Hari #2 : Resepi Masak Cepat
Lumrah bila kerja dari rumah, kerja2 rumah kena buat cepat2.
Ini lah masakan saya bila nak cepat!
SOTONG TUMIS KUNYIT
Bahan-bahan:
3 ekor Sotong
1batang serai
2 ulas bawang merah
1ulas bawang putih
1 keping asam keping
1sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Cara Membuat:
- Bawang dihiris, tulis dalam kuali
- Titik serai dan masukkan dalam kuali bersama asam keping
- Masukkan sotong
- taburkan sikit serbuk kunyit
- perasakan dengan garam..
Sotong tak perlu masak lama, nanti akan keras.
- Boleh tukar dgn udang jika tiada sotong.
Selamat mencuba.