Jom semak 9 perkara sunat yang dianjurkan dilakukan di Hari Raya ini
Perkara Sunat #1: Melaungkan Takbir
Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah jelas dilihat (samadasecara hisab atau rukyah).Perkara Sunat #2 : Menghidupkan Malam Hari Raya
Sunat menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama SembahyangSunat Tasbih.Perkara Sunat #3 : Mandi Sunat
Sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri pada pagi Hari Raya sebelum pergi ke masjid.Perkara Sunat #4 : Memakai Pakaian Paling Elok
Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kukuserta memakai pakaian yang paling elok.Perkara Sunat #5 : Makan Sedikit
Sunat makan sedikit pada pagi itu (sebaiknya makan buah kurma dengan bilangan yang ganjil) sebelum kemasjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya.Perkara Sunat #6 : Menunaikan Solat Sunat
Sunat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, kerana ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:
"Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakanpada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."
Perkara Sunat #7 : Mendoakan
Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti mengucapkan :Taqaballahuminna wa minkum 'semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak'.
Perkara Sunat #8 : Menggunakan Jalan Berlainan
Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat:Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balikdari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurutJabir ra (Hadis riwayat Bukhari).
Tujuan beliau tentulah dapat bertemu dengan lebih ramai orang yangberbeza. Baginda bersalam-salaman, memohon maaf zahir dan batin
Mudah-mudahan amal yang kita lakukan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kesengsaraan danpenderitaan yang mereka tanggung. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:
"Dari Abi Hurairah r.a.: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa melepaskan seorangmukmin itu suatu kesusahan dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahandari kesusahan-kesusahan di akhirat."
Perkara Sunat #9 : Banyakkan Bersedekah
Dalam suasana kegembiraan dan kemeriahan kita menyambut Hari Raya yang akan menjelang tiba, kita juga jangan melupakan manusia yang kurang bernasib baik yang hidup susah dan menderita disebabkan kemiskinan dan musibah yang menimpa mereka.
Mudah-mudahan amal yang kita lakukan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kesengsaraan danpenderitaan yang mereka tanggung. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:
"Dari Abi Hurairah r.a.: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa melepaskan seorangmukmin itu suatu kesusahan dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahandari kesusahan-kesusahan di akhirat."