Tuesday, September 9, 2014

10 Makanan Untuk Mudahkan Tidur

Mendapat tidur yang cukup adalah penting untuk kesihatan. 
Kita lebih cergas, buat kerja pun effektif. Kalau tidur selalu terganggu, bahaya untuk kesihatan dan badan kita boleh jadi lesu sepanjang hari.


Bacaan lanjut >> Kurang Tidur punca Gemuk?

Mesti rasa tak best. 

Ramai yang tak tahu sebenarnya ada makanan yang kita boleh makan untuk bantu badan relaks dan mudah untuk tidur.

Berikut adalah 10 makanan yang mudahkan kita untuk tidur.





Makanan #1: Walnut
Walnut mempunyai tryptophan, asid amino yang bantu badan untuk hasilkan melatonin. Kandungan melatonin yang banyak dalam badan boleh bantu tidur dengan lena.





Makanan #2: Badam
Badan mengandungi tinggi kandungan magnesium. Magnesium boleh bantu otot untuk relaks.






Makanan #3: Jus Ceri
Ceri tingkatkan kandungan melatonin dalam badan yang boleh bantu untuk tidur






Makanan #4: Garam
Garam bantu buang hormon stress, kortisol dari badan. Jika anda terbangun pukul 3 pagi, anda boleh cuba ambil secubit garam.







Makanan #5: Gula
Gula tak semestinya tak baik untuk kesihatan, ada ketika ada baiknya untuk ambil. sedikit gula dalam darah dan indulin bantu tryptophan masuk ke dalam otak. Tryptophan adalah sejenis asid amino yang bantu hasilkan serotonin yang boleh stabilkan mood dan mudahkan tidur.





Makanan #6: Madu
Seperti juga gula, madu boleh bantu tingkatkan tryptophan yang masuk ke otak.





Makanan #7: Teh Chamomile
Chamomile mengandungi glycine, untuk bandu otot badan dan saraf relaks.





Makanan #8: Chickpeas
Chickpeas juga mengandungi tryptophan yang bantu badan hasilkan melatonin untuk tidur.




Makanan #9: Makanan laut
Tuna dan Salmon mempunyai kandungan Vitamin B6 yang tinggi, boleh bantu badan untuk relaks.





Makanan #10: Karbohidrat
Makanan yang berkarbo boleh bantu kita tidur, kalau terbangun tidur waktu malam, carilah karbo untuk dimakan. nasi atau roti adalah contoh karbo. Ia bantu tinggikan level gula dan insulin untuk beri mood tidur.

sumber : http://www.healingfoodandherbs.com


Ajaibnya ada produk Shaklee boleh diambil untuk bantu tidur lebih lena. 

Monday, September 8, 2014

8 Makanan Jadikan Mata Lebih Sihat

Mata satu nikmat besar untuk kita. Kita mesti cuba sebaik mungkin jaga mata kita supaya tidak rosak.

Ada banyak cara boleh jaga mata. Kena cukup rehat, mata kena exercise, dan jangan terus-menerus tengok skrin komputer. Mesti rehat juga.
Apapun, cara paling baik untuk jaga mata adalah dari makanan yang kita makan.

Ada 8 makanan yg boleh jadikan mata lebih sihat.



#1. Sayur Hijau

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan kale dipercayai boleh elakkan masalah mata. Sayur hijau mempunyai vitamin A, B12, C dan kalsium. Banyakkan makan sayuran hijau setiap hari.

Pastikan sayur ini tak dimasak overcook, supaya nutriennya tak hilang.





#2. Telur
Jom breakfast dengan sebiji atau 2 biji telur untuk kekalkan kesihatan mata. Telur mengandungi protein yang berfungsi kepada kanta mata. Telur kuning pun bagus juga, ia elak masalah mata bila anda semakin berumur.





#3. Bawang Putih

Sama dengan telur, bawang putih bantu pelihara kanta mata dan boleh bantu elak katarak dan masalah mata bila berumur. Bawang putih banyak sangat kelebihan, selain boleh tingkatkan kesihatan mata, ia boleh rendahkan kolestrol, tingkatkan imun sistem badan dan melancarkan edaran darah.





#4. Lobak Merah
Makanan yang ini memang ramai dah tahu baik untuk mata. Lobak merah mempunyai beta karotin yang baik untuk retina mata dan elak dari bahaya cahaya matahari. Kalau buat jus karot susu pun sedap juga.






#5. Ikan
Ikan terutamanya salmon dan tuna ada asid lemak omega 3 yang baik untuk retina. Omega 3 juga terkenal dalam tingkatkan kuasa otak secara tak langsung boleh bantu beri penglihatan yang lebih jelas. Kalau tak suka makan ikan, Omega Guard Shaklee boleh jadi pilihan terbaik anda.






#6. Kekacang
Badam, gajus dan kacang tanah semuanya ada omega 3, sama macam ikan. Walaupun sedikit, ia boleh bantu kurangkan masalah kering mata dan masalah mata bila dah berumur.





#7.  Acokado
Avokado mengandungi lebih lutein berbanding sayur lain. Lutein tingkatkan penglihatan dengan kurangkan risiko katarak dan masalah mata yang lain.




#8 Dark Chocolate
Yummy, sedapkan coklat. Dark chocolate baik untuk penglihatan. Ia ada flavonoids yang lindung urat darah dalam mata. Urat darah yang kuat akan kuatkan kornea dan kuatkan kanta juga.


sumber : http://www.sheknows.com


Anda pasti nak tahu tentang Vitamin Shaklee yang boleh kurangkan Rabun, baca di sini >> Vitamin untuk Mata Rabun (beserta testimoni)

Sunday, September 7, 2014

3 Kesan Baik Vitamin C Bantu Ubati Jerawat

Jerawat ??
Memang ramai anti dengan jerawat. Jerawat akan efek muka kita, nampak tak berapa menarik. Kadang-kadang ia sakit, tapi yang paling tak suka bila jerawat tinggalkan parut buruk pada muka.

Eeei.
Tak suka. Tak suka.
Jerawat akan timbul tak kira orang, lelaki atau perempuan. Biasa berlaku pada kulit sensitif.
Tak semestinya muka. Ada juga jerawat pada badan dan belakang. Kalau yang ada nanah, kadang-kala rasa berdenyut dan sakit.




Bagaimana jerawat boleh timbul?
Kat kulit kita ada sejenis minyak namanya sebum. Sebum ni dikeluarkan oleh kelenjar dekat dengan folikel rambut. Bila pori kita tersumbat dengan minyak ni, apalagi, jerawat pun timbul la.

Kalau ia tersumbat dan tertutup serta membengkak, ia dipanggil whitehead.

Kalau pori kulit tersumbat dengan minyak ini dan terbuka serta berwarna hitam di permukaannya, ia dipanggil blackhead. 


Vitamin C adalah vitamin popular di kalangan kita dan kanak-kanak. Biasanya kita makan sebab nak kuatkan imun badan, tak mudah kena demam. Tapi sebenarnya faedah Vitamin C sangat banyak terutama untuk kecantikan.





Macamana Vitamin C boleh bantu Ubati Jerawat




Kesan Baik Vitamin C #1: Nyah Radikal Bebas

Radikal bebas tu apa dia? Macam habuk berterbangan ke?
Ehh.. Taklah.

Radikal bebas ni lagi teruk dari habuk tu sebab dia bagi kesan kat sel. Punca datangnya radikal bebas ni adalah dari pencemaran udara, makanan yang kita makan. Dia bagi kesan tak elok kat sel badan.

Bukan bagi kesan kat kulit aje, kat sel dalaman organ pun sama. Paling menakutkan bila ia boleh sampai tukar sel sihat jadi barah. Teruk kan?

Radikal Bebas ni dia musnahkan protein, asid lemak yang bina kulit, ganggu pH normal untuk kulit dan jejaskan fungsi kelenjar yang keluarkan minyak sebum. Bila penghasilan sebum lebih dari biasa, bakteria mudah serang kulit.

Vitamin C, antioksida yang boleh musnahkan radikal bebas ni dan tukar radikal bebas ni jadi bahan bebas yg selamat dan tidak rosakkan kulit.






Kesan Baik Vitamin C #2: Hilangkan keradangan dan kemerahan.

Keradangan tu merujuk kepada keadaan tak selesa yang pesakit rasa bila ada jerawat. Rasa sakit, pedih dan mungkin gatal-gatal.

Sistem imun kita ada keluarkan bahan kimia dipanggil leukotrienes yang boleh bunuh bakteria penyebab jerawat, tapi bakteria ni ada fungsi 'menghala' bahan kimia tu ke kulit semula, kulit pun jadi merah. 

Dalam dos tertentu, vitamin C boleh bantu sistem imun, halang dari rosakkan kulit.






Kesan Baik Vitamin C #3: Bantu pudarkan Parut Jerawat

Tahu tak macamana kulit boleh tegang? Itulah fungsi kolagen dan elastin dalam badan. Dua benda ni adalah protein yang tegangkan kulit tau.

Semakin berumur, kita susah nak hasilkan kolagen sendiri dalam kulit, maka timbullah garisan-garisan halus. Makin lama jadi kedut-kedut.

Argh. TIDAKK!

Kalau kita kurang Vitamin C, protein ni akan lemah. Parut jerawat tak mudah nak pudar. Vitamin C bantu tegangkan kulit berparut, lama-lama parut akan hilang

Sumber : https://yoderm.com/


Vitamin C Shaklee
Vitamin C Shaklee di rumus khas dengan fungsi Sustained Release atau pelepasan perlahan-lahan. Kesan Vitamin C tidak akan hanya tertumpu di awal kita makan, malah ia kekal sehingga 5 jam.










Testimoni



Sebotol Vitamin C Sustained Release Shaklee mempunyai 180 biji dan ada 500mg setiap tablet.
Dapatkan Vitamin C Shaklee HARI INI



Saturday, September 6, 2014

Masker Cerahkan Kulit: Cara Buat Masker Kunyit Langkah Demi Langkah

Biasa kita dengar kunyit untuk goreng ikan.
Semua dapur pasti ada serbuk kunyit. Digaul dengan garam, apa-apa lauk seperti ikan, ayam dan udang siap sedia untuk digoreng.

Buat masker dari kunyit??

Oh no.. Boleh cerahkan kulit?? Macam mustahil kan.

Ya. Ia adalah resepi rahsia yang biasa digunakan untuk wanita india terutamanya bila nak kahwin. Ia biasa dicampur dengan yogurt, susu atau minyak zaitun. Mereka gunakannya untuk cerahkan kulit!

Amaran: Warna kuning kunyit boleh kekal pada kulit cerah, Tetapi warna itu akan hilang dalam beberapa jam.




Bahan-bahan

2 Sudu tepung (untuk pekatkan campuran)

1/4 sudu serbuk kunyit

Untuk Kulit berminyak : 1/4 yogurt kosong, beberapa titik jus lemon

Untuk Kulit Kering: 2 sudu minyak zaitun atau minyak kelapa

Beberapa titis madu








Cara Membuat Masker Kunyit

1. Campurkan tepung dan kunyit 

2. Jika anda kulit berminyak: Campurkan jus lemon dan kacau. Kemudian, campur yogurt sedikit demi sedikit sehingga jadi paste pekat ikut yang kita suka.

3. Jika anda kulit kering: Campurkan minyak perlahan-lahan sehingga menjadi paste pekat.

4. Sapukan pada muka dan leher

5. Biarkan ia kering dalam 15 - 20 minit.

6. Gunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam untuk lap mask dan kemudian bilas muka.

Cuba beberapa kali untuk kesan glowing yang best.




sumber : http://beauty.about.com

Thursday, September 4, 2014

Pengedar Shaklee Terbaik di Kuantan: Area Balok

Perhatian kepada peminat Shaklee di Balok, Kuantan
Berita baik
Berita baik
Berita baik

Anda, pengguna shaklee Balok boleh dapatkan produk Shaklee tanpa keluar rumah untuk transfer duit di bank. Tunggu aje di rumah.

Ye ke ni?

Iyaaa. Pengedar Shaklee anda di Balok sedia untuk berkhidmat untuk anda. Bukan sahaja khidmat penghantaran, malah khidmat nasihat kesihatan juga PERCUMA. 

Percuma??

Ya, percuma dan tanpa had. Boleh tanya apa-apa. Eksklusif tau.. Hanya untuk customer yang membeli dengan kami.

So. Apa tunggu lagi peminat Shaklee di Balok. Pengedar Shaklee di Balok bersedia menghantar produk Shaklee ke depan rumah anda.

Hubungi pengedar shaklee Balok anda hari ini.


Yusraini Mohd Yong (962498)


✆: 019-9525919(SMS dan Whatsapp pun boleh)
✉: yusrainimohdyong@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kuantan: Boleh hantar terus ke rumah di area: Seberang Balok, Gebeng, Beserah, Pantai Batu Itam, Balok, Sg Karang, Bandar Kuantan




Pengedar Shaklee anda di Kuantan yang lain



Ida Fadliza (ID: 886581)


✆: 019-3816167 (SMS dan Whatsapp pun boleh)
✉ : ifaz_0212@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kuantan: Boleh hantar terus ke rumah di area: Beserah, Pantai Batu Itam, Bukit Pelindung, Jalan Beserah, Balok, Sg Karang, Indera Mahkota, Bandar Kuantan




Najidah Zakaria (921947)
FB: Najidah Zakaria

✆: 019-9501761 (SMS dan Whatsapp pun boleh)

✉ : najidah@yahoo.com

Pengedar Shaklee Kuantan: Boleh hantar terus ke rumah di area: Bandar Kuantan, Semambu, Air Puteh, Damansara Kuantan








Noor Hasmuni binti Zakari (965810)
FB: Munie Hasmuni


✆: 019-9460490 (SMS dan Whatsapp pun boleh)

✉ m:munie_kimba84@yahoo.com

Pengedar Shaklee Kuantan: Boleh hantar terus ke rumah di area: Beserah, Air Putih, Pelindung, Bandar Kuantan, Kem Tentera Batu 10 Kuantan dan sekitarnya.









Nor Fauzani Jumodi (ID: 962499)


FB: Nor Fauzani Bt Jumodi

Blog: http://norfauzanijumodi.blogspot.com


✆: 012-777-5059 (SMS dan Whatsapp pun boleh)
✉ : norfauzanijumodi@gmail.com


Pengedar Shaklee Kuantan: Boleh hantar terus ke rumah di area: Indera Mahkota, Astana Vilaa, Shahputra, Kolej Komuniti Kuantan, Permatang Badak, Bukit Rangin UIA Kuantan

Hubungi kami sekarang!

Wednesday, September 3, 2014

7 Cara Seronok dan Kreatif Ajar Anak Urus Wang

Anak-anak sekarang semakin bijak dan hebat. Dari kecil dah ramai yang pandai guna gajet, ada yang lebih pandai main game dari ibu ayahnya.

Pernah tak kita terfikir nak didik mereka pandai guna dan urus wang? Ada ibu bapa tak perasan bahawa anak-anak sudah boleh dilatih diperkenalkan dengan wang, cara guna dan cara berjimat dari kecil.

Cerita pasal anak guna gajet, ramai ibu mengeluh macamana nak elak anak rebut gajet mereka. Tip dari rakan saya dalam video di bawah memang saya SANGAT SUKA. 





Kita sebagai ibu bapa boleh bantu terapkan nilai ini, jangan sampai mereka hanya pandai minta kita beli sahaja tanpa tahu nilai wang itu sendiri. Itu yang buatkan mereka kurang hargai mainan yang kita beli, dan pandai meminta sahaja tanpa usaha. Bila tak dapat, mereka mula mengamuk dan menjerit-jerit tanda protes.

Ayuh.
Jom kita mula ajar anak urus wang. Ada 7 cara seronok dan kreatif untuk didik mereka, dan dengan harapan mereka membesar dengan pandai menghargai wang.



1. Jangan takut perkenalkan wang seawal usia kanak-kanak lagi.

Seawal anak kita sudah pandai bercakap lagi, kita dah boleh kenalkan dia dengan wang. Cerita dengan dia, wang ni boleh buat apa. Bila kita nak bayar sesuatu dipasaraya, beri anak kita hulurkan duit kepada cashier. Apabila bersedekah, pass wang ke tangan anak, dan biarkan dia sendiri yang masukkan ke dalam tabung.

Walaupun masih belum kenal apa-apa, sekurang-kurangnya anak kita faham konsep membayar dan memberi. Cara yang baik untuk kenalkan mereka adalah:

- Lekatkan duit pada kertas, tulis nilai duit tersebut pada kertas. Anak-anak boleh mula kenal nilai setiap keping wang dengan cara ini.

- Beri peluang anak membayar harga barang di kedai.






2. Bantu anak paham dapat duit dengan bekerja

Hidup serba online ni menyebabkan cara mendapat gaji adalah secara maya, susah nak terang dekat anak macamana dapat duit hanya bila kita usaha dan bekerja. Jadi, kita kena terangkan kepada mereka cara dapat duit secara praktikal.

Satu aktiviti menarik adalah dengan tuliskan beberapa kerja dan jumlah upah yang akan dibayar pada kertas-kertas yang di lekat di satu sudut. Bila mereka dah siap kerja itu, mereka tanggalkan kertas yang dilekat dan tunjukkan kerja yang dah siap itu untuk di cek.

- Cipta satu jadual kerja beserta nilai upah. Upah untuk kerja itu boleh serendah RM1

- Biar anak sendiri yang pilih kerja mana yang mereka rela untuk buat dan dapatkan upah.

- Bila mereka nak beli sesuatu yang mahal, bincang dengan mereka harga barang tersebut dan offer senarai kerja yang mereka boleh buat yang mana jumlahnya sepadan dengan harga barang itu.

Susunkan jadual dalam satu kertas beserta nilai upah. Bila lengkap keseluruhan kerja dengan nilai upah, belikan mereka barang tersebut sebagai ganti upah tadi. Menarik kan?





3. Bantu mereka tetapkan ke mana wang mereka

Sediakan tabung-tabung atau sampul-sampul dengan label berlainan setiap satu untuk bahagikan wang yang mereka ada atau dapat. Tak semestinya semua itu disimpan di satu tempat sebagai simpanan. Boleh juga labelkan setiap satu sampul dengan "Simpanan", "Yuran Masuk Legoland", "Basikal Raleigh" dan "Sedekah".

Ia lebih kreatif dan menarik jika dibandingkan dengan hanya untuk simpanan. Mereka juga akan nampak matlamat mengumpul duit dan lebih bersemangat dan seronok untuk menyimpan.






4. Biasakan anak untuk bersedekah

Bersedekah menyucikan harta. Bersedekah juga mendidik diri anak untuk jadi lembut dan mudah bersimpati dengan orang lain. Ia juga dapat jauhkan sifat pentingkan diri sendiri dalam diri anak.

Selain dari tabung simpanan, satu tabung berlabel "Sedekah" sangat bagus diamalkan untuk ajar anak amalan mulia ini dari kecil. Ia juga sunnah Rasulullah, kerana Rasulullah adalah seorang yang dermawan.

Saya memang tak boleh nak nafikan kebaikan bersedekah seperti yang sahabat saya  dalam video di bawah ini beritahu. Ia betul-betul membuka mata hati saya.









5. Merancang Kewangan tak perlu dipandang ringan

Anak muda sekarang ramai yang bankrap. Umur baru 20-an, tapi hutang keliling pinggang. Kenapa jadi macam tu? Sebab mereka tak pandai kawal nafsu membeli. Baru kerja, dah beli kereta mahal. Mereka gopoh dan tak pandai nak bersabar apabila dah boleh pegang duit sendiri.

Dari kecil kita boleh didik anak rancang bajet sendiri. Mereka kena sedar apa yang terjadi dengan wang mereka setelah mereka membeli dan membayar sesuatu.

Aktiviti yang boleh dicadangkan : Keluarkan duit cash, print semua bil elektrik, bil air dan segala macam bil. Bantu anak kita bayar semua bil dan biar mereka kira sendiri baki wang yang ada selepas itu. Anak akan merasai sendiri bagaimana wang yang ada tadi habis, dan sekaligus mendidik mereka menghargai wang. 

Permainan board seperti monopoly juga bagus dalam mendidik anak bagaimana merancang kewangan.







6. Tetapkan matlamat dan didik mereka capai

Apabila anak ingin membeli sesuatu, bantu mereka buat satu jadual kira-kira. Harga barang tersebut di bahagian atas sekali, dan bawah sekali adalah nilai 0. Setiap kali mereka kumpul duit, tolakkan nilai duit yang mereka ada dengan harga barang tersebut, sehingga ke akhir jadual.

Anak-anak boleh melihat sendiri prestasi mereka dan akan tahu berapa lama lagi mereka akan capai matlamat mereka itu.






7. Jadi ibu ayah yang amanah

Bila dah janji untuk membayar anak dengan nilai upah yang tertentu, jangan pula tak bayar atau culas nak bayar. Mereka ada hak untuk dibayar ataupun aktiviti yang dibuat tiada kesan pun.

Bila berada dipasaraya, ajak anak sekali pilih barang mana yang lebih murah untuk dipilih supaya mereka rasa dihargai dan juga terdidik menjadi pengguna dan pembeli yang bijak bila dah besar nanti.



Anak mempunyai potensi yang kita sendiri tak boleh jangka. Mereka ada kebolehan memerhati dan mudah terdidik ketika kecil. Semoga cara yang dicadangkan memberi manfaat kepada semua


sumber: http://familyshare.com/f


Tuesday, September 2, 2014

Promosi dalam SEJARAH SHAKLEE Malaysia : Promosi Kembar

Wow.
Satu Kejutan Kepada semua peminat Shaklee. Kini, Shaklee sangat prihatin dengan kehendak peminat, sentiasa memberikan yang terbaik dan kejutan. Khas untuk kita, peminat Shaklee.

Ya. Kita.
Kita pengguna tegar Shaklee, dan Shaklee sangat menghargai kita.

Bulan September cipta sejarah apabila Shaklee buat DOUBLE PROMOTION atau Promosi Kembar dengan menampilkan 2 Produk hebat dan terlaris.

Jeng. Jeng. Jeng.

Mealshake dan Collagen Shaklee!!!


PROMOSI Collagen Shaklee - Beli 6 Percuma Satu
PROMOSI Mealshake - Beli 3 Percuma 1.

Woweeee. Hebat. (tepuk tangan!)



Apa yang bestnya promosi ni?

1. Jarang dapat promosi Double camni, mudahlah kita pakat kumpul order ramai-ramai untuk cuba Collagen terbaik ni. Ya. Masa ni lah nak cuba

Ada kawan makan 1 kotak aje, dah terasa kelembapan kulit, no more kulit kering

Ada kawan makan 2 kotak kolagen, jeragat kehitaman dah kurang, muka kembali tegang dan kemerahan. 

Tak percaya?


Amacam, ada nampak lagi muda tak??



2. Promosi Mealshake yang SANGAT DITUNGGU-TUNGGU. 

Mealshake adalah kesayangan ibu-ibu, sebab anak-anak kekal cergas. best wo.
Anak yang selalu hantar nurseri cepat kena demam dan batuk selsema kan? kini tidak lagi.
selera anak pun bertambah.

Tak pelik lah promosi Mealshake adalah promosi yang ditunggu-tunggu kan?

Best tak?
Best tak?






3. Beli satu set Kolagen bukan setakat dapat 1 kotak PERCUMA, malah PERCUMA keahlian, PERCUMA kos penghantaran, dapat BONUS tengah bulan. (berapa kali percuma daaa...)

Mana ada orang tak suka.
Sukaaaaaa sangat.
Eh. Eh. Jangan senyum sorang-sorang, terus aje call saya untuk order

Cantik dapat, keahlian dapat, BONUS pun dapat!!


"Ala.. Banyak sangat nak beli! Tapi saya berminat..."

Jangan susah hati. Bukannya saya paksa beli banyak pun. Nak beli 1 pun boleh.
Kalau nak JIMAT banyak dengan beli 1 set, kumpul kawan-kawan yang nak beli daaaaannnnn anda dapat banyaaaak FREEEE


Nak beli 1 kotak, atau 1 set??
Jom Order Hari INI

Monday, September 1, 2014

Setiap kali Promosi Kolagen, Saya pasti teringatkan Arwah.

Ia sudah hampir 3 tahun berlalu.
Pengalaman bersama seorang customer yang sangat tidak boleh dilupakan.
Sepanjang berbisnes Shaklee, ini adalah salah satu kejadian yang saya tidak boleh lupakan.

Jom baca entri saya copy-paste dari blog peribadi saya.

------------------------------------------------------------------
Laaaamaaanya tak memblog.
Haha.
Bz menda ntah.
Bizi dengan bisnes shaklee.

How is my business. Alhamdulillah. semakin menggembirakan. Semakin ramai kawan, semakin banyak income. Ahak.

Entri hari ni adalah tentang kematian. Ya. ia sangat terkesan dengan saya, sejak suatu peristiwa dengan arwah customer saya. Ya, customer shaklee. Beliau adalah kak shida, biras kepada kakak saya. Abang ipar dan suami arwah adalah adik beradik.

Bulan 12 adalah bulan promosi collagen, saya sangat gembira apabila beliau adalah customer pertama saya, dan yang lebih menggembirakan, kak shida nak beli 2 kotak collagen.

Ini adalah PM terakhir beliau bersama saya. Lihat tarikh pada PM itu. Ya. 2 Dec. 2 Disember adalah birthday saya. Itulah berita paling menggembirakan saya pada hari itu.

Pada 4 disember pula, beliau ada membalas komen saya pada post tentang collagen.

dan keesokan harinya, saya mendapat call dari kakak yang kak shida telah tumpah darah, dan keadaannya kritikal. beliau sedang pregnant 8 bulan, dan tak sabar untuk makan collagen selepas bersalin nanti. Dan pada hari yang sama, keseluruhan hari yg sama bertukar duka apabila kak shida di sahkan meninggal dunia akibat pendarahan. anak dalam kandungannya telah selamat dikebumikan dahulu di indonesia. jenazah kak shida diterbangkan dari indonesia ke malaysia pada hari yg sama. (kak shida menetap di sana, kerana suaminya bekerja dengan petronas di sana).

Ya Allah. terjelepuk sekejap saya. sangat tidak sangka, ia sangat tiba-tiba. Jika saya yg jarang bermesra dengannya sudah rasa begini, apatah lagi suami dan anak-anaknya. Beliau meninggalkan anak-anak 5 orang yang masih kecil. Paling kecil adalah 2 tahun. 

Saya balik ke KL minggu lepas, kakak bercerita hal-hal mengenai arwah. 

1. Arwah tiada tanda-tanda untuk 'pergi'. dan permintaan terakhirnya adalah Membeli Collagen (menitis air mata saya mendengarnya, kerana dia hendak membelinya dari saya). 

2. Abang ipar kata kes tumpah darah kak shida itu adalah sangat jarang berlaku. 1 in a million. sangat-sangat jarang. padahal beliau tidak ada masalah sepanjang mengandung. pastinya, ajalnya tidak diawalkan, dan tak dilewatkan sesaat pun, dan kes tumpah darah adalah hanya penyebabnya.

3. apabila di tanya kepada anak-anaknya, tiada kata-kata akhir dan pesanan yang sempat ditinggalkan oleh beliau. Ia berlaku sangat mengejut.

Yang pasti, ia sangat memberi kesan kepada saya. Saya sedar Allah sedang memberi peringatan untuk saya, supaya saya sentiasa sedar kematian adalah dekat. Sehingga hari ini, hati masih pilu dan saya berdoa, pengakhiran hidup saya juga akan berakhir dengan baik. 

Ameen.

Kak shida, moga rohmu dicucuri rahmat. Ameen




Semoga Roh kak shida di rahmati Allah. Moga kekal tenang dan gembira di sana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...