boleh makan makanan kegemaran semula! Syukur Alhamdulillah"


Wow. Dah tak perlu makan painkiller.

Yang lebih best, boleh makan makanan kegemaran semula.
Dah bertahun tak boleh makan seafood, kini dah boleh menikmatinya semula.

Memang TERBAIK.

Hanya dengan satu sudu Vivix sehari, Gout dah hilang dengan izin Allah.



Vivix tu apa?




Vivix bukan ubat. Ia bukan dicipta untuk mengubati penyakit-penyakit tertentu.


Vivix adalah supplemen / makanan tambahan yang bantu badan melawan penyakit secara semulajadi. Ia bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan serata dunia.


4 bahan semulajadi yang menjadi bahan utama dalam Vivix adalah:
  • Poligonum Cuspidatum
  • Anggur Muscadine
  • Elderberi Eropah 
  • Lobak Ungu



Vivix bantu perbaiki sel yang rosak. Sel badan yang rosak kerana asid urik boleh dipulihkan secara semulajadi tanpa pengambilan ubat.

Vivix bukan ubat yang boleh menyembuhkan serta merta. Kesannya mungkin berbeza mengikut individu, tetapi yang pasti tiada kesan sampingan dari pengambilan Vivix.


Dapatkan Vivix HARI INI supaya anda tidak perlu merana sakit gout dan kembali boleh makan makanan kegemaran yang sedap-sedap.

Hubungi Saya.

Monday, July 6, 2015

4 Minuman Semulajadi Bantu Untuk Kurus Supaya Nampak Anggun di Hari Raya

Hari Raya dah tak sampai 2 minggu lagi. Ramai yang dah beli persiapan baju raya dan macam-macam lagi.

Pasti semua tak nak lepaskan peluang untuk nampak cantik dan anggun.

Eh, tempah baju saiz apa tu? Opss. Jangan tanya soalan tu.

SENSITIF TAU.

Anyway, Alangkah bagusnya kalau saiz badan berkurang di pagi raya, pasti nampak lebih menarik dan anggun.

Ramai terpukau dan tak percaya kan? Hari raya terasa lebih berharga dan seronok bila kehadiran kita diraikan kerana penampilan yang berbeza.

Tak ramai tahu minuman-minuman semulajadi untuk kurus. Tapi bukan minum sahaja tau, ia adalah sampingan dari senaman-senaman yang dilakukan seharian. Memang boleh membantu untuk kurus.

4 minuman yang boleh bantu untuk kurus:

1) Jus Detoks
Refreshing Detox Juice Recipes (#INFOGRAPHIC): Trying to snack a little healthier and give your stomach a break? Try these super quick and easy #juice #recipes. Just combine the ingredients in a juicer and blend! http://www.healthcentral.com/diet-exercise/c/458275/169969/smoothie-infographic?ap=2012
Ramai tahu pasal berkesannya jus detoks untuk kuruskan badan. Senang aje nak buat dia, cuma blend buah-buahan dan sayuran atau salah satu daripadanya.

Buah jenis sitrus memang berkesan untuk detoks seperti oren dan lemon. Memang habis semua toksin dalam badan boleh di buang.

Buah-buahan berfiber tinggi seperti epal, lobak merah dan halia pun sangat best kalau ditambah dalam jus. Boleh mudahkan proses membuang juga

Bukan sahaja detoks toksin dalam badan, jus detoks ada banyak antioksida juga. Ia bantu Kuatkan imuniti badan dan lindungi dari radikal bebas yang jahat.

80% peratus penyakit datang dari usus. So, dengan detoks usus dari toksin, boleh hindari dari penyakit, dan kuruskan badan secara SEMULAJADI.

Bacaan lanjut: 10 Kelebihan Detoks Usus.





2) Jus Sayur.

The Spinach Shots Juice Recipe    http://www.juiceupyourlife.tv/ <-- More Recipes :)    Juicing Vegetables
Euw. Bunyinya macam kurang menyelerakan tetapi khasiatnya memang tak terhingga.

Sayur yang paling sesuai di buat air untuk kuruskan badan adalah yang jenis cruciferous.

Sayur cruciferous adalah sayur jenis Brassicaceae seperti bayam, kailan, brokoli, kobis, kobis bunga, dan banyak sayuran hijau lain.

Sayur-sayur ini ada phytonutrients yang bagus untuk kurangkan lemak dalam badan, kurangkan keradangan dan kawal gula dalam darah.

Ia juga bagus dalam seimbangkan paras hormon, tingkatkan metabolisme dan detoks toksin dalam badan.





3) Kopi Hitam (Black Coffee)

Eat for weight loss: How to cook the 10 superfoods that make you skinny
Bila sebut kopi, mesti tak sangka ia boleh kuruskan badan. Tapi kopi ada banyak jenis.

Kopi yang spesifik boleh kurangkan berat adalah Kopi Hitam. Perbezaan jenis-jenis kopi bergantung kepada cara pembuatannya.

Kopi Hitam boleh kurangkan risiko diabetes(tanpa gula) dan serangan jantung. Kafein di dalam kopi hitam boleh tingkatkan metabolisme badan, lagi banyak kalori boleh dibakar.





4) Teh Hijau

Your Ultimate Guide To Green Tea- great article on varieties of green tea, how to steep properly, and storage of loss leaf tea.
Teh hijau memang dah terkenal beratus tahun yang lalu, memang salah satu fungsi power teh hijau adalah kurangkan berat badan.

Teh hijau boleh bantu tingkatkan metabolisme, bila metabolisme tinggi, senang nak bakar lebih banyaaak kalori.

Ada yang dapat kawal selera makan dengan teh hijau.

Memang hebat!

Bila selera dapat dikawal, dapatlah kita kurangkan makanan yang masuk dalam perut kita kan?

Teh hijau memang popular dikalangan orang Jepun, ia boleh bantu kurangkan stress juga.



sumber : http://www.lifespan.com



Bukan Sekadar Teh Hijau

Shaklee juga ada produk berasaskan Teh Hijau.

Energy Cinch Tea.

Dia ada 4 jenis ekstrak tea yang special. Cinch Tea sahaja ada rumusan hebat macam ni.


1) Matcha Green Tea Powder
2) Red Tea Extract
3) White Tea Extract
4) Rooibos Red Tea Extract





Berminat membeli Cinch Tea? Sekotak Cinch tea ada 28 sachet tea. Banyak sachet.




Dapatkan CINCH TEA Anda Hari INI.



Sunday, July 5, 2015

Resepi Ayam Goreng Berempah Simple untuk 7 ketul Ayam

Bermacam jenis resepi mudah yang ramai orang kongsikan sempena Ramadhan ini.

Saya suka tengok resepi mudah dan simple ini sebab saya sendiri tak cukup masa nak buat resepi macam-macam sebab pukul 6 lebih baru sampai rumah.

Ada ketika bila jam, pukul 6.30 baru sampai rumah.

Letih tak hilang, terus masuk dapur. 

Tapi ada satu resepi favourite saya yang beri kelainan kepada ayam goreng. 

Resepi ini saya dapat dari mak mertua. 

Simple, hanya guna bahan sedia ada di rumah tapi SUPER SEDAP.

Ayam Goreng Berempah Simple untuk 7 ketul Ayam.




Resipi Ayam Goreng Rempah (resepi mak mertua)
------
.
Bahan-bahan(untuk 7 ketul kecil)
===
2 ulas bawang merah + 2 ulang bawang putih
Setengah inci halia
3 btg cili api
2 sudu rempah kari daging
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil garam
.
Cara membuat
===
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan halia(lebih baik tumbuk dari blender..sbb kalau blender nanti berair)
2) gaul bahan tumbuk dengan ayam, sekali dgn rempah, tepung dan garam
3) boleh goreng.(kalau perap lama sikit, lagi sedap)
.
.
Selamat mencuba!


Kenapa 7 ketul? Hanya untuk juadah family kecil saya sahaja. Biasanya, tak sempat simpan untuk sahur mesti dah habis. 

Sebarang pertanyaan, boleh komen di ruangan komen ye. 

Terima kasih kerana mencuba

Promosi Shaklee Julai 2015 - Giliran Sirap Ajaib Terhebat

Alhamdulillah.
Setiap bulan Shaklee pasti memberikan yang istimewa untuk ahli-ahlinya. Inilah di antara sebabnya ribuan orang menjadi ahli Shaklee.

Bulan ini, gilliran 3 vitamin kegemaran ramai menjadi promosi.

Vivix, Sirap Ajaib Terhebat
Bcomplex, Ubat Stress dan Tenaga
Vitalea, Multivitamin Terlengkap Untuk Anak


Kelebihan VIVIX

1) Galak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Bantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Kurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Kurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Tingkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Kurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Bantu dlm proses penurunan berat badan
8) Sokong kesihatan mata
9) Tingkatkan kesihatan imum badan
10) Galakan kesihatan keseluruhan
sumber: beehayunos.com





Kelebihan Bcomplex

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

sumber: ayusihatanggun.blogspot.com


Kelebihan Vitalea For Kids

  1. Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  2. Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi
  3. Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
  4. Sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
  5. Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan 
  6. Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan
  7. Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik 
  8. Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas 
  9. Kanak-kanak 2 hingga 3 tahun yang SUDAH PANDAI TABLET boleh ambil dengan PENGAWASAN ORANG DEWASA
  10. Rasa yang sedap
sumber: iramummysikembar.blogspot.com


Senarai Harga:

1. Vivix : RM475.00
2. Bcomplex : RM53.75
3. Vitalea For Kids: RM111.00

Mahal? Tunggu dulu. 

Nak dapatkan diskaun 20%, JOM JADI AHLI.

Dengan Pengalaman Ini, Saya Percaya Doa Ketika Berbuka Adalah MUSTAJAB

Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Tip Sihat Selalu.

Melalui separuh Ramadhan ini , saya ada satu pengalaman yang mungkin tak boleh nak lupa.

Sebelum tu nak bagitahu, sharing ni bukan berniat nak menunjuk. atau bermegah-megah. Bukanlah nak highlight yang saya ada anak yang berbakat, tetapi nak cerita memang pasal doa ketika berbuka yang selama ini saya juga remehkan.





Ceritanya bermula ketika saya perlu berkursus pada hari ke 5 Ramadhan di Hotel Permai Inn Kuala Terengganu. Saya perlu berkursus selama 5 hari. 22hb Jun sehingga 26hb jun.

Silap taip nama hotel. Patutnya Permai Inn.

Hotel tersebut berada bersebelahan dengan masjid. Dekat sangat dengan masjid, setiap kali azan memang jelas dengar sampai bilik hotel.


Sebenarnya saya dah lama tak berkursus di luar. Ini juga kali pertama saya berjauhan dengan anak kecil, Si Amin yang baru berumur setahun 10 bulan.

Rasa sangat hiba setiap kali dengar azan. Ketika itu terfikir alangkah bagusnya jika anak-anak saya menjadi di kalangan mereka yang akan menghidupkan masjid. 

Bermula dari hari itu, saya akan berdoa setiap kali berbuka, a few minutes sebelum jamah kurma.

"Ya Allah, jadikanlah anak-anakku antara mereka yang akan menghidupkan masjidMu"


Honestly, ini ada pertama kali saya berdoa sebegitu. Mungkin sebab berjauhan dengan anak dan sangat rindukan mereka. 

Setiap hari saya doa tanpa gagal. Sejurus sebelum berbuka tidak lama, hanya sempat doa beberapa ayat sahaja.. dan salah satu doa itu adalah doa ini.



Sehinggalah saya balik dari kursus dan mendapat satu mesej dari cikgu Afiq pada 30 Jun 2015. 



Afiq masuk pertandingan azan? Biar betul?
Saya sendiri pun tak tahu Afiq ada bakat mengalunkan azan pada usia 9 tahun.

Dia seorang yang pemalu.

Sehinggalah saya sendiri minta dia berlatih di hadapan saya.

Dan hati si ibu sebak mendengar alunan azan si anak.

Subhanallah.
Subhanallah.
Subhanallah.

Terus teringat doa yang saya lafazkan sejak berkursus tempoh hari.

Terima kasih Allah, walaupun ia masih jauh dari realiti, tetapi hal ini sangat menghiburkan.

Moga satu hari nanti hati Afiq sentiasa rindu untuk menghidupkan masjid serta mengalunkan azan di sana setiap kali masuk waktu.

Afiq Bertanding Peringkat Akhir

Afiq bertanding peringkat Akhir


Dan kini, berdoa sejurus sebelum masuk waktu yang saya anggap remeh dan tak tahu kehebatannya adalah memang superb dan mustajab.

Yang pasti Allah beri petunjuk ini mungkin untuk sama-sama mengajak rakan-rakan pembaca blog ini untuk meluangkan beberapa minit sebelum berbuka dengan berdoa.

Klik link untuk melihat afiq azan yang dirakam oleh cikgu ketika peringkat saringan
https://www.facebook.com/idafadliza/videos/10153411518539556/?pnref=story



Saturday, July 4, 2015

9 Tips Berjimat Ketika Sambut Bayi Baru Supaya Tidak Perlu Stress Kena Tambah Hutang

Yeay. Alhamdulillah

Seronok tidak terkira bila lihat 2 line pada pregnancy tester.

Syukur, Allah kurniakan rezeki lagi untuk anda. Jika ini anak yang pertama pasti lebih tak sabar lagi nak melalui saat indah memeluk zuriat pertama yang diimpikan.

Macam-macam nak beli. Mungkin boleh sampai berhabis ribu-ribu.

Ada sampai seribu, ada sampai 2 ribu, dan ada sampai 10 ribu.


Banyak sangat yang dikorbankan demi menyambut kelahiran bayi baru. Dari sekecil sarung tangan hingga ke persiapan bilik dan katil. Semua ekspo ibu dan anak di pasaraya besar di terjah. Habis semua buku tentang ibu dan anak dilanggan.

Ida pun pernah lalui perkara sama, sekarang ni Ida dah ada 4 anak lelaki. Memang setiap kali kelahiran akan ada bajet khas semata-mata untuk menyambut insan istimewa ini.

Tetapi Ida percaya ramai ibu bapa tidak sedar ada juga perkara yang kurang penting di beli atau diutamakan, dan ini boleh menjimatkan wang ibu ayah.

Jom ikuti 9 tips penjimatan belanja yang mungkin ibu ayah boleh praktikkan.


Baca: Nak Kempiskan Perut Lepas Bersalin? Amalkan 8 Amalan Ini



Tips 1: Pilih Hospital



Memang excited bila nak pilih hospital nak bersalin. Ada yang prefer hospital swasta sebab keselesaan yang lebih tetapi kosnya agak tinggi. Beberapa tahun lepas kenalan Ida yang bersalin di hospital swasta terpaksa di caj hampir 10k kerana terpaksa bersalin ceaser saat akhir kerana komplikasi.

Jika bersalin normal juga di hospital swasta, kosnya sekarang masih lebih dari RM2k. Memang tinggi berbanding dengan hospital kerajaan.

Ida bersalin 4 hero di hospital kerajaan - Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kuantan. Perkhidmatan yang diberikan memang best, keempat-empat kelahiran ditemani oleh suami di dalam Labour Room.

Berikut adalah catatan detik kelahiran anak-anak Ida yang sempat dicoret (anak pertama tak sempat nak tulis):
1) Detik Kelahiran Arif - anak kedua
2) Detik Kelahiran Abid - anak ketiga
3) Detik Kelahiran Amin - anak keempat

Kebanyakan Hospital kerajaan sekarang mempunyai layanan yang bagus juga. Saya sendiri mengalaminya dan yang lebih bagus lagi, ia jauuuuhhh lebih murah dari swasta.

Menurut artikel dalam majalah Pa & Ma April 2006, jika anda tidak mampu untuk ke hospital swasta, anda boleh memilih untuk bersalin di Klinik Bersalin di mana kosnya tidak semahal hospital swasta.

Doktornya juga adalah doktor pakar. Hanya doktor pakar sahaja yang boleh membuka klinik bersalin.





Tips 2 : Susu Ibu


Sebelum bersalin, disarankan ibu-ibu untuk tingkatkan ilmu tentang penyusuan susu ibu dengan baik supaya mudah untuk menyusukan anak sejurus selepas bersalin.

Selain kebaikannya yang tak terhingga, ia juga sangat menjimatkan wang. Harga susu formula kini memang sangat tinggi, botol susu yang perlu ditukar dan kesukaran untuk membawa ke mana-mana bila perlu travel.

Ida juga dapat menyusukan anak ke tiga sehingga umur 2 tahun dan kini masih menyusukan anak ke 4 yang berumur setahun 10 bulan.

Memang sangat jimat. Walaupun anak ke 4 ni dah bercampur susu dengan susu formula, tetapi ia masih menjimatkan serba sedikit kerana anak menyusu penuh ketika waktu malam, dan tidak perlu membancuh susu pada waktu malam.





Tips 3: Pakaian


Pakaian untuk newborn tidak perlu dibeli terlalu banyak. Ini kerana bayi kecil cepat membesar. Kadang-kala saiz bayi newborn yang besar boleh memakai saiz baju untuk bayi 6 bulan.

Cukuplah untuk membeli 5 hingga 6 pasang pelbagai jenis (baju lengan panjang atau pendek, seluar panjang atau pendek) untuk bayi newborn dan akan ditambah dari masa ke semasa mengikut saiz anak.

Mujurlah Ida mempunyai anak semua lelaki, maka untuk kelahiran anak kedua dan seterusnya, mereka hanya akan menggunakan semula baju kecil abang-abang mereka kerana perkembangan yang cepat.

Ida hanya akan standby sedikit bajet sahaja menukar baju lama yang sudah lusuh dan tidak boleh digunakan lagi instead of membeli baru semuanya.





Tips 4 : Untuk Lelaki dan Perempuan.



Biru untuk lelaki
Pink untuk perempuan.

Dah jadi trademark dua warna ini mewakili jantina masing-masing. Jadi tidak hairanlah jika semua baju kecil rumah Ida adalah biru. hihi.

Sebenarnya, untuk lebih menjimatkan, disarankan ibu ayah membeli baju pada warna yang boleh dipakai untuk bayi lelaki dan perempuan.

Universal.

Mungkin warna hijau, kuning atau putih untuk bayi kecil. Mungkin setelah mereka membesar sedikit, barulah baju-baju yang dipilih mengikut warna trademark masing-masing.





Tips 5: Kasut


Jika ada di dalam list ibu ayah untuk membeli kasut untuk bayi, sila lupakan. Ia agak membazir. Mungkin nampak comel, tetapi fungsinya seakan-akan tiada kerana bayi kecil masih belum boleh berjalan.

Mungkin membeli stokin kecil bercorak atau booties yang sedikit keras berbentuk kasut lebih sesuai dah jauh lebih murah dari membeli kasut.





Tips 6 : Katil Bayi


Bagi sesetengah orang, katil bayi adalah perlu dan wajib, tetapi tidak ramai yang menggunakannya sejurus selepas kelahiran.

Kebanyakan amalan ibu-ibu di Malaysia gemar tidur bersebelahan dengan bayi baru lahir atau hanya tidur di atas tilam di lantai sahaja. Ibu-ibu mudah untuk menyusukan bayi apabila tidur bersama.

Ida juga begitu, tetapi untuk anak ketiga dan keempat, Ida fikir katil bayi adalah penting juga untuk bantu elak abang-abang mereka mengganggu mereka tidur ketika kita mungkin sedang di dalam toilet.

Siapa yang ada kes macam Ida, anda pasti setuju. Penghalang pada katil sangat berguna elak si abang terpijak atau terlompat di atas adiknya yang baru lahir.

Boleh berderau darah jika memikirkan situasi ini.





Tips 7 : Barangan Bayi.


Mungkin tips yang ini boleh diambil kira walaupun nampak lucu. Barangan bayi seperti bedak, losyen dan syampu tidak perlu untuk dibeli banyak-banyak.

Anda tahu kenapa? Sila jangan gelak jika tahu.

Ya. Sebab mungkin kita boleh dapat lebih lagi dari hadiah dari kawan-kawan. Err.. betul tak?





Tips 8: Kereta Sorong


Kereta sorong / stroller memang keperluan untuk bayi tetapi kita harus memilih dengan betul. Ciri yang paling penting adalah adakah ia boleh digunakan apabila usia bayi menginjak 1- 2 tahun?

Biarlah kita membeli stroller yang boleh dipakai lama. Sama juga dengan pengendung / babywearing.

Ia bukan murah untuk dibeli kerana harganya ada mencecah ribuan ringgit.

Kalau anda nak tahu satu rahsia, setakat ni, Ida hanya ada 1 stroller sejak dari anak 1 sehingga anak 4 dan satu pengendong sahaja. Memang jimat jika kita dapat memilih stroller yang betul dan tahan lama.





Tips 9 : Masak sendiri.


Apabila usia anak menginjak 6 bulan, ramai ibu ayah akan mencari cereal dan makanan instant di kedai untuk anak. Yang paling famous adalah jenama Nestum la kan.

Ida pun sama. Memang itulah cara paling mudah untuk ibu-ibu terutama yang bekerjaya seperti Ida.

Namun begitu, memasak sendiri makanan bayi adalah jauh lebih bagus lagi. Selain daripada mendapat khasiat segar dan kurang gula, kita juga dapat jimatkan duit untuk membeli makanan instant mereka yang bukan murah.

Lagipun, dah banyak group ibu-ibu yang menyokong homemade solid food di FB sebagai panduan ibu baru yang tidak pernah masak sendiri makanan bayi.

Sejujurnya, tips ini sangat bagus untuk Ida sendiri amalkan kerana masih belum berjaya memasak sepenuhnya dengan pelbagai citarasa kepada anak sendiri.

Mungkin boleh dijadikan azam baru untuk anak ke 5 ? Opsss.



Jom. Ida nak dekat pendapat anda juga. Boleh coretkan di ruang komen di bawah.
Terima kasih kerana sudi komen.

Friday, July 3, 2015

5 Cara Vitamin C Bantu Tambah Kesuburan Sehingga Dapat Anak

Vitamin C memang banyak kegunaannya. Memang ramai orang yang dapat kesan best dari Vitamin C. Biasanya mereka kaitkan Vitamin C dengan kulit cantik.

Tetapi tak ramai yang tahu, Vitamin C juga boleh bantu untuk pasangan suami isteri untuk hamil dan tingkatkan kesuburan

Tak percaya?

Saya juga tak percaya mulanya tetapi dari artikel di natural-fertility-info.com, rupanya Vitamin C ni boleh dikatakan Vitamin penting untuk bantu pasangan suami isteri untuk dapatkan anak.

Menurut info dalam web ini, Vitamin C boleh bantu untuk wanita hamil/mengandung sekurang-kurangnya dalam 2 bulan selepas pengambilan.

Nampak menarik kan? Jom ikuti bagaimana ia boleh berlaku.

5 Cara Vitamin C boleh bantu untuk hamil







Cara #1 : Vitamin C boleh bantu tingkatkan kualiti sperma


Bila kata peluang untuk hamil, ada yang cuma ingat punca tak dapat anak adalah dari isteri. Tetapi ia adalah tidak tepat.

Kualiti sperma yang tidak baik juga boleh jadi penyebab masih tidak dapat anak.

Macam tak percaya kan?

Kali ini, isteri-isteri perlu tahu bagi pihak suami, atau suami-suami yang lebih prihatin dan tingkatkan pengambilan Vitamin C sehari-hari

Vitamin C dikatakan boleh tingkatkan kualiti sperma dan lindungi sperma dari kerosakan DNA. Rosaknya DNA sperma adalah salah satu penyebab keguguran dan kecacatan kromosom.

Vitamin C lindungi sperma dari kerosakan oksidatif disebabkan radikal bebas.

Kajian pada 1991 menunjukkan kadar asid askorbik (satu bentuk Vitamin C) adalah lebih tinggi dalam air mani berbanding cecair lain dalam badan termasuk darah. Kajian itu juga mendapati kekurangan Vitamin C yang merujuk kepada kesihatan kelelakian boleh menjejaskan kesihatan sperma.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan meningkatnya kualiti sperma pada perokok selepas pengambilan Vitamin C.

Ia pastinya satu berita baik yang ditunggu-tunggu oleh suami. Isteri juga boleh bantu dengan membelikan Vitamin C untuk suami supaya impian mengakhiri zaman berdua sahaja tercapai.

Tidak mustahil jika ia berhasil.



Image result for ovum

Cara #2 : Vitamin C Penting Untuk Kesihatan Ovum

Kalau untuk lelaki perlu menjaga kesihatan sperma, perempuan pula kena jaga kesihatan ovum.

Kembali throwback apa kita belajar pasal menstrual masa sekolah menengah dulu kan? Ovum yang sihat penting untuk persenyawaan.

Kajian mendapati asid askorbik (Vitamin C) memainkan peranan penting dalam kitaran haid dan fungsi ovari wanita.

Asid Askorbik sangat penting untuk hormon progesteron dan oxytocin yang mana parasnya tingi dalam corpus luteum.

Corpus Luteum tu apa pula?(lihat gambar di bawah)

 Ha.. itulah telur yang menunggu fasa disenyawakan jika ada kehadiran sperma. Ia perlu sihat sepenuhnya dengan kehadiran asid askorbik (Vitamin C) untuk persenyawaan yang baik.

Vitamin C dikatakan penting nak bagi Corpus Luteum ni membesar, dan kemungkinan besar kalau pembesarannya bermasalah, ia boleh membentuk Ovarian Cyst.

Oh No!





Cara #3 : Vitamin C Tingkatkan Kadar Kehamilan Untuk Wanita Yang Ada Masalah Luteal Phase Defect


Apa itu Luteal Phase Defect?

Lutean Phase ni adalah fasa ketiga dalam kitaran haid, ketika proses ovum tunggu disenyawakan (lihat gambar di atas). Antara simptom terjadi defect adalah masa menstrual yang pendek dan tahap hormon progrestron yang rendah. 

Bila berlaku kes ini, memang susah wanita nak hamil sebab uterus tak bersedia (masa singkat) untuk menjadi tempat persenyawaan yang sihat untuk wanita. 

Satu kajian yang di buat di Fertility and Sterility (2003;80:459–61) mendapati Vitamin C mampu tingkatkan paras hormon dan kesuburan pada wanita yang ada Luteal Phase Defect. 

150 orang wanita telah diuji dan hasilnya kadar kehamilan meningkat 25% dalam masa 6 bulan berbanding hanya 11% untuk wanita yang tak diberi Vitamin C 750gram harian pada jangka masa yang sama.



Cara #4 : Kurangkan Pendarahan yang Banyak ketika Haid. 


Ramai wanita alami pendarahan yang banyak ketika haid. Vitamin C bantu kurangkan masalah ini dengan kuatkan kekuatan kapilari / saluran darah. 

Vitamin C juga bantu penyerapan nutrien iron untuk kurangkan masalah anemia yang disebabkan oleh pendarahan yang banyak ini. 



Cara #5 : Bantu kurangkan masalah berkaitan Endometriosis dan Fibroid dalam rahim.


Kajian mendapati Vitamin C bantu tingkatkan imunisasi sel dan kurangkan keletihan. Ia boleh bantu perlahankan pertumbuhan endometriosis dan fibroid. 

Vitamin C tingkatkan imuniti, kuatkan kapilari/saluran darah dan bantutkan pertumbuhan tumor di mana ia berkait terus dengan masalah ini. 



Vitamin C Shaklee, Vitamin C Terbaik. 



Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprientari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melapaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.

Dapatkan HARI INI

Thursday, July 2, 2015

6 Tips Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk Supaya Tidak Mudah Rosak

Siapa yang tiada peti sejuk? Cuba angkat tangan. Majoriti ada peti sejuk. Memang dah jadi keperluan setiap keluarga untuk ada satu peti sejuk setiap rumah.

Macam-macam kita letak dalam peti sejuk. Confirm-confirm makanan yang tak habis kita akan simpan dalam peti sejuk.

Cuba bayangkan kalau semua jenis makanan kita letak dalam peti sejuk, tapi letak sayur di atas, ikan masin di sebelah, kek di tepi tanpa cara simpan yang betul.

Euw. Tak mustahil makanan boleh jadi rosak.

Ikuti tips simpan makanan ini supaya peti sejuk kita tersusun dan makanan tidak mudak rosak



Tips 1: Cara Menyimpan Makanan 


Kita makan cereal, kemudian tak habis. Kita terus letakkan cereal yang tak habis dengan plastiknya sekali. Ida pun biasa buat macam tu. 

Sebenarnya, cara simpan tu tak berapa betul. Sebaiknya, kita letakkan dalam bekas kedap udara yang bertutup. Susun ikut jenis.

Biasanya Ida akan susun makanan yang jarang ida ambil di bahagian ke dalam sedikit berbanding yang biasa Ida pakai. Contohnya, gula merah, udang kering dan tempoyak.

Jika kita ada simpan tin minuman, letakkan di satu tempat. Kita mudah nak cari, dan tidak makan ruang tempat simpanan barang lain.



Tips 2: Penyimpanan Sos.

Biasanya, Ida akan letak dan susun sos di tepi, iaitu di bahagian pintu. Bagaimana dengan anda? Jarang kita jumpa sos diletakkan secara baring di dalam peti sejuk kan?

Lap botol sos selepas digunakan. Ia boleh menyebabkan sisa sos yang terkeluar akan mengotorkan ruang. Ida selalu juga terlupa nak lap terutama susu cair yang telah digunakan. 

Somehow, rutin ni memang bantu kita jimatkan masa masa bersihkan peti sejuk. Takdelah kita ambil masa lama nak bersihkan sisa sos yang dah kering dan melekat di pintu peti sejuk kan?



Tips 3 : Tips simpan telur.


Telur adalah makanan rutin yang wajib ada setiap rumah. Biasa kita letakkan di bahagian atas pintu peti sejuk.

Jika bahagian penyimpanan telur itu ada penutup, its better kita tutup. Sebab kulit telur ada bakteria dan mungkin boleh tersebar ke makanan kita yang lain.


Tips 4 : Tempat penyimpanan sayur dan buah.


Sayur dan buah adalah makanan yang  paling cepat rosak. Macam buah tembikai yang telah dipotong, memang tak tahan lama kalau letak di luar. Jadi, ia perlu diletakkan di dalam peti sejuk.

Ruang yang biasa Ida letakkan sayur dan buah adalah bahagian bawah sekali. Tapi, sebaiknya ruang tersebut mesti diasingkan di antara sayur dan buah. Sebaiknya buah juga diletakkan dalam bekas supaya lebih tahan lama. 

Kadang-kadang kita lihat buah kita akan mudah kering jika diletak begitu sahaja didalam peti sejuk. Padahal banyak lagi buah yang sepatutnya kita boleh makan lagi. 

Sayang sangat kalau tak simpan elok-elok. Boleh jadi membazir nanti.

Sayur boleh tahan lama jika kita bungkus dalam kertas dahulu sebelum dimasukkan dalam plastik. Ida pernah cuba masukkan terus dalam plastik ziplock, dan memang tahan juga. 


Tips 5 : Kuih dan puding


Kuih dan puding akan kering kalau kita letak begitu sahaja di dalam peti sejuk. Letakkan kuih dan puding dalam bekas tertutup untuk elak ia kering dan tidak boleh di makan. 


Tips 6 : Makanan tin


Sebaiknya, makanan dalam tin perlu dipindahkan ke bekas kedap udara. Kalau rajin, letakkan label pada bekas. Tulis nama dan tarikh sudah memadai. Mudah nak cek jika ia masih elok atau tidak nanti. 

Makanan tin dari jenis daging seeloknya diletakkan di tempat sejuk beku.



Tips 6: Peti Sejuk Beku


Selain dari ais, peti sejuk beku memang penting untuk simpan makanan basah seperti ayam, daging dan ikan serta makanan laut supaya tahan lebih lama. Seeloknya di letakkan di dalam bekas kedap udara dan di label. 

Air pada daging atau ayam mudah kotorkan bahagian sejuk beku jika kita terus simpankan dalam plastik. Bila nak keluarkan, dah mula susah sebab plastik melekat pada dinding peti. 

Bahan makanan yang disimpan dalam sejuk beku boleh tahan lebih lama sehingga 3-6 bulan.



Cara ida simpan sayur :
Beli plastik ziplock di daiso dan simpan sayur dalam plastik ini. Memang tahan lebih lama.



Panduan penyimpanan makanan dalam peti sejuk:



Wednesday, July 1, 2015

Tips Berpuasa Untuk Pesakit Kencing Manis Supaya Tidak Menggigil Ketika Berbuka

Berpuasa adalah salah satu rukun Islam. Berpuasa adalah masa yang ditunggu-tunggu kerana rahmat yang diberi oleh Allah adalah sangat besar.

Namun begitu, tidak semua orang mampu berpuasa. Ada yang diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa kerana uzur, sakit dan sebagainya.

Tidak semua yang sakit tidak boleh berpuasa. Orang yang mempunyai kencing manis masih boleh berpuasa tetapi dengan beberapa tips tertentu.

Ya. Boleh berpuasa!

Berikut adalah beberapa persoalan yang sering ditanya oleh pesakit kencing manis berkaitan puasa.


Soalan 1: Saya tahu ramai pesakit kencing manis boleh berpuasa. Langsung tiada masalah. Masih sihat. Adakah saya juga boleh berpuasa?


Ya. Ramai pesakit boleh berpuasa tetapi setiap orang berbeza. Sebarang keputusan perlu dirujuk kepada doktor terlebih dahulu. Jenis ubat yang diambil juga mempengaruhi keputusan tersebut.

Sepatutnya, beberapa bulan sebelum Ramadhan, pesakit kencing manis perlu berbincang dengan doktor bagaimana keadaan badan pesakit bagi menghadapi bulan puasa.

Doktor boleh bantu untuk rancang pemakanan / pengambilan ubat yang sesuai di bulan puasa.



Soalan 2: Apa bahayanya bila orang ada kencing manis berpuasa?


3 Risiko utama yang biasanya ditakuti berlaku kepada pesakit kencing manis adalah:

1. Rendah paras gula dalam darah (hypoglycemia)

Biasanya terjadi kepada mereka yang ambil insulin atau beberapa pil kencing manis yang tertentu. Hadkan aktiviti fizikal ketika berpuasa dan lebih cergas selepas matahari tenggelam.

Berbincang dengan doktor untuk mengetahui adakah ubat yang diambil boleh menyebabkan anda mengalami kes ini.


2. Tinggi paras gula dalam darah (hyperglycemia)

Ia selalu terjadi selepas berbuka. Ketika berbuka, kita mungkin terlebih makan dan ia boleh menyebabkan kesan hyperglycemia.

Elakkan makan makanan yang manis, dan pastikan portion makanan yang diambil adalah sederhana.


3. Dehidrasi

Ia biasa berlaku jika berpuasa di musim panas. Pastikan minum air tanpa gula dengan banyak ketika berpuasa dan ketika sahur. Elakkan minum air berkaffein.




Soalan 3: Ada orang kata, saya tidak boleh cek paras gula ketika berpuasa. Ia boleh membatalkan puasa. Betul ke?


Cek paras gula tidak akan membatalkan puasa. Pesakit kencing manis mesti cek paras gula terutama nak cek ia rendah atau tidak. Jika paras gula sangat rendah (kurang 70 mg/dl), pesakit disarankan untuk berbuka puasa. 



Soalan 4: Adakah saya perlu berhenti makan ubat dalam bulan ini?


Tidak. Anda perlu teruskan pengambilan ubat, tetapi dengan tukar masa ke masa yang sesuai. Mungkin dos ubat juga berubah.

Sebab itulah, anda perlu membuat temujanji sebelum tiba Ramadhan dengan doktor anda untuk rancang pengambilan ubat ketika bulan Ramadhan.



Soalan 5: Bagaimana saya nak kawal pemakanan semasa puasa? 


Ketika sahur, anda perlu ambil karbohidrat yang seimbang dengan protein dan lemak untuk bantu rendahkan kadar penghadaman makanan. Ia juga perlu untuk memberi rasa kenyang lebih lama sepanjang hari.

Contoh pemakanan adalah seperti bijirin, oat atau roti berserat.

Selepas berbuka, adalah digalakkan untuk berbuka dengan kurma dan sedikit air terlebih dahulu. Minum air kosong yang banyak selepas berbuka. Elakkan minum minuman berkafein untuk elak dehidrasi.

Kawal pemakanan. Jangan berlebihan ketika berpuasa.

Kekalkan pemakanan yang seimbang dengan mencampurkan semua nutrisi.

sumber: http://www.joslin.org/info/Ramadan-and-Diabetes.html


Jadual 1 : Contoh Menu Pesakit Diabetes Ketika Berpuasa
Waktu makan(tidak berpuasa)Waktu makan (waktu cadangan)(berpuasa)Contoh Menu
Sarapan pagiBerbuka puasa(7.30 malam)
  • 1 biji buah epal / 2 biji kurma
  • 1 keping kuih tanpa gula
  • 1 gelas susu
Makan tengah hariSelepas solat maghrib(8.00 malam)
  • 1 ½ cawan nasi / mi / mihun
  • 1 ketul ayam / ikan
  • 1 cawan sayur berdaun hijau
  • 1 biji buah limau
  • Air kosong
Minum petangSelepas tarawih /
minum malam(10.30 malam)
  • 1 keping kuih tanpa gula /
3 keping biskut krim kraker /
1 keping roti
  • 1 gelas susu
Makan malamSahur(5.00 pagi)
  • 1 ½ cawan nasi / mi / mihun
  • 1 ketul ayam / ikan
  • 1 cawan sayur berdaun hijau
  • 1 potong betik
  • Air kosong


sumber: http://www.mmgazette.com



Wanita dalam video di bawah tidak menyangka boleh berpuasa penuh 30 hari, ikuti rahsia beliau bertahan walaupun sebelum itu tidak pernah dapat berpuasa sehari penuh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...