Showing posts with label Carotomax. Show all posts
Showing posts with label Carotomax. Show all posts

Monday, December 12, 2016

3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi

Pakai cermin mata bukanlah mudah seperti ramai sangka. Ramai orang yang tak rabun ingat pakai cermin mata nampak cool dan cantik.

Ida pun bukan orang yang pakai spek / cermin mata tapi faham struggle yang ramai kawan-kawan pakai cermin mata hadapi.

Antara benda yang mereka perlu lalui adalah ketika hujan.


Masalah lain terjadi adalah ketika nak pakai cermin mata gelap dan ketika minum air panas.

Hanya yang rabun dan pakai cermin mata sahaja memahami situasi ni.

Betul tak? Betul tak?


Menurut Dr Oz, ada 3 cara kurangkan rabun mata


Cara #1 : Buat Senaman Mata


Senaman-senaman mata mudah ini boleh bantu kurangkan risiko rabun dan masalah mata yang lain.

Cuba senaman-senaman mata ini pada waktu pagi, sebelum tidur dan bila-bila masa mata kita letih. Pastikan tangan anda bersih dan relaks.

Amalkan senaman ini setiap hari untuk nampak hasil dalam masa satu bulan.



Senaman Mata #1 : Panaskan mata anda.
Gosok dua tapak tangan bagi sedikit panas. Letakkan pada mata dalam masa 5 saat. Ulang 3 kali.





Senaman Mata #2 : 'Roll' mata anda.
Mulakan dengan memandang ke atas, perlahan-lahan pandang membulat ke arah jam 10 kali dan 10 kali melawan arah jam.



Senaman Mata #3 : Fokus.
Pegang pen mendepa ke hadapan, fokus mata pada pen itu. Kemudian, perlahan-lahan gerakkan pen mendekati muka sehingga jarak 6 inci dari hidung. Kemudian jauhkan ia semula. Ulang sehingga 10 kali.



Senaman Mata # 4 :Urut Kepala.
Guna ibu jari, urut tepi kepala dalam bulatan kecil. 20 kali dalam satu arah, 20 kali lagi pada arah berlawanan. Ulang urutan pada tengah kening di dahi dan bawah mata pada kedua dua belah tepi hidung.



Senaman Mata #5: Lelapkan mata sekejap.
Sandarkan kepala, tutup mata dan relaks untuk 3 minit. Jangan tertidur sudah le. hihi


Cara #2 : Rehatkan Mata


Mata anggota badan yang banyak bekerja. Kena juga beri rehat dan rawat untuk mata. Antara caranya adalah dengan cukup tidur.

Tidur boleh rehatkan serta rawat mata. Tak cukup tidur boleh lemahkan penglihatan dan menyebabkan rabun.

Ketika bekerja, rehat sekali dalam sejam. Contohnya kalau membaca atau menggunakan komputer dalam masa 50 minit, rehatkan mata untuk 10 minit.


Jika mata masih letih, baring dan letakkan hirisan timun di atas kelopak mata.



Cara #3 :  Makan Nutrisi Yang betul


5 Makanan yang baik untuk mata

1. Vitamin A, C, E dan beberapa jenis mineral seperti copper dan zink bagus untuk mata.


2. Antioksidan termasuk beta-keroten, lutein dan zeaxanthin boleh lindungi makula dari dirosakkan oleh cahaya matahari.

Dapatkan antioksidan ini dari sayuran hijau, kuning telur, cili benggala, labu, ubi manis dan lobak merah.

Sayuran tadi kebanyakannya dari yang berwarna kuning dan hijau. Kajian mendapati sayur berwarna kuning dan hijau bantu lambatkan masalah penuaan mata yang boleh jadi penyebab kepada buta.


3. Makanan yang tinggi sulfur, cysteine dan lecithin boleh lindungi kanta mata dari katarak. Contoh makanan-makanan ini adalah bawang putih, bawang merah dan buah zaitun.


4. Buahan Anthocyanin seperti blueberry, anggur dan goji berries ada antioksida dan anti-keradangan yang boleh kuatkan penglihatan


5. DHA adalah asid lemak yang terdapat dalam ikan laut seperti salmon, sardin dan ikan kembung. DHA kuatkan membran sel untuk tingkatkan kesihatan mata.

sumber : http://www.doctoroz.com




Carotomax Bantu Kurangkan Rabun Dan Cerahkan Mata




Caratomax Shaklee direka khas dalam bentuk Beta-carotena yang mana ia lebih selamat untuk diambil. 

Carotomax Shaklee membekalkan lebih 15mg (21,500IU) karotenoid yang berfaedah untuk fungsi badan.

Caratomax Shaklee mengandungi 6 jenis karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat antioksidan.



Testimoni Carotomax












Cara Untuk Dapatkan Carotomax


Jika anda berminat dapatkan Carotomax, sila ikuti langkah di bawah

Wednesday, September 24, 2014

10 Tips Jaga Mata Untuk Pengguna Komputer

Dah takde manual dah. Semua guna komputer je.
Kini, banyak kerja dah tak guna sistem fail yang lama, semua dah bertukar ke sistem komputer yang lebih cepat dan berkesan.

Tapi, ramai yang tak tahu, kesan bekerja dengan skrin komputer boleh jejaskan mata. Makin berumur ia akan makin parah. Boleh jadi hilang penglihatan untuk jangka masa lama tau.

Ngeri kan?

Bila tengok komputer lama-lama, boleh timbul sakit kepala, mata jadi kering dan kadang-kadang boleh jadi kabur. 

Jom semak 10 tips Jaga Mata untuk pengguna Komputer. 




Tips #1: Guna teks berwarna gelap di atas background skrin cerah. 







Tips #2: Pastikan gambar pada monitor tak blur dan fokus. Kecerahan skrin sama dengan kecerahan bilik.






Tips #3: Elakkan biasan warna pada komputer yang mengganggu, pasangkan skrin anti-biasan (anti-reflective) pada skrin.








Tips #4: Elakkan sebarang cahaya lampu terang yang terpantul ke skrin komputer dan seterusnya masuk ke mata. Cahaya bilik mesti tidak direct/ terus dan pada watt rendah.






Tips #5:Kedudukan monitor sepatutnya tidak selari dengan pandangan mata. Laraskan kedudukan monitor sepatutnya 7-10 inci di bawah garisan horizontal paras mata.







Tips #6: Flickering skrin boleh sakitkan mata. Gunakan skrin yang kadar refreshnya at least 60hertz atau lebih.







Tips #7: Pengguna komputer biasanya sangat fokus pandang ke skrin. Pastikan anda ambil masa untuk kelipkan mata dan bernafas dengan baik dari masa ke semasa supaya mata kekal lembap dan otot mata boleh relaks







Tips #8: Setiap 10 ke 20 minit, beri masa mata untuk berehat (20-30 saat). Rehatkan sebentar dengan pandang dan fokuskan mata ke arah tempat lebih jauh dari skrin.

Anda mungkin berminat untuk membaca >> 8 Makanan Jadikan Mata Lebih Sihat






Tips #9: Setiap sejam atau lebih, bangun dari meja komputer dan pergi ke mana-mana tempat dalam 5 minit atau lebih sebelum menyambung semula kerja.







Tips #10: Jika masih ada masalah mata, pergilah berjumpa pakar mata dan berbincang tentang cermin mata khas untuk pengguna komputer tegar. Ataupun dapatkan program terapi penglihatan untuk kurangkan masalah mata.

sumber: http://www.keystoneview.com


Bacaan lanjut >> Vitamin untuk Mata Rabun
(sila klik link untuk mengetahui vitamin sesuai bantu kurangkan rabun)



------------------

Video Shaklee Effect #3
[Video] Lelaki Hampir Lumpuh Kembali Aktif Selepas Isterinya Hadiahkan SESUATU
--- SILA KLIK GAMBAR --

Monday, September 8, 2014

8 Makanan Jadikan Mata Lebih Sihat

Mata satu nikmat besar untuk kita. Kita mesti cuba sebaik mungkin jaga mata kita supaya tidak rosak.

Ada banyak cara boleh jaga mata. Kena cukup rehat, mata kena exercise, dan jangan terus-menerus tengok skrin komputer. Mesti rehat juga.
Apapun, cara paling baik untuk jaga mata adalah dari makanan yang kita makan.

Ada 8 makanan yg boleh jadikan mata lebih sihat.



#1. Sayur Hijau

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan kale dipercayai boleh elakkan masalah mata. Sayur hijau mempunyai vitamin A, B12, C dan kalsium. Banyakkan makan sayuran hijau setiap hari.

Pastikan sayur ini tak dimasak overcook, supaya nutriennya tak hilang.





#2. Telur
Jom breakfast dengan sebiji atau 2 biji telur untuk kekalkan kesihatan mata. Telur mengandungi protein yang berfungsi kepada kanta mata. Telur kuning pun bagus juga, ia elak masalah mata bila anda semakin berumur.





#3. Bawang Putih

Sama dengan telur, bawang putih bantu pelihara kanta mata dan boleh bantu elak katarak dan masalah mata bila berumur. Bawang putih banyak sangat kelebihan, selain boleh tingkatkan kesihatan mata, ia boleh rendahkan kolestrol, tingkatkan imun sistem badan dan melancarkan edaran darah.





#4. Lobak Merah
Makanan yang ini memang ramai dah tahu baik untuk mata. Lobak merah mempunyai beta karotin yang baik untuk retina mata dan elak dari bahaya cahaya matahari. Kalau buat jus karot susu pun sedap juga.






#5. Ikan
Ikan terutamanya salmon dan tuna ada asid lemak omega 3 yang baik untuk retina. Omega 3 juga terkenal dalam tingkatkan kuasa otak secara tak langsung boleh bantu beri penglihatan yang lebih jelas. Kalau tak suka makan ikan, Omega Guard Shaklee boleh jadi pilihan terbaik anda.






#6. Kekacang
Badam, gajus dan kacang tanah semuanya ada omega 3, sama macam ikan. Walaupun sedikit, ia boleh bantu kurangkan masalah kering mata dan masalah mata bila dah berumur.





#7.  Acokado
Avokado mengandungi lebih lutein berbanding sayur lain. Lutein tingkatkan penglihatan dengan kurangkan risiko katarak dan masalah mata yang lain.




#8 Dark Chocolate
Yummy, sedapkan coklat. Dark chocolate baik untuk penglihatan. Ia ada flavonoids yang lindung urat darah dalam mata. Urat darah yang kuat akan kuatkan kornea dan kuatkan kanta juga.


sumber : http://www.sheknows.com


Anda pasti nak tahu tentang Vitamin Shaklee yang boleh kurangkan Rabun, baca di sini >> Vitamin untuk Mata Rabun (beserta testimoni)

Monday, April 14, 2014

Boleh Menjahit Semula Lepas Makan Carotomax

Woho. Testimoni hebat ni pasal Vitamin Mata yang terkenal dari Shaklee. Carotomax!

Masalah mata rabun adalah masalah sejagat. Orang muda kena rabun jauh, yang berumur kena rabun dekat. Bila orang yang berumur kena masalah rabun dekat, mula lah kena tempah cermin mata. Mata pun dah kurang terang, segala perkara sukar nak buat.

Kalau dulu, boleh menjahit sampai ambil upah menjahit, kini sukar lagi. Kalau dulu, lancar membaca, kini sukar dah nak tengok bila dah umur meningkat. Walaupun ia adalah perkara biasa, namun kita boleh ikhtiar untuk kurangkan masalah mata, dan boleh melihat dengan lebih selesa.

Walaupun Carotomax bukan hanya untuk kesihatan mata, tetapi ia lebih terkenal dengan jolokan Vitamin Mata. Dengan mengamalkan Carotomax secara konsisten, dengan izin Allah, masalah mata dapat dikurangkan.


Semak kandungan Carotomax yang HEBAT --> Vitamin untuk Mata Rabun


Jom lihat testimoni seorang rakan tentang Carotomax. Selama sebulan selepas memberi mak mertuanya makan Carotomax, masalah mata telah berkurangan dan boleh menjahit semula. Mak mertuanya juga boleh mengaji dengan lebih lama. Satu berita yang menggembirakan.






Hanya RM74 sahaja sebotol, kesannya mungkin sangat mengujakan. Cubalah Carotomax Shaklee dengan harga murah (tak sampai RM100 pun), berbanding mendapatkan pembedahan mata yang berkali-kali ganda lebih mahal.

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Friday, November 8, 2013

Vitamin untuk Mata Rabun - Carotomax

Mata, salah satu anggota badan paling bermakna untuk semua. Sangat penting untuk kehidupan kita sehari-hari, nak buat semua benda mesti kena guna mata untuk melihat. Bila mata rabun, segalanya jadi tak selesa. Orang yang ada mata rabun perlu beli cermin mata dan kanta lekap untuk bantu lihat lebih jelas. Alangkah bagusnya jika ada vitamin yang boleh mengurangkan masalah mata rabun ni kan?

Untuk atasi masalah mata rabun, anda perlukan Vitamin A. Shaklee ada menyediakan supplemen yang mengandungi Vitamin A iaitu Carotomax.

Kenapa kena pilih Carotomax?

Jom semak kandungan terbaik yang ada dalam Carotomax berbanding vitamin lain.


(+) Alpha Carotene+Beta Carotene : Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan, memperbaiki kulit,mempercepatkan pemulihan luka, mempertingkatkan sistem imun,mengurangkan risiko kanser usus,payudara dan prostat.

(+) Lycopene: Bersifat anti-oksidant,menghalang penuaan organ,serviks yang sihat,kitaran jantung dan sistem imun,mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

(+) Astaxanthin: Melindungi kerosakan kolesterol LDL

(+) Lutein: Menyekat katarak,AMD ( age related macular disease/atau penyakit makular berkaitan umur) glaukoma.

(+) Zeaxanthin: Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya,mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari,endometrial dan serviks.




Sila baca testimoni ini

TESTIMONI 1: Power Mata Berkurang dari 200-250 kepada 75



TESTIMONI 2: Boleh nampak semula walaupun kabur



TESTIMONI 3: Masalah saraf mata, ambil Carotomax, Alhamdulillah boleh menjahit dan mengaji semula




dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...