Monday, November 7, 2016

Kencing Manis Ketika Mengandung? 7 Cara Kawal Melalui Pemakanan

Sejak mengandung ni, banyak entri berkaitan dengan hamil dan mengandung aje. Hihi.

Kali ini Ida nak bercerita tentang masalah kencing manis ketika mengandung.

Sebenarnya ia berkait rapat dengan Ida sebab masa nak buka buku merah a few weeks ago, Ida kena lalui test kencing manis dulu - Prosedur MOGTT sebab dah cecah umur 35 tahun.


Dr Zubaidi beritahu wanita hamil yang mempunyai 9 ciri ini berisiko ada kencing manis ketika hamil:

1. Mengalami kencing manis ketika kehamilan yang lepas

2. Obesiti (BMI>30)

3. Umur > 35

4. Mengalami gula dalam air kencing (glycosuria) dalam dua kali pemeriksaan

5. Keluarga terdekat ada penyakit diabetes mellitus

6. Pernah melahirkan bayi lebih dari 4.0 kg

7. Pernah mengalami keguguran berulang atau kematian bayi dalam rahim tanpa diketahui punca yang sebenar

8. Pernah melahirkan bayi yang cacat pada kehamilan yang lepas

9. Pernah alami air tuban yang banyak dalam rahim (polyhydramnios)

sumber



Prosedur MOGTT

Bila ada salah satu ciri di atas, maka memang kena buat Prosedur MOGTT.

Ida kena prosedur ni sebab umur dah cecah 35 tahun tahun ni. Nak tak nak kenalah mengadap air gula sangat tidak best. hihi.



Caranya: kita kena puasa bermula pukul 10 malam hari sebelumnya, boleh minum air masak sahaja.

Pukul 8.00 pagi hari keesokannya, darah kita akan di cek kandungan gula. Kemudian diberi minum air gula.

Air gula yang kita minum tu adalah campuran 75g gula dengan 250ml air. Bayangkan betapa manisnya air gula itu.

Memang rasa nak muntah.

2 jam kemudian, bacaan gula kita akan di cek semula.


Jadual di atas menunjukkan paras bacaan yang doktor akan cek untuk pastikan kita tiada kencing manis.

Malangnya bacaan Ida hari tu selepas 2 jam lebih dari 7.8mmol/L. Maka perlu buat prosedur BSP pula.



Prosedur BSP(Blood Sugar Profile)

Prosedur BSP ni kena cek paras gula juga tetapi tak perlu minum air gula.

Hari tu Ida kena ambil 4 kali mengikut waktu : 8 pagi, 12 tengahari, 6 petang dan 9 malam. Dua jam sebelum kena cek darah perlu puasa.

Gambar ditemani anak ketika sesi ambil darah untuk BSP


Bacaan BSP kali pertama

Disebabkan Ida pun kena control makan, maka hasil kajian Ida jumpa 7 cara kawal melalui pemakanan dari web babycenter.com.my




Cara #1 : Makan pelbagai jenis makanan pada waktu siang

Kita disarankan makan tiga kali sehari hidangan bersaiz kecil atau sederhana. Pakar pemakanan yang nasihatkan Ida bagitahu, ia penting supaya dapat kawal dari kita makan banyak sekaligus.

Kita juga boleh makan di antara dua dan empat snek, termasuk selepas makan malam untuk mengekalkan tahap gula dalam darah anda.



Cara #2 : Makan makanan berserat tinggi

Makan banyak makanan yang tinggi kandungan seratnya. Makanan seperti ini biasanya mempunyai GI yang rendah. 

Ia dapat bantu elak tahap gula dalam darah anda menjadi terlalu tinggi selepas makan. Makanan yang berserat tinggi termasuk:
  • buah-buahan dan sayur-sayuran segar;
  • roti dan bijirin sarapan daripada bijian penuh;
  • kekacang yang dikeringkan.


Cara #3 : Makan 5 jenis 

Pastikan anda makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:

  • campurkan buah-buahan ke dalam bijirin sarapan atau yogurt anda;
  • tambah salad kepada sandwic anda sewaktu makan tengahari;
  • pilih dua jenis sayur-sayuran dengan hidangan waktu makan utama anda;
  • jadikan buah sebagai snek berbanding biskut atau kek.



Cara #4 : Kurangkan lemak, terutamanya lemak tepu


  • Gunakan minyak zaitun atau minyak bunga matahari untuk memasak dan sebagai kuah salad;
  • Gantikan mentega dengan sapuan lain yang tinggi kandungan lemak poli tidak tepu;
  • Panggang makanan berbanding goreng;
  • Buang lemak pada daging atau ayam.



Cara #5 : Jangan tinggal waktu makan

Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil.



Cara #6 : Jangan makan terlalu banyak makanan dan minuman manis

Kurangkan, atau elakkan terus, gula-gula, minuman berkarbonat, jus buah-buahan dan kebanyakan pencuci mulut yang lain.

Makanan seperti ini mengandungi gula ringkas yang mudah diserap oleh badan anda. Ia boleh meningkatkan tahap gula dalam darah dengan cepat.

Anda boleh cairkan jus buah dengan air.

Campurkan kira-kira satu perempat jus dengan tiga perempat air, dan minum sekali sehari. Pada masa lain, minumlah air kosong dan minuman lain yang tidak bergula.



Cara #7 : Makan sarapan yang berkhasiat

Sarapan yang sihat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah anda sepanjang pagi. Cuba makan sarapan yang rendah GI. 

Bubur ialah satu pilihan yang baik kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan-lahan dan setara.

Atau anda boleh pilih bijirin sarapan atau roti daripada bijian penuh dengan sedikit makanan berprotein tinggi seperti telur rebus atau yogurt rendah lemak.

Makanan yang tinggi GI seperti bijirin sarapan bersalut gula atau roti putih bakar dengan jem boleh meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat.




Apa itu Makanan Rendah GI?


Indeks glisemik (glycaemic index - GI) makanan ialah pengukur berapa cepat gula (glukos) dibebaskan ke dalam sistem darah anda selepas anda memakannya. 

Makanan yang rendah GI mempunyai kandungan serat yang tinggi dan merupakan bahagian penting dalam diet yang sihat.

Memakan makanan yang rendah GI dapat bantu kawal penyakit kencing manis sebab ia ambil masa lebih lama untuk dihadamkan. 


Glukos dibebaskan ke dalam darah dengan lebih perlahan.

Beberapa contoh makanan yang rendah GI ialah:
  • pasta yang diperbuat daripada tepung gandum durum;
  • epal, oren, pir, pic;
  • kekacang dan lentil;
  • jagung manis;
  • bubur.

Beberapa contoh makanan yang tinggi GI:
  • kentang bakar;
  • emping jagung;
  • nasi putih (nasi perang mempunyai GI rendah);
  • roti.
sumber




Supplemen Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Supplemen yang mempunyai GI rendah dan sesuai untuk wanita hamil yang ada GDM adalah ESP Soy Protein Isolate Powder.

Indeks Glisemik  untuk ESP hanya 39.

ESP Soy Protein Isolate Powder ni adalah minuman protein yang memang Hot Seller Shaklee. Memang ramai yang cari.

Ia diperbuat dari kacang soya Non-GMO (yang tidak diubahsuai genetiknya)

Ia pekat. 1 kg ESP diperbuat dari 30kg kacang soya asli.

sumber



[Testimoni ] Pengalaman Ibu Hamil Ada GDM dan Minum ESP



Ikuti pengalaman beliau ini

Kembali Selera Makan Selepas Morning Sickness


Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki. 

Seperti kehamilan sebelum ini, saya mengalami morning sickness yang agak teruk selama 15 minggu sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 6kg akibat tidak selera makan dan muntah-muntah.

Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan berakhir. 

Pada waktu ini, saya sangat berselera makan terutamanya masakan nasi. Bayangkan, sehari saya makan sehingga 3 kali hidangan berasaskan nasi untuk sarapan, makan tengahari dan malam. 

Memandangkan berat badan tidak naik mendadak, sedikit pun saya tidak menyangka tabiat ini adalah tidak sihat sama sekali walaupun sedang mengandung. Hamil bukan alasan untuk makan tanpa kawalan. 



Disahkan GDM


Pemeriksaan antenatal mendapati kandungan gula dalam darah semasa saringan awal adalah melebihi paras normal.

 Saya juga melalui ujian 'minum air gula' atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) yang digeruni ibu-ibu hamil. Keputusannya, saya disahkan diabetes semasa mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM). 

Sejak itu, saya perlu hadir ke Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan pemantauan paras glukosa setiap selang sehari. 

Saya juga dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan untuk khidmat nasihat mengenai kawalan pemakanan bagi ibu mengandung yang mengalami GDM. 

Saya sedikit gusar dengan cadangan beliau yang menghadkan hanya sekali pengambilan nasi atau karbohidrat seperti roti dalam menu harian. Sudahlah saya memang ada masalah gastrik, bagaimana saya nak berdiet jika asyik lapar dan pedih perut nanti?

Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi. 

Di situ saya dapati, ESP Soy Isolate Protein Powder adalah kunci kepada kawalan masalah GDM di samping set mengandung Shaklee yang sedang saya ambil.
.

Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal

Keadaan ini berterusan sehingga saya selamat bersalin.

Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga 'bayi ESP' oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.

Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.



Testimoni-testimoni ESP Bantu Ibu Hamil ada GDM








Ingin Dapatkan ESP Shaklee?


Kepada yang ingin dapatkan ESP Shaklee, boleh ikuti langkah-langkah di bawah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...