Saturday, April 15, 2017

Anemia Punca Bayi Cacat ,Ketahui 3 Jenis Anemia Bagi Wanita Hamil

Bayangkan masa menaip komputer, atau sedang memasak, tiba-tiba rasa nak pitam. Tiba-tiba kepala pening, serta merta dunia jadi gelap.

Mesti panik kan? 

Nasib baik bukan masa memandu. Sangat-sangat bahaya untuk semua apatah lagi untuk ibu mengandung.


Mungkin ada yang tak tahu punca, tapi itulah salah satu tanda anemia. Bukan sahaja ibu hamil boleh pitam dan lemah, tapi boleh jadi penyebab bayi dalam kandungan jadi cacat.

Menakutkan kan?

Anda mesti rasa risau dan nak tahu cara atasi anemia ni kan? 

Semua ibu hamil pasti risau apa-apa benda tak elok jadi pada anak dalam kandungan. Kita akan cuba buat apa sahaja untuk pastikan anak dalam kandungan sihat dan selamat.

Sebelum tu, Ida nak tanya, ibu-ibu tahu ke anemia tu apa?

Darah kita ada kandungan sel darah merah. Bila sel darah merah ni kurang, maka kuranglah oksigen sampai kat tisu badan. Itu yang buat kita pitam dan lesu.

Haa. Ida nak ibu-ibu tahu 3 jenis Anemia yang ramai ibu-ibu hamil tak perasan

  • Anemia kekurangan Zat Besi
  • Anemia kekurangan Folate
  • Anemia kekurangan Vitamin B12
Teruskan baca artikel ni jika ibu-ibu ingin tahu lebih lanjut tentang 3 jenis anemia ni.




1. Anemia kekurangan Zat Besi

Zat besi bantu cukupkan hemoglobin dalam badan. Bila tak cukup, ibu hamil akan kena anemia.

Hemoglobin adalah sejenis protein dalam sel darah merah. Tugas hemoglobin adalah bawa oksigen dari paru-paru ke satu badan

Anemia kekurangan Zat Besi akan buat darah tidak dapat bawa oksigen yang cukup ke tisu badan.
Anemia jenis ini adalah yang paling banyak berlaku kepada ibu hamil.

Perasan tak ibu hamil wajib cek Hb darah setiap bulan? 
Pemeriksaan tu dibuat untuk elak masalah anemia ni la. 

Risau sangat kan bila kena Hb rendah dari biasa? 

Kesan-kesan bila Hb rendah yang perlu dielak:
  • Letih keterlaluan
  • Lemah dan lesu
  • Kulit jadi pucat
  • Jantung berdebar, sakit dada
  • Pening, rasa loya
  • Tangan dan kaki jadi sejuk
  • Kelahiran bayi pra matang
  • Kelahiran bayi kurang berat



2. Anemia kekurangan Folate.

Folate atau nama yang sering kita biasa dengar adalah Asid Folik. 

Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Badan perlukan folate untuk hasilkan sel-sel baru termasuk sel-sel darah merah yang sihat.

Ibu hamil perlukan lebih folate, biasanya tidak cukup dari pemakanan sehari-hari. Sebab tu, supplemen utama yang klinik kesihatan bagi setiap kali checkup mesti ada asid folik.

Ida ada dapat, ibu-ibu lain dapat tak?

Bila folate tidak cukup, badan kita tak boleh hasilkan sel darah merah yang cukup untuk bawa oksigen ke tisu seluruh badan.

Kekurangan folate juga boleh menyebabkan kecacatan pada kelahiran bayi seperti saluran tiub saraf tidak normal (spina bifida) dan bayi kurang berat.




3. Anemia kekurangan Vitamin B12

Ibu hamil perlukan Vitamin B12 untuk hasilkan sel darah merah yang sihat. 

Nampak fungsinya seperti folate juga. Kekurangan B12 juga boleh rosakkan saraf dan jejas memori dan ingatan.

Wanita yang tidak makan daging, makanan tenusu dan telur ada potensi kena anemia jenis ini. Ia juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dan kelahiran pra-matang/ tidak cukup bulan.


Cara Atasi Anemia Paling Mudah


Lepas anda baca semua info di atas, Ida percaya mesti serba sedikit rasa risau kalau-kalau diri sendiri kena anemia.

Yang pasti, anda mesti tak mahu apa-apa terjadi pada kandungan dan diri anda sendiri.

Bayangkan hari-hari akan datang boleh anda lalui dengan penuh cergas tanpa risau kena anemia dengan cara paling mudah. 

Ya. Cara paling mudah.

Anda boleh dapatkan supplemen Zat Besi, Folate dan B12 dengan Set Hamil Bajet Shaklee


Vitalea Iron Formula

Vitalea Iron Formula ada kandungan Zat Besi yang boleh bantu elak jenis anemia yang pertama. Ia sebenarnya multivitamin yang ada 28 vitamin dan mineral yang badan perlukan.



Wanita dalam Video di bawah ada masalah anemia. Dengar baik-baik, apa vitamin yang beliau ambil untuk elak anemia.




Vitamin C Sustained Release

Walaupun Vitamin C tidak mengandungi bahan-bahan yang diperlukan untuk elak anemia (zat besi, folate, Vitamin B12), tugas ia tidak kurang penting.

Vitamin C sangat bagus untuk bantu penyerapan zat besi (iron) dari Vitalea dalam badan. Ia sebab utama ia sentiasa digandingkan dengan Vitalea dalam mana-mana set Shaklee sekalipun.



B Complex

B Complex mengumpulkan beberapa jenis Vitamin B yang sangat-sangat diperlukan oleh badan termasuk Folate dan Vitamin B12. 

Ia sekaligus memenuhi keperluan ibu hamil yang mahu elak dari anemia jenis 2 dan 3 seperti yang disebut di awal artikel ini.





Pengalaman Mereka Yang Berjaya Atasi Anemia Dengan Shaklee


Masih tak percaya dengan cara mudah atasi Anemia ini? Jom lihat beberapa testimoni mereka yang berjaya atasi anemia.





Nak Tahu Cara Dapatkan Set Hamil Bajet 


Selepas baca testimoni di atas, anda pasti tak sabar nak dapatkannya.

Tidak sabar ingin kembali cergas.
Tidak sabar ingin kembali bertenaga dan tidak risau dengan kandungan.

Jangan tunggu lagi. Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk dapatkan Set ini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...