Ketika mengandung tiada pula masalah ni, tetapi lepas bersalin, rambut yang gugur dah tak terkawal. Sikat sikit aje, penuh rambut kat sikat. Bukan sikit-sikit gugurnya, naik nipis dah rambut ni.
Suami pula dah mula tegur perubahan pada rambut. Makin lama makin nipis. Jarang suami tegur perubahan pada diri. Jika dia dah mula bersuara, memang serius ni.
Stressnya!
Sahabat saya ni hampir botak sebab rambut gugur. Jom klik video di bawah untuk tahu apa dia buat supaya suami tak terkejut tengok isteri rambut nipis.
Punca Utama Rambut Gugur Lepas Bersalin
Rambut gugur lepas bersalin sebenarnya normal. Istilah medikal kita panggil Telogen Effluvium. Rupanya menurut laman web Wikihow.com, hampir 50% wanita mengalami rambut gugur lepas bersalin.
Punca utama adalah perubahan hormon. Semasa kita hamil, hormon progesteron dan estrogen dalam badan sangat tinggi. Masa tu jarang ada masalah rambut gugur sebab hormon ni lah yang menyebabkan rambut kita berada dalam fasa pertumbuhan.
Sebab tu masa hamil, rambut kita lebih berkilat dan bersinar. Kita pun nampak lebih berseri-seri.
Lepas bersalin, hormon-hormon ini akan turun jadi normal. Sebab tu lah masalah rambut gugur berlaku terutama semasa anak kita umur tiga hingga 4 bulan.
Menurut kepercayaan orang tua, punca rambut kita gugur adalah kerana anak suka main air liur dan menyembur-nyemburkan air liurnya.
Berikut adalah 7 Tips Elak Rambut Gugur yang boleh dicuba.
Tips Elak Rambut Gugur #1: Elak Ikat Rambut dan Dandan Terlalu Ketat
Wanita memang gemar ikat rambut terutama yang berambut panjang. Nampak lebih kemas dan menarik.
Ada yang buat tocang dua, ikat ponytail, dan ada yang ikat berjalin.
Namun, ketika fasa rambut gugur ni, anda boleh kurangkan mengikat dan dandan rambut. Ini kerana tekanan dan regangan akan menyebabkan rambut lebih mudah gugur berbanding dibiarkan lepas.
Tips Elak Rambut Gugur #2: Kekalkan diet sihat termasuk Buah-buahan dan Sayuran
Pemakanan memang sangat penting untuk kekal sihat. Buah-buahan dan sayuran sangat penting dimakan untuk bantu kurangkan masalah rambut gugur.
Buah-buahan dan sayur-sayuran ada flavonoids dan antioksida yang lindungi folikel rambut.
Ia boleh cepatkan tumbuhnya rambut baru sebagai ganti rambut gugur selepas bersalin.
Tips Elak Rambut Gugur #3: Sikat rambut dengan sikat yang Bergigi Jarang
Menyikat rambut boleh buat rambut lagi banyak gugur terutama bila rambut basah. Kita akan menarik rambut dengan sedikit kuat apabila menyikat.
Sedih tengok banyaknya rambut gugur dan tersekat di sikat. Penuh tapak tangan.
Tapi, takkan tak sikat pula terutama bila lepas mandi kan?
Gunakan Sikat yang bergigi jarang untuk elak lebih banyak rambut gugur. Rambut pun nampak lebih kemas berbanding jika tidak disikat.
Tips Elak Rambut Gugur #4: Pendekkan Rambut
Pendekkan rambut supaya dapat kurang tarikan pada folikel rambut. Rambut yang lebih pendek mudah diuruskan dan nampak lebih lebat dan sihat.
Potong hujung rambut yang bercabang. Rambut bercambang akan menyebabkan rambut kita kurang sihat.
Tips Elak Rambut Gugur #5: Kurangkan Penggunaan Alat Pemanas Rambut
Banyak alat pemanas yang kita guna untuk ubah style rambut perlu dikurangkan. Alat kerinting dan alat pelurus rambut yang menggunakan iron pemanas harus dielakkan dahulu.
Paling kurang pun bila rambut basah, tak perlu blow guna dryer bagi rambut kering. Biarkan rambut yang basah kering sendiri secara semulajadi untuk elak lebih banyak rambut gugur.
Tips Elak Rambut Gugur #6: Elak dari Stress
Wanita baru lepas bersalin dan ada anak kecil memang stress. Anak kecil memang banyak kerenah dan si ibu perlu banyak bersabar terutama kepada ibu baru. Tenang-tenangkan diri dan elak dari stress yang keterlaluan.
Stress boleh buatkan rambut gugur dan rambut menjadi makin nipis.
Tips Elak Rambut Gugur #7:Ambil supplemen dan makanan tambahan anda
Ambil makanan tambahan, supplement dan vitamin untuk menguatkan rambut dan kesihatan. Bcompleks, Vitamin E dan Zinc boleh bantu kuatkan rambut.http://www.wikihow.com/Prevent-Hair-Loss-After-Pregnancy
Zinc Complex Shaklee
Zinc adalah mineral yang sangat penting untuk kita. Ianya diperlukan untuk membentuk enzim dan hormon penting dalam tubuh badan selain memeliharanya.
Zinc berfungsi sebagai perantara bagi lebih 100 jenis enzim dalam tubuh manusia dalam berperanan secara lansung untuk metabolisma seluruh sel didalam tubuh kita.
Zinc juga perlu untuk proses pembentukan genetik iaitu pada DNA dan zinc turut mengaktifkan deria rasa dan lidah kita.
Zinc Untuk Rambut Gugur
Zinc juga boleh bantu untuk kurangkan rambut gugur.
Testimoni #1
Sharing is caring. Just nak share testimoni sendiri...alhamdulillah dh hampir sebulan menggunakan Zinc Complex...rambut gugur dah kurang..dulu kalau x bila sikat aje.. mesti byk rambut gugur...thanks ZINC COMPLEX
Testimoni #2
Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Hari ni excited sgt nak kongsikan pengalaman ina mengamalkan zink complex shaklee..Ina baru lepas bersalin anak pertama..mak ada bgtau, klu anak dah start main2 bueh dalam mulut dengan air liur dia, rambut ibu akn gugur..mula2 tu cm xnk percaya je..sbb rmbut ok je..
tp bila ank da masuk 3bulan dia da start main buih dlm mulut, rambut mula gugur..mula2 berhelai helai..makin hari berpuluh2 helai..tuhan je yang tahu betapa takutnya setiap kali nak sikat rambut..yg lagi merimaskan, bila anak da pandai masukkn jari dlm mulut..kdg2 tu ada rmbut ina kt tangan dia..stress sgt time tu..akhirnya ina cuba mkn zink complex shaklee..alhmdulillh baru 4hari makan, rambut da kurang gugur..klula rambut ni bkn aurat bg wanita, lama da ina snap buat testimoni..hehe.,alhmdulillah, masalah rambut gugur dapat ina atasi dgn zink complex juga dengan izinNya..kepada kawan2 yg ada masalah keguguran rambut ni xkisahla ada ank atau belum, sebut je rambut gugur, cubala zink complex shaklee.terbaikkkk!!!
Testimoni #3
As salam..saya nak share tentang ZINC..
testimoni sendiri yea..sya ambil zinc nie sebab rambut saya selalu gugur selepas melahirkan ..
x tahan sangat sampai ada yg botak2 dah rambut nie..huhuhu...so jalan penyelesaiannya sy amalkan zinc.. x sampai seminggu sya dah nampak perubahannya, rambut dah kurang gugur..Alhamdulillah....suke sangat
Dapatkan ZINC COMPLEX Anda Hari INI.
Atau hubungi PENGEDAR ANDA : (sila ikut cara order di bawah)