Sunday, September 15, 2013

Merawat Ekzema: 5 Makanan Bermula Huruf 'A'

Ekzema biasanya gatal dan menyebabkan ketidakselesaan kepada kita. Kadang-kala, kesan garu pada ekzema akan menyebabkan luka dan meninggalkan parut. Mereka yang mengalami ekzema akan terganggu aktiviti hariannya dan boleh membawa kemudaratan pada kulit. 

Berikut adalah 5 Makanan yang bermula dengan Huruf 'A'

Alfalfa

Alfalfa boleh membantu merawat ekzema. Anda di cadangkan untuk makan alfalfa jika mengalami kulit kering dan gatal. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, alfalfa merupakan makanan yang kaya nutrisi yang boleh anda makan setiap hari. Jus alfafa boleh membantu membuang toksin dan badan. Alfalfa juga adalah sumber mineral yang baik seperti zink, selenium, kromium, kobalt, silikon dan iodin. Alfalfa juga adalah sumber penyembuhan luka yang baik.



Aloe Vera

Aloe Vera dikenali sebagai agen penyembuhan luka yang boleh merawat dari dalam atau luar badan. Kebanyakan losyen dan krim menggunakan Aloe Vera untuk membantu dalam penyembuhan. Jus Aloe Vera juga baik diminum untuk penyembuhan dari dalam. Anda boleh mengambil jus Aloe Vera untuk menambah imunisasi badan untuk menghasilkan kulit cantik dan sihat. Aloe Vera adalah pencegah ekzema yang baik kerana ia menghindarkan penyakit terutama pada kulit


Avocado

Avocado mengandungi kandungan asid amino yang berkualiti tinggi serta mempunyai 14 mineral. Ia juga berfungsi dalam memulihara dan membantu pertumbuhan. Ia memberi kebaikan dalam membantu melengkapkan fungsi makanan yang lain dalam seperti daging, telur dan keju. Anda digalakkan makan Avocado setiap hari untuk memastikan pertumbuhan dan pemulihan kulit yang sihat. Di sesetengah negara, Avocado digunakan dalam losyen badan sebagai bahan pemulihan dari luar.


Asparagus.

Asparagus mengandungi asid amino yang membantu menjana proses perkumuhan yang baik dari buah pinggang. Kita perlu menjaga kesihatan buah pinggang seperti mana kita menjaga bahagian badan yang baik. Ia membantu menyingkirkan badan tidak baik dari buah pinggang melalui air kencing seterusnya membantu mengurangkan kekusutan minda. Adalah penting untuk kita membersihkan badan melalui perkumuhan untuk membantu keseimbangan dalam badan.


Apples (Epal)

Epal boleh dimakan mentah atau dibuat manisan. Epal mempunyai kandungan gula semulajadi yang boleh meningkatkan penghasilan saliva/air liur yang boleh membantu penghadaman. Ia juga baik untuk badan dan dapat membantu menghilangkan ekzema.

Shaklee mempunyai produk makanan tambahan Alfalfa yang dapat membantu merawat ekzema. Ia juga dapat membantu merawat alergi dan resdung. 


Jom lihat testimoni ini:

Friday, September 13, 2013

Set Berpantang Shaklee: Pilihan Terbaik Untuk Semua Ibu-Ibu

Sudah menjadi lumrah kepada ibu-ibu yang mengandung untuk mencari set berpantang atau bersalin pilihan untuk persediaan selepas bersalin nanti. Set berpantang yang dipilih mestilah membantu ibu-ibu untuk berpantang dalam keadaan sihat dan cergas, luka cepat baik, memberi manfaat dan faedah kepada ibu-ibu berpantang serta anak yang baru dilahirkan.

Antara masalah ibu berpantang adalah:

  • Ingin luka cepat baik dan kurangkan keletihan menjaga anak kecil
  • Ingin badan rasa segar dan segera menjadi cergas semula
  • Ingin kekalkan bekalan susu ibu untuk anak yang baru dilahirkan
  • Ingin kurangkan berat badan yang bertambah ketika mengandung
  • Ingin mengurangkan stress 


Set Berpantang / Bersalin Shaklee mampu membantu ibu-ibu untuk mengatasi masalah-masalah di atas.



Kandungan Set Berpantang Shaklee adalah:



Set Berpantang Asas (Bcomplex + Vitalea + Vitamin C + Zinc):

1) Bcomplex dengan Asid Folik

  • Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.
  • Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.
  • Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..

2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

  • Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
  • Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran
  • Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

3) Vitamin C

  • Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan 
  • Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.

4) Zink
  • Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
  • Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.
sumber: http://amanne8257.blogspot.com/2013/05/set-berpantang-shaklee.html

Set Tambahan (Premium) - (Set Bersalin + ESP + Alfalfa + Ostematrix)


5) Energizing soy Protein- ESP
  • Membantu menambah susu badan
  • Menambah tenaga ibu berpantang
  • Memperbaiki sel-sel badan, dan luka jahitan
  • Memperbaharui sel-sel mati dan mengurangkan parut luka
6) Alfalfa
  • Untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.
  • Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang
  • Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita
  • Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
  • Membantu membanyakkan susu ibu.
  • Membuang angin dalam badan dan
  • Memulihkan urat selepas bersalin


7) Ostematrix
  • Mengurangkan sakit sendi dan lenguh badan
  • Menambah kalsium dalam badan untuk ibu menyusu
  • Mengurangkan sembelit kepada ibu berpantang
  • Menyegarkan badan terutama ketika bangun pagi

Jom semak Testimoni Set Berpantang Shaklee Pilihan Ibu-Ibu























Jom Dapatkan Set Bersalin Shaklee Hari INI


Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Wednesday, September 11, 2013

12 Kebaikan Air Lemon yang Semua Orang Kena Tahu.

Air Lemon berbeza dari air limau kerana air lemon mempunyai sifat alkali yang boleh membuang asid berlebihan dalam badan. Untuk membuat air lemon yang segar, Lemon segar boleh dipotong dan hanya diperah dalam segelas air atau jag tanpa gula atau dengan gula atau madu. Mudah kan?

Banyak kelebihan minum air lemon setiap hari. Anda pasti akan minum air lemon setiap hari kerana kelebihan-kelebihannya yang sangat baik untuk kesihatan.

Lemons

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
Lemon Water
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah. 

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil. 

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

----------------------------



Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.


------------------------

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Tuesday, September 10, 2013

7 Makanan dan Minuman yang Menyebabkan Gigi Kuning

Ramai antara kita tidak suka jika gigi yang putih dan cantik bertukar kuning, tetapi tak ramai yang tahu apa makanan dan minuman yang menyebabkan gigi kuning.

Berikut adalah 8 jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan gigi kuning:

1. Teh Hitam (Black Tea)

Teh Hitam mengandungi sejenis bahan bernama tannins yang boleh meninggalkan kesan kuning pada gigi.



2. Kola dan Soda 

Asid sitrik dan fosforik yang terdapat dalam kola dan soda dan juga kandungan gula berasid yang berada dalamnya akan menyebabkan enamel gigi terhakis


3. Gula-gula manis

Gula-gula manis dan mempunyai warna yang terang bukan sahaja meninggalkan kesan kuning pada gigi, ia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi dan disebabkan kita membiarkannya lama di dalam mulut.

Semakin lama ia di dalam mulut, ia akan mengakis sistem pertahanan gigi dari kekal putih.


4. Kari

Kari sememangnya makanan kegemaran kita, namun kandungannya boleh meninggalkan kesan kuning pada gigi jika tidak dibersihkan segera.


5. Bahan perasa

Sos berasaskan soya dan beberapa jenis cuka boleh menyebabkan gigi kuning.


6. Jus Buah di Pasaran

Jus buah yang terjual di pasaran memang sesuatu yang bagus untuk diminum, namun kandungannya lebih berasid dari jenis minuman yang lain yang boleh mengakis enamel gigi.

Namun, jus buah buatan sendiri adalah lebih baik berbanding membeli Jus Buah sedia ada didalam kotak atau botol.


7. Beberapa jenis buah yang mempunyai warna yang terang

Beberapa jenis buah terutama buah luar negara seperti blueberry mempunyai kandungan berwarna dipanggil polyphenols. Ia sangat baik untuk kesihatan, namun kita harus cepat berkumur selepas makan buah-buahan yang meninggalkan kesan berwarna kepada gigi.


sumber :http://www.healthambition.com/what-causes-yellow-teeth/

Ingin mengetahui cara untuk mengelakkan gigi bertukar kuning, anda dijemput untuk membaca entri --> Cara mengelakkan gigi kuning


Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Sunday, September 8, 2013

Cara dan tips elak dan rawat kejang kaki ketika mengandung

Mengapa kaki saya kejang semasa mengandung?

Sebab utama kaki kejang ketika mengandung tidak dapat dipastikan, mungkin sebab otot kaki si ibu mengalami keletihan, tambahan pula perlu membawa beban berlebihan.

Ada kemungkinan juga kaki kejang berlaku kerana rahim yang membesar menyempitkan pembuluh darah yang membawa darah dari jantung ke kaki, serta menyekat saraf ke kaki. Kekejangan kaki biasa terjadi pada trimester kedua kehamilan dan ke atas biasanya apabila perut semakin besar. Ia juga biasa terjadi waktu siang, namun lebih kerap terjadi waktu malam dan sering ganggu tidur kita.



Bagaimana saya boleh mengelakkan kejang kaki ?

Ibu-ibu hamil boleh mencuba tips ini untuk mengelakkan kejang kaki.

[✔]  Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama .
[✔]  Regangkan otot betis anda dengan kerap semasa kali sehari dan beberapa sebelum anda pergi tidur .
[✔]  Memusing buku lali dan menggoyangkan kaki anda apabila duduk makan malam atau menonton TV.
[✔]  Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.
[✔]  Elakkan terlalu letih . Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki.
[✔]  Minum air dengan kerap untuk sentiasa terhidrat.
[✔]  Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot anda.


Apa yang perlu saya lakukan ketika kaki kejang?

Apabila kaki kejang, anda perlu cepat-cepat lurus kan kaki dan betis, goyangkan jari-jari kaki ke depan dan kebelakang beberapa kali. Ia memang menyakitkan pada mulanya, tetapi kesakitan akan beransur hilang.

Anda juga boleh melegakan kejang kaki dengan mengurut kaki serta meletakkan botol yang mengandungi air suam/ panas bagi melegakan otot yang kejang.

sumber: http://www.babycenter.com/0_leg-cramps-during-pregnancy_250.bc


Adakah vitamin yang boleh mengatasi kejang kaki?

Ada pendapat yang menyatakan bahawa kejang kaki adalah disebabkan kekurangan kalsium dan magnesium dalam badan, namun kesahihannya masih belum dapat dibuktikan.

Ostematrix dari Shaklee mampu membantu mengelakkan kejang kaki kepada wanita hamil dan mengandung. Ia memberi bekalan kalsium dan magnesium untuk badan terutama kepada wanita hamil. Kandungan Vitamin D yang terdapat dalam Ostematrix membantu penyerapan kalsium kepada tulang.






Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Thursday, September 5, 2013

Apa Yang Menyebabkan Gigi Kuning dan 2 Cara Mengatasinya

Ramai yang mengimpikan untuk gigi yang putih dan menyerlah seperti model iklan. Namun begitu ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana giginya menjadi kuning walaupun kerap menggosok gigi setiap hari. Jom kita tengok bagaimana gigi boleh kuning dan cara untuk mengelaknya.

Ada 2 sebab utama gigi yang putih boleh bertukar ke kuning dengan perlahan-lahan. 

What Causes Yellow Teeth and What to Do About It

Sebab pertama adalah kesan makanan dan minuman yang memberi kesan 'karat' kepada gigi. 

Sebab kedua adalah asid pada sesetengah makanan dan minuman yang mengakis salutan enamel putih pada gigi. Soda adalah minuman yang mempunyai kandungan asid yang tinggi yang boleh mengakis lapisan pelindung berkenaan.

Apabila lapisan pelindung ini masih tebal, enamel gigi adalah putih secara semulajadi. Malangnya, jika ia semakin nipis, ia akan kurang putih kerana ia akan menunjukkan lapisan di bawahnya yang dipanggil dentin. 

Lapisan dentin ini adalah lebih kuning dari lapisan enamel di atasnya, maka semakin nipis enamel gigi, semakin kuning gigi kita. Sebab tulah, kebanyakkan dari orang yang berumur mempunyai gigi lebih kuning.

Dua cara mudah untuk elak gigi kuning

Cara paling logik adalah memberus gigi sebaik selepas makan. Sebenarnya, cara itu adalah cara yang silap. 

Enamel gigi akan menjadi lembut sejurus selepas makan makanan memberi kesan 'karat' atau yang berasid sekurang-kurangnya setengah jam selepas itu. Memberus gigi selepas itu akan mengakis terus enamel itu, maka sila tunggu sekurang-kurangnya sejam selepas makan dan minum jika ingin memberus gigi. Itu pun, gigi harus diberus dengan menggunakan berus gigi berbulu lembut. 

Cara paling baik adalah dengan mengamalkan dua cara ini:

what causes yellow teeth

Cara pertama: Teguk air dengan banyak selepas makan atau minum dan kumur dengan perlahan untuk membuang asid dan bahan yang memberi kesan 'karat' itu. Perkara ini nampak remeh, tetapi memberi perbezaan kesan warna yang ketara kepada gigi jika sentiasa diamalkan.

Cara kedua: Hasilkan sebanyak mungkin air liur(saliva) dalam mulut selepas makan dan biarkan ia melalui gigi-gigi kita. Ia mudah dilakukan dengan teguk sedikit air dan air liur adalah pelindung semulajadi melawan hakisan enamel, kesan 'karat' dan kaviti.

Mudah, bukan?

sumber : http://www.healthambition.com/what-causes-yellow-teeth/



Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...