First time menjejakkan diri ke Petrosains di Kuantan memang pengalaman menyeronokkan. Lebih-lebih lagi membawa Afiq yang dah darjah tiga dan belajar Matematik.
Walaupun masa kami di sini hanya beberapa jam, tapi ia sesuatu yang menyeronokkan.
Kami sampai dalam pukul 12tengahari lebih. Ada banyak gerai aktiviti yang boleh kita join. Masuk aje kita di sini, kita akan dapat satu borang redemption card.
Tiada barangan yang dijual, tetapi ada banyak barang FREE. Cuma kalau nak dapat barang free, kena join aktiviti dan dapatkan cop dahulu.
At least kena dapat 10 cop baru boleh redeem hadiah.
Acara yang kita boleh join semua berkisar tentang matematik.
Afiq dan arif pun ada join aktiviti sikit-sikit dan kami dapat cop cuma tak cukup nak redeem.
Ada juga aktiviti indoor yang dijalankan, dalam aktiviti indoor, pelbagai game yang berkisar tentang teori matematik ada di situ.
Rasa best sampai tak nak balik hero-hero ni. Saya tak dapat nak luangkan masa dan terangkan satu persatu teori matematik advance pada Afiq dan Arif lantaran melayan 2 hero cilik yang sangat aktif.
Anyway, ia satu pendedahan yang best kepada anak-anak dan ibu bapa.
Cuma sedikit sedih kerana sepatutnya aktiviti seperti ini perlu lebih pengunjung dan ditekankan kepada anak-anak berbanding aktiviti hiburan kanak-kanak yang lain.
Its a good effort and start. Tahniah Petrosains Playsmart.
Akan join lagi lepas ni.