Monday, April 11, 2016

Mengejutkan! Tak Mungkin 10 Perkara Ini Penyebab Sakit Jantung

Bila orang tanya, apa penyebab sakit jantung?

Ramai yang akan kata kolestrol, tidak jaga pemakanan, kurang senaman, merokok dan lain-lain.

Ya. Betul tu.

Semakin lama, semakin ramai orang yang kena serangan jantung. Seawal umur 30-an, dah ada yang kena serangan dan tidak kurang pula yang meninggal dunia.

Namun, jangan terkejut jika ada juga perkara yang kita tak jangka dalam aktiviti seharian kita boleh jadi penyebab sakit bahaya ini.

Walaupun bukan punca utama, dan MUSTAHIL ia boleh jadi penyebab sakit jantung jika dilakukan sekali sekala, ia tetap ada kaitan dengan kesihatan jantung.

Macamana tu?

Mari kita semak.


10 Perkara Mengejutkan Yang Boleh Jejas Kesihatan Jantung.


1. Tidak Gosok Gigi

Anda gosok gigi setiap hari? Syabas! Anda telah mengambil langkah yang bijak.

Tahukah anda, penyakit gusi akibat tidak menggosok gigi atau floss gigi boleh jadi penyebab sakit jantung?

Ya, ada kajian mengatakan, bakteria dari gusi boleh masuk kedalam salur darah dan menyebabkan keradangan pada salur darah dan masalah jantung.

Jika anda jarang dapatkan rawatan gigi, sudah tiba masanya anda berubah. Dapatkan pemeriksaan gigi anda 6 bulan sekali.

Jika anda ada alami masalah gusi, seperti gusi bengkak dan sakit, dapatkan rawatan doktor gigi dengan segera.





2. Kerja Shift

Tak semua waktu kerja adalah dari 8pagi hingga 5petang. Ia adalah kelaziman waktu kerja di Malaysia untuk kebanyakan daripada kita.

Ada juga kerja yang memerlukan shift malam.

Satu kajian dari Western University di Canada mendapati, bekerja pada waktu malam atau masa yang tidak tetap boleh tingkatkan risiko sakit jantung.

Bekerja shift memberi kesan tidak baik pada kadar circadian badan(masa dalaman organ badan). Ia menjejaskan fungsi jantung juga.

Jika anda terpaksa bekerja shift, ambil langkah berjaga-jaga seperti bersenam dan makan makanan yang seimbang serta dapatkan pemeriksaan doktor dengan lebih kerap.





3. Traffic Jam

Argghh.

Traffic jam memang jadi penyebab stress. Mereka yang tinggal di bandar-bandar besar tidak boleh lari dengan traffic jam.

Kajian menyatakan mereka yang sering berdepan dengan traffic jam boleh mendapat risiko sakit jantung yang lebih tinggi tanpa disedari.

Jika anda masih tidak boleh elak dengan traffic jam, kurangkan stress dengan berzikir, dengan lagu-lagu yang menenangkan ataupun berborak dengan rakan lain di dalam kereta.





4. Menopause Awal

Biasanya wanita mengalami menopause sekitar umur 46 sehingga 50. Tetapi, jika ada yang menopause lebih awal dari itu, ia boleh tingkatkan risiko mengalami sakit jantung.

Ia disebabkan tahap estrogen yang menurun dalam badan wanita tersebut.

Dapatkan pemeriksaan doktor lebih kerap jika ia terjadi.





5. Berdengkur

Jika suami/isteri anda ada beritahu tentang tahap dengkur anda sehingga seakan-akan tidak cukup nafas, anda perlu dapatkan pemeriksaan doktor segera.

Ia mungkin salah satu dari masalah yang serius yang dipanggil apnea.

Apnea terjadi apabila laluan pernafasan anda tersekat dan anda terbehenti bernafas seketika.

Bahayakan?

Apnea juga boleh jadi simptom tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak sekata, strok dan kegagalan fungsi jantung.





6. Hepatitis C

Apa itu Hepatitic C?

Hepatitis C adalah penyakit yang berjangkit melalui pemindahan darah yang tercemar, yang menyebabkan penyakit hati yang kronik.

Apabila anda dijangkiti penyakit ini, anda mungkin akan mengalami paras kolestrol dan tekanan darah yang rendah. Ia juga boleh mengakibatkan keradangan pada tisu badan dan jantung. 

Pastikan anda mendapatkan pemeriksaan doktor yang lebih kerap jika dijangkiti penyakit ini.





7. Tidak Cukup Tidur

Banyak kerja sehingga tidak cukup tidur?

Banyak berfikir sehingga sukar untuk lelapkan mata?

Anda patut ubah tabiat ini. Mereka yang tidur kurang dari 6 jam boleh meningkatkan tekanan darah dan kolestrol.

Ia boleh menjadi penyebab obesiti dan kencing manis(ia  mungkin tingkatkan risiko serangan jantung).

Pastikan anda tidur 7-9 jam supaya badan lebih sihat dan segar.



8. Perkahwinan yang tidak bahagia

Tidak siapa yang inginkan rumahtangga yang porak peranda. Semua inginkan yang bahagia sehingga akhir hayat.

Perkahwinan yang tidak bahagia boleh jadi penyebab stress. Hormon stress sangat tidak baik untuk jantung.

Stress juga boleh menyebabkan anda kuat makan, diet yang tidak terjaga dan penyebab kesihatan yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung. 

Cubalah cari solusi secepat mungkin bagi mendapatkan ketenangan hidup berumahtangga yang diimpikan.




9. Berseorangan

Bila berseorangan, banyak benda yang kita fikir. Sentiasa memendam rasa, kurang bergaul dan bersosial.

Bila kita berkawan, ia boleh mengelak stress dan menjadikan hidup anda aktif.

Dengan mengelak stress, ia boleh mengurangkan risiko kesihatan termasuk serangan jantung.





10. Perut Buncit

Tak semua orang perut buncit kena serangan jantung. Tak semua orang yang tiada perut buncit itu sihat.

Perut buncit tidak membawa serangan jantung secara terus, tetapi secara tidak langsung sahaja.

Berat berlebihan boleh bebankan jantung untuk pam darah.

Ia boleh menyebabkan badan menghasilkan hormon atau bahan kimia lain yang boleh tingkatkan tekanan darah dan boleh jejaskan paras kolestrol.

Secara tak langsung, ia boleh jejaskan kesihatan jantung kita.


sumber: http://www.webmd.com


10 perkara ini tidak langsung memberi kesan jika ia bukan di tahap kronik atau sentiasa berlaku.
Namun, adalah baiknya jika kita berwaspada.

---------------------------------



---------------------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...