Monday, December 12, 2016

9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu

Hari ni ada mendengar berita kematian seorang kakak di satu jabatan tempat Ida bekerja.

Dengar ceritanya, asalnya kakak ni sesak nafas. Sedang berpantang anak ke 5. Sebab utama masih Ida tak tahu.

Berita yang menyedihkan.

Maka Ida pun jumpa satu artikel pasal sesak nafas.


Apa Itu Sesak Nafas


Sesak nafas adalah apabila kita merasakan sukar untuk bernafas seperti biasa. Selalunya ia berlaku ketika kita buat satu aktiviti dalam keadaan cepat dan pantas atau kelam kabut.

Sesak nafas juga mungkin berpunca dari penyakit kronik.


Ia juga dikenali sebagai "Shortness Of Breath". Ia bergantung pada level keparahan atau punca sesak nafas.

Ada juga istilah lain bagi sesak nafas iaitu Dyspnea.

Bila kita sesak nafas, kita akan rasa tidak selesa ketika bernafas atau lakukan kerja-kerja harian. Ia buatkan kita susah gerakkan otot dada, rasa tercekik dan rasa kejang otot pada dada.

Bila berlakunya keadaan ini, kita akan alami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.


Jenis-jenis Sesak Nafas


Ada dua jenis sesak nafas iaitu :

a) Sesak nafas boleh berlaku secara akut
Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan akan hilang dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan


b) Sesak nafas berlaku secara kronik - 
Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang agak lama


Sesak nafas ni tak boleh di ambil remeh sebab ia mungkin tanda-tanda ada penyakit pada sistem pernafasan atau kardiovaskular.

Contoh penyakit sistem pernafasan yang biasa menyebabkan sesak nafas:
  • Asma
  • Jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
  • Jangkitan paru-paru kronik seperti tibi
  • Paru-paru berair (pulmonary oedema)
  • Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) 
  • Kanser paru-paru.

Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas:
  • Kegagalan jantung
  • Serangan jantung 
  • Kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias)

Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah 
  • kekurangan darah merah (anaemia)
  • alahan 
  • resdung
  • kegelisahan (Anxiety Disorders) 
  • kegemukan.




8 Punca Sesak Nafas


1. Sesak Nafas dan Ketat Dada

Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami 
► serangan jantung
► pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) 
atau 
► pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru )



2. Sesak Nafas dan Bunyi Wheezing

Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi 
► serangan asma 
atau 
► jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit


3. Sesak Nafas Semakin Teruk

Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi 
► penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD)



4. Terdedah Asbestos, Habuk Kayu

Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi 
► penyakit paru-paru berka ita n pekerjaan (Occupational Lung Diseases)


5. Sesak Nafas Semasa Baring

Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami 
► kegagalan jantung (heart failure)



6. Letih, Pucat

Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami 
► anaemia



7. Pening dan Kebas Tangan

Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami 
► hyperventilation (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi)



8. Ada Batuk Berdarah

Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan kehilangan berat badan,anda mungkin menghidapi 
► jangkitan seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism



9. Ada Batuk Berkahak

Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami 
► jangkitan saluran pernafasan (bronchitis) atau jangkita n paru-paru (pneumonia).



sumber : http://info-kesihatan-terkini.blogspot.my/



Sesak Nafas Sangat Berkait Dengan Sakit Jantung


Kes kematian akibat Sakit jantung sangat banyak sekarang. Lebih menakutkan ia tidak mengenal umur.

Ada yang kena serangan tanpa tanda awal dan terus meninggal dunia.

Sayu hati mendengarnya

Terdapat beberapa simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:

  • Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.
  • Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.
  • Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat
  • Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada
  • Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.
  • Kepala berpusing
  • Badan lemah serta berpeluh sejuk.



Vivix, Supplemen Ada Resveratrol - Bagus Untuk Pesakit Jantung.

Resveratrol membantu 
  • mengelakkan kerosakan pada injap jantung
  • merendahkan tahap kolestrol jahat
  • dan mengelakkan keadaan gumpalan darah yang menyebabkan saluran darah tersumbat. 

Dengan ini, ternyata kandungan sirap ajaib ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung.
Anda sememangnya bijak dalam menjaga kesihatan jantung dengan memilih Vivix terutama yang mempunyai sejarah keturunan sakit jantung. 

Hanya satu sudu kecil Vivix yang lazat setiap hari memberi kebaikan berpanjangan.



Testimoni Vivix Untuk Pesakit Jantung














Cara Untuk Dapatkan Vivix


Jika anda berminat dapatkan Vivix, sila ikuti langkah di bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...