Monday, April 11, 2016

8 Etika Makan Rasulullah










1. Membasuh Tangan (Sebelum dan Selepas Makan)

Salman al-Farisi berkata : "Aku membaca dalam Taurat bahawa keberkatan makanan didapati apabila kita membasuh tangan sebelum makan.

Apabila aku menyampaikannya kepada Nabi, Baginda bersabda:

Keberkatan makanan diperoleh apabila kita membasuh tangan sebelum dan selepas makan"
(Riwayat Abu Dawud)





2. Membaca Basmalah

Rasulullah bersabda:
" Jika seseorang antara kamu hendak makan, maka sebutlah nama Allah. Dan jika ia lupa menyebut nama-Nya pada awalnya, maka bacalah,

'Bismillahi awwalahu wa akhirahu' (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)"
(Riwayat Abu Dawud)





3. Menghadap Makanan dengan Tawaduk


Abdullah bin Busr berkata:
"Aku menghadiahkan kepada Nabi seekor kambing. Lalu baginda duduk di atas lututnya dan makan, Seorang Arab Badwi berkata:

'Cara duduk apakah ini?' Baginda bersabda: "Allah telah menjadikan aku sebagai hamba yang mulia, bukan penguasa yang kasar"
(Riwayat Abu Dawud)





4. Menghadap Makanan Tanpa Bersandar

Rasulullah bersabda:
"Aku tidak suka makan sambil bersandar"
(Riwayat al-Bukhari)





5. Menghormati Makanan

Abu Hurairah berkata:
"Rasulullah tidak pernah sedikit pun mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, baginda memakannya.

Dan jika Baginda tidak menyukainya, maka Baginda meninggalkannya"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)





6. Mendahulukan Makanan yang Hampir

Umar bin Abi Salamah bercerita:
"Ketika masih kecil, aku tinggal bersama Rasulullah. Kedua-dua tanganku sering kali berpindah-pindah apabila makan.

Rasulullah bersabda kepadaku:
'Wahai anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat"
(Riwayat al-Bukhari)





7. Menggunakan Tangan

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda:
"Jika salah seorang antara kamu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya. Jika ia minum, maka hendaklah ia minum dengan tangan kanannya.

Sebab syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya"
(Riwayat Muslim)





8. Memakan Sekadarnya

Rasulullah bersabda:
"Tiada suatu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam itu beberapa suapan yang dapat menegakkan tulangnya.

Jika tiada cara yang lain, maka sepertiga (daripada perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas"
(Riwayat al-Tirmizi)

sumber : Majalah Al-Ustaz, 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...