Tuesday, July 14, 2015

7 Tips Berguna Membeli Belah Bersama Anak Agar Dapat Kurangkan Stress

Ramai yang lebih selesa untuk membeli-belah berseorangan tanpa anak-anak. Iyelah, memang leceh sikit bila bawa anak. Perangai mereka memang tak terjangka.

Tapi, bukan sepanjang masa kita boleh pergi membeli belah bersendirian terutama yang tidak bekerja dan suri rumah yang 24 jam bersama anak.

Mungkin macam Ida yang bekerja, boleh ambil masa sebelum mengambil mereka di taska untuk Ida membeli barang, tetapi jika terpaksa, ada masa Ida perlu membawa 4 hero sekali ke kedai atau pasaraya.


Ketika Ida masih ada anak 2, Ida mudah stress bila membawa anak ke pasaraya. Memang susah nak membeli. Tetapi, bila dah anak 4, rasanya dah biasa kot bawa 4 hero ni ke pasaraya.

Alah bisa, tegal biasa.

Memang menyeronokkan luangkan masa bersama mereka, tetapi mudah juga membuatkan kita stress jika tak tahu caranya.

Di sini, Ida nak kongsi beberapa tips yang Ida apply, dan ada yang Ida google tips dari blog lain juga.


Tips 1: Mentally Prepared

Persediaan mental sebelum keluar membeli-belah sangat penting. Yes, dengan membawa anak, kita perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Its not as smooth as kita berseorangan, dan mereka ada 'temperature' mereka sendiri.

Expect sesuatu di luar fikiran kita. Mungkin mereka boleh mengamuk, mereka boleh menangis, mereka boleh tantrum tak tentu pasal.

Yes. Mental mesti bersedia. Tarik nafaaasss.. dan lepasss.





Tips 2: Cukup Makan / Cukup Rehat / Selesai 'Membuang'

Hero-hero saya ada yang berumur 2, 4, 6 dan 9 tahun. Jadi, sebelum keluar, saya akan pastikan yang 6 tahun dan 9 tahun sudah 'membuang' siap-siap terutama buang air kecil. 

Ke semua hero-hero mestilah sudah makan dan tidak terlalu letih. Mungkin sudah cukup tidur.

Ini adalah untuk mengelakkan sebarang amukan bila mereka lapar dan letih. Jika ada pun, mungkin tidak berapa teruk dan boleh di kawal.



Tips 3: Sediakan List

Ida biasanya akan sediakan list barang penting yang perlu di beli. Jadi, bila sampai sahaja di pasaraya, Ida akan terus terjah tempat letak barang yang hendak dibeli.

Kalau adapun barang yang ingin dibeli yang tiada dalam list, ia pasti di luar perancangan terutama snek-snek tambahan permintaan dari hero-hero.

Dengan sediakan list, kita boleh jimatkan masa kita disamping tidak terlupa untuk membeli benda penting di pasaraya.



Tips 4: Troli Pasaraya

Anak-anak kecil suka berlari. Untuk mengurangkan stress kita yang terpaksa berlari sama mengejar mereka, letakkan mereka di dalam troli. 

Ida suka letakkan 3 hero di dalam troli dan anak sulung akan bantu untuk tolak bersama-sama.

Walaupun mood mereka berada di dalam troli itu tidak lama, tapi sekurang-kurangnya kita lebih selesa membeli di awal-awal masa sebelum ada yang menjerit minta diturunkan. Haha.



Tips 5: Membawa buku, pen, alat tulis, snek

Ida suka membawa pen dan buku untuk hero-hero kecil leka menconteng. Ida juga suka membawa buku dan snek / membeli buku atau snek sebelum mula membeli belah.

Anak-anak akan leka menulis, membaca dan makan disamping kita membeli dengan lebih aman.



Tips 6 : Biar mereka bantu

Tips ini ida ada dapat dari beberapa blog, tapi ida jarang apply. Untuk menambahkan keseronokan membeli bersama anak-anak, kita mungkin boleh libatkan mereka dalam mencari barang yang hendak kita beli. 

Or, at least kita minta mereka pilih warna yang mereka suka, atau wangian yang mereka suka jika membeli barangan seperti sabun.

Anak-anak yang diberikan perhatian seperti itu mungkin boleh kurangkan tantrum mereka yang inginkan perhatian lebih dari kita.



Tips 7 : Don't drag masa

Bagi Ida, ini tips paling penting.

Kita kena tetapkan masa untuk membeli-belah.

Kalau Ida, Ida gemar membawa anak membeli-belah jam 10pagi (selepas breakfast) dan balik sebelum jam 12tghari (sebelum mereka penat, lapar dan mengantuk).

Waktu tidur anak-anak biasanya pada waktu tengahari dan menjelang petang mereka sudah penat.

Jangan drag masa sehingga berjam-jam. Ia memang menjadi FAKTOR penting jika tak nak stress nanti.

Jika terpaksa untuk membeli-belah sehingga berjam-jam, Ida akan pastikan mereka akan berehat makan dan tidur seketika, mungkin di dalam kereta sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah.




Sunday, July 12, 2015

4 Cara Marah Anak Supaya Anak Lebih Mudah Terima dan Sayang Kita

Assalamualaikum, salam Ramadhan buat semua. Hari ni saya terpanggil untuk share satu ilmu Parenting / keibubapaan dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang lebih baik.

Perkongsian ini adalah dari Pakar Ilmu Parenting iaitu Ibu Rozieta di page beliau: Ibu Rose - Mesejnya Kasih.
(sila klik link untuk melihat post asal)


Bila kata marah, mustahil tak ada ibu bapa yang tak marah anak. Memang antara tujuan kita marah adalah untuk mendidik dan tidak mahu anak kita buat kesilapan yang sama lagi. 

Tapi, bila marah, pasti tidak disukai. Bila marah, kebanyakan dari kita sebagai ibu bapa terlalu ikut emosi. Anak yang kurang matang ditengking dan dihina serta sehingga dipukul tanpa belas.

Akhirnya tujuan kita marah mereka tadi dah bertukar jadi negatif. Anak lebih menjauh, tak mahu dengar kata dan lebih selesa meluahkan kepada rakan dan bukan ibu ayah.


Ibu Rose adalah memberikan 4 cara marah anak supaya anak boleh terima dan sayang kita.




Cara 1: Jalinkan perhubungan yang rapat dengan anak. 

Rapat berdasarkan kasih-sayang dan hormat. Ini adalah dasar yang paling penting. 

Itu sebab jika suka sangat berleter dan membebel, bila marah sudah tiada nilai, sebab apa yang dikata sudah masuk telinga dan keluar serta-merta. Serta leteran dan bebelan akan menjauhkan hubungan! 

So, First syarat is kamceng dengan anak, wujudkan pertalian erat atas dasar Trust Each Other.




Cara 2: Marah Perbuatan dan Jangan Hina

Maksudnya, cakap yang anda tak suka itu adalah perbuatan bukan anak itu. 

Selalu ibu bapa bila marah akan menggunakan perkataan seperti " Ko ni memang tak guna!" atau " Macamana bodoh sangat ni!" Nampak tak yang kena attack ialah anak itu bukan kesilapannya. 

Oleh itu, jika yang di attack ialah anak itu, maka bagaimana dia hendak berubah. Oleh itu sia-sia sajalah marah itu. 

Ia hanya menjadi asid dalam badan anak itu yang akan memamah hatinya yang cantik dan merah itu menjadi mati dan buruk!

Katakan begini; " Apa yang abang buat yang boleh menyebabkan abang salah jawab? Abang tak faham soalan ke? Abang letih ke? Abang kurang ulang kaji ke? "

Atau. 

" Abang ni sebenarnya baik dan suka tolong mama, macam ari tu(ambil contoh yang betul). Apa (jangan mengapa) yang membuatkan abang pukul adik tadi? 

Abang tahu tak perbuatan memukul adik tu sebenarnya tidak baik...... abang ni budak baik dan sayang adik, boleh tak mama minta abang kawal marah abang tu bila adik salah...macam mama kawal marah mama bila abang salah...tak pe you do better next time ya!" 

dan cakap pada adik pula jika adik itu sudah boleh faham. BERSIKAP ADIL!




Cara 3 - Kuatkan Sangkaan Baik Kepada Anak.

Di dalam hati, kuatkan sangkaan baik kepada anak dan tahu DIA AKAN BERUBAH DAN MEMBETULKAN KESILAPANNYA. 

Selalu sangat bila kita marah syaitan akan mengmbar-gemburkan lagi perasaan kita sehingga kita merasa anak kita itu teruk sangat dan tidak boleh menjadi baik. 

Ini menjerut hati kita menyebabkan kita rasa lagi takut, maka apa lagi kita pun menghukumlah seperti orang tidak sedarkan diri. Akhirnya anak menyimpan dendam, keadaan menjadi lebih teruk.







Cara 4 - Sebut Syukur, Puji dan Hargai Dia Bila Dia Berubah dan Membetulkan Kesilapan

Bila melihat anak melakukan sesuatu yang menyirap darah.

1- Tarik nafas dan langkah satu langkah ke belakang. (supaya anda boleh ubah keadaan diri anda 'state' dan berfikir jelas tanpa didorong emosi negatif).

Terus ingatkan diri anak ini baik dan dia hanya tersilap. KUATKAN PERASAAN SAYANG ANDA KEPADANYA. Ingat ini peluang anda untuk MEMIMPIN.


2- ANALISA KEADAAN. Tengok punca.


3- BETUL PERBUATAN dan guna SANDWICH METHOD seperti diatas ,
1-sebut kebaikan dia,
2- tegur perbuatannya yang salah
3- ingatkan dia anak yang baik dan anda sayang dia walaupun dia tersilap asalkan dia mahu membetulkan kesilapan.


4- AJAK BUAT SESUATU YANG POSITIF yang menyebabkan dia merasai anda sayang pada dia dan memaafkan dia bila dia telah meminta maaf.

Nampak saja macam banyak, tapi bila sudah biasa dilakukan, ia menjadi sebati dengan diri anda. Dan orang lain nampak anda sangat bijak dan sabar mendidik anak. Dan yang penting, anak anda RASA SELAMAT dengan anda dan dia dapat membesar dengan baik. Dan kemudiannya menjadi anak yang berjasa dan berjaya.

Semoga ini membantu.

Ibu Rose



Perkongsian ini boleh jadi magic untuk anda apply kepada anak. Biasanya bila kita marah, anak akan benci kita, tapi kali ini, anak boleh terima dan sayang sangat kat kita.

Magic kan?

Selamat Beramal

Saturday, July 11, 2015

Tips Ubati Kencing Manis Sampai Terkejut Bacaan Gula Jadi Normal

Ikutkan statistik, 2.6 juta rakyat Malaysia hidap kencing manis.

Dari web http://www.freemalaysiatoday.com , menyatakan statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2014.

ke 10 Dunia?

Dahsyatnya!

Gaya hidup rakyat Malaysia sekarang memang tak boleh nak elak kena penyakit ni. Makanan kita banyak yang manis-manis.

Rutin minum teh tarik setiap pagi dan malam yang di anggap biasa di kalangan kita sebenarnya bahaya untuk kesihatan.


Macamana Seseorang Itu Boleh Kena Kencing Manis?


Sel badan kita dapat tenaga dari glukosa. Glukosa tu adalah gula ringkas yang kita dapat dari makanan. Sel badan kita guna glukosa untuk dapatkan tenaga.

Untuk kawal glukosa dalam darah supaya tak tinggi, ada satu hormon namanya insulin akan bantu sel serap glukosa dalam darah.

Seseorang boleh kena kencing manis tahap 1 apabila dia ada insulin yang kurang. Bila insulin kurang, Ia hanya berlaku pada 5-10% pesakit kencing manis. Golongan kanak-kanak yang ada kencing manis termasuk dalam kategori ini.


Untuk yang biasa, iaitu kencing manis tahap 2, ia berlaku apabila badan tak bertindak balas kepada insulin atau tak boleh guna insulin sendiri.

Inilah kes paling tinggi (90-95%) pesakit kencing manis berlaku. Biasanya untuk mereka yang dah umur 40 tahun ke atas, paling biasa adalah umur 50 - 60 tahun.


Simptom Kencing Manis



  1. Haus yang keterlaluan
  2. Kerap buang air kecil
  3. Lapar yang keterlaluan
  4. Hilang Berat Badan
  5. Letih dan Penat
  6. Penglihatan Kabur
  7. Rasa kebas berlebihan pada kaki dan tangan
  8. Luka yang lambat sembuh
  9. Jangkitan kuman yang kerap



Ubat Kencing Manis TERBAIK


Testimoni ini memang sangat mengejutkan

Ayah sy adalah pengidap kencing manis sudah hampir 20 tahun. Bacaan gula dlm darah tak pernah kurang dari 13. Hasil medical check up, organ dalaman ayah sudah berada di stage 4 dan perlu melakukan dialisis.
Selepas consume vivix, bacaan gula dalam darah kembali normal, dialisis tak perlu buat dan doktor pulak ragu ragu nak buat conclusion. Yang ayah bebas diabetes. Doktor macam x percaya yg rekod kesihatan ayah seperti org normal tanpa masalah diabetes.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...


Memang WOW kan?

Kesan paling hebat adalah BEBAS KENCING MANIS. Sesuatu yang tak boleh dijangka. 

Jom lihat testimoni ini lagi:




Bagaimana VIVIX boleh Bantu Pulihkan Sakit Kencing Manis

Cara 1 : Bantu Kurang Sindrom Resistansi Insulin

Antioksidan yang ada dalam vivix dapat baikpulih sel. Ia juga menjadi pelindung kepada sel tubuh. 

Oleh itu, jika kita ambil secara konsisten, ia boleh bantu cegah sindrom metabolik disebabkan oleh kerosakan gen 

Ia juga boleh kurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kencing manis menjadi semakin parah.


Cara 2 : Bantu Kawal Kadar Kepekatan Gula Dalam Darah

Karbohidrat yang kita makan akan hasilkan tenaga. Jika berlebihan, kandungan gula dalam darah meningkat dan akan berisiko kena kencing manis.

Polifenol adalah bahan yang dihasilkan oleh anggur muscadine akan perlahan proses pencernaan dan cegah penyerapan karbohidrat dalam darah pada kadar yang cepat.


Anggur Muscadine adalah satu satu bahan dalam Vivix Shaklee yang dapat mencegah kandungan gula berlebihan dalam darah yang menyebabkan diabetes.


Cara 3 : Kurangkan Risiko Kerosakan Mata dan Cepatkan Proses Sembuh Luka

Kes yang paling ditakuti oleh pesakit kencing manis adalah risiko buta dan luka yang lambat sembuh. Luka yang lambat sembuh boleh menjadi parah sehingga kaki boleh dipotong.

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix bantu dalam menjaga dan memperbaiki penglihatan mata dan membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera.


Cara 4 : Kurangkan Risiko Pembentukan Protein AGE.

Apabila gula dalam tubuh berlebihan ia berisiko untuk membentuk Protein AGE (advanced glycation end products) dan mengakibatkan sel tubuh mati, atherosclerotic dan risiko diabetes.

Salah satu objektif vivix adalah untuk bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahan pembentukan protein AGE.


Jom Cegah Sebelum Parah.


Dapatkan VIVIX anda HARI INI!

4 Cara Elak Anak Conteng Dinding Supaya Tidak Malu Ajak Tetamu Datang Rumah

Saya ada 4 anak lelaki yang hebat. Anak lelaki saya juga macam anak yang lain.

Memang kreatif dan aktif. Dinding adalah salah satu 'pameran' hasil kreatif mereka.
Memang sakit kepala bila tengok. Dinding dah tak ada rupa dinding

Asyik kena conteng. Argh! Malu bila tetamu datang rumah dan tengok contengan di dinding rumah.

Nak marah pun tak boleh.


Maka, saya sendiri telah browse cara untuk elak anak conteng dinding dan berjumpa dengan entry di web http://blog.kidobi.com

Menarik.. dan saya SETUJU dengan cara yang dicadangkan.

Jom kita baca apa cadangan di web ini.





Cara 1 : Simpan semua pensil dan marker dari dijumpai


 Anak-anak memang mempunyai fizikal yang aktif juga fikiran yang aktif. Mereka sentiasa berfikir apa sahaja aktiviti yang mereka boleh lakukan.

Bila jumpa basikal, mereka ingin main.
Bila jumpa bedak, mereka ingin taburkan.
Bila jumpa pensil, mereka ingin conteng.

Sifat ingin tahu sangat tinggi. Mereka ingin explore banyak benda.

Jangan risau. Ini tandanya anak anda adalah seorang yang bijak.

Perkara paling basic untuk elak anak conteng dinding adalah simpan semua jenis pensil atau pensil warna atau markers dari dijumpai oleh mereka.



Cara 2: Sediakan ruang berkreativiti


Anak boleh di ajak untuk membuat aktiviti lain yang boleh menunjukkan hasil kreativiti mereka. Cubalah kita sediakan kertas untuk mereka warnakan, kotak untuk mereka bentukkan sebagai rumah, batu untuk mereka cat.

Aktiviti yang menarik ini boleh menarik perhatian mereka dari menconteng dinding.

Akhirnya, anda boleh menampal atau menggantungkan hasil kraf yang mereka buat dan ini boleh menambah keseronokan mereka membuat kraf. Mereka pasti rasa berbangga dan seronok dengan tindakan kita itu.



Cara 3 : Bertegas dan sentiasa mengingatkan. 


Setiap kali anak ingin menconteng dinding, larang dan tegaskan bahawa dinding bukan tempat untuk menconteng. 

Cara no 3 ini sangat berkesan bagi saya. Setiap kali anak saya ingin menconteng, saya akan pastikan alat contengan itu diambil segera ataupun saya sediakan buku dan kertas untuk alihkan tumpuan mereka dari menconteng dinding.

Ya. Ini mungkin sukar kerana kita harus berwaspada sepanjang masa. Tetapi, saya percaya dengan tegaskan beberapa kali dengan baik, anak pasti tidak akan menconteng lagi.

Tegas bukan bermaksud menengking dan marah sahaja. Kita mampu bertegas dengan hanya bercakap dengan lembut dan memberi nasihat dengan baik.

Bukankah ia lebih mudah diterima oleh anak?



Cara 4: Ajak Anak Bersihkan Dinding.


Ajak anak membersihkan hasil contengan mereka bersama-sama. Ajar anak bagaimana untuk membersihkan dinding tersebut.

Tindakan ini penting untuk ingatkan anak-anak bahawa untuk membersihkan dinding selepas diconteng adalah tidak mudah. 

Mereka pasti rasa terbeban apabila membersihkan dinding ini dan mungkin merasa insaf untuk tidak mencontengnya lagi.

Ini tidak langsung dapat membentuk sifat anak tanggungjawab dalam diri anak.


sumber: http://blog.kidobi.com/


Sukar untuk Membersihkan Contengan di Dinding? Kami ada Cara.


Mari kita tengok beberapa  kesan SEBELUM dan SELEPAS contengan yang menakjubkan




Eh. Boleh hilanglah. WOW. 

Ya. Inilah kesan Basic H. Bukan guna sesudu cecair ini, hanya beberapa titik sahaja, dan kesannya sangat mengagumkan. 

Apa itu Basic H?





Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Secara ringkasnya, Basic H merupakan sejenis SURFACTANT yang berupaya mengurangkan 'surface tension' air. Ini membolehkan Basic H menjadi cleaning agent yang memang bagus sebab ia mampu membasahkan mana-mana permukaan dengan lebih baik.

Contohnya, pernah tak anda guna cecair 'raindrop' yang disapu pada cermin kereta untuk membolehkan penglihatan yang lebih baik ketika hujan? 

Apa yang terjadi sebenarnya? Cecair tadi merupakan sejenis SURFACTANT yang membolehkan air mengalir dengan lebih mudah di permukaan cermin tanpa melekat.....

SURFACTANT merupakan sejenis bahan yang memang terdapat dalam mana-mana produk pencuci, Bezanya, sumber SURFACTANT boleh jadi daripada bahan kimia atau bahan organik.

Apa sebenarnya SURFACTANT?

http://en.wikipedia.org/wiki/Surfactant


Apa kandungan Basic H?

Pihak Shaklee claim Basic H merupakan 100% natural atau semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya seperti phospate, malah chlorine pun tak ada.

Ada tertera disini, Basic H dihasilkan daripada bahan-bahan yang berasal daripada kelapa dan jagung.

Mesti ada yang pelik. Takkanlah kelapa dan jagung boleh jadi bahan pencuci, dan bahan pencuci serba guna dengan macam2 kegunaan pulak tu....

Mungkin anda generasi muda, ataupun anda lahir dalam generasi yang sudah tidak mengenal 'pencuci organik' nenek moyang kita dahulu. Sebelum adanya sabun, bahan-bahan semulajadi seperti daun-daun pokok atau apa-apa bahagian pada pokok yang mampu menghasilkan buih dijadikan sebagai bahan pencuci. 

Siapa pernah pergi camping? Pernah tak tengok sejenis pokok yang buah2an nya berpintal, warna hijau, kalau diramas ditangan yang basah, boleh menghasilkan buih? Jadi, pendek kata, bahan-bahan tumbuhan memang dah digunakan dari zaman dahulu lagi untuk menghasilkan buih / sabun.

Dalam Basic H memang tak ada SLS. Boleh cek bahan-bahannya. SLS terdapat dalam syampu bayi, sabun mandi dan sebagainya.

sumber: http://anakummicomel.blogspot.com


Testimoni Basic H yang lain.


Mencuci kesan2 halus di celahan Jam Tangan, dalam masa 15minit jam kembali bersih hanya dengan lap sahaja.

Kasut Sekolah ni dah macam2 pencuci guna sebelum ni tapi tetap tak hilang, lepas tu titis dan rendam dengan Basic H, Wahhhh!! nampak baru walaupun kasut ni dah berusia setahun lebih..

Ini pula kesan kotoran di kolar baju

Bersihkan kotoran di kopiah 

Kesan Magic Colour hilang setelah direndam selama 2-3 jam, tanpa menyental

sumber: http://normj1001.blogspot.com


Banyak kegunaan Basic H, pencuci semulajadi ini. Ops.. anda pasti berminat dengan DEMO pada Video ini:




So, dapatkan BASIC H anda HARI INI. 

Hanya RM46.00 sebotol. Tahan sehingga 2-3 tahun. (bergantung kepada penggunaan)



Wednesday, July 8, 2015

7 Rahsia Jimatkan Masa Mengemas di Dapur Yang Di cari-cari Oleh Ibu Hebat

Ibu-ibu hebat banyak kerja yang multitasking. Kita bukan sahaja kena jadi tukang masak, kita juga adalah tukang kayu, guru, driver, tukang dobi, despatch, penyanyi, pelayan dan macam-macam lagi.

Rasanya kalau nak disenaraikan, memang berjela-jela kertas nak buat list.

Betul tak ibu-ibu?

Kerja kita memang unlimited dan 24 hours. Sama ada bekerja atau suri rumah, kerja kita sama sahaja. Letih tidak terkira.

Kalau ada tips untuk kurangkan masa, pasti best kan?


Haaaa... kat sini Ida boleh bantu ibu-ibu sekalian dapatkan tips best pasal jimatkan masa. Sebenarnya tips ini bukanlah yang Ida dah amal, tapi tips yang ida cari untuk ida amal.

Ida sendiri pun kurang efektif bekerja di dapur. Bila cari tips di internet, jumpa satu artikel di web thekitchn.com yang beri tips best pasal ni

Jom tengok 7 Rahsia Jimatkan Masa Mengemas dapur.





1. Kosongkan sink


Amalkan untuk anda kosongkan dan bersihkan semua pinggan mangkuk yang kotor bila-bila masa.

Untuk kurangkan masa memasak juga, adalah lebih selesa kalau sink kita kosong kan. Lebih mudah nak basuh bahan memasak nanti.

Bila kita kumpul semalaman pinggan mangkuk yang banyak tak terbasuh, lebih lama pula kita di dapur untuk bersihkan ia.

Seeloknya, walaupun ada seketul dua pinggan, kita dah jadikan habit untuk kosongkan sink sebelum ia membebankan kita.





2. Bersihkan bila dah siap masak


Memasak bukan kerja yang mudah. Kadang-kala rasa nak krem kaki ni berdiri memasak.

Pasti penat kan?

Tetapi untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa, setiap kali habis memasak, bersihkan dapur dan sink. Tempat yang kotor yang dibiarkan lebih susah untuk dibersihkan kemudian hari kerana kesannya yang sukar untuk dihilangkan.

Maka, amalkan untuk membersihkan sekejap semua bahagian tersebut walaupun selepas anda penat memasak.





3. Bersihkan sink setiap kali selepas membasuh pinggan. 


Sinki adalah tempat paling mudah kotoran melekat sebab semua sisa makanan kita basuh disitu. Ada ketika kita tak sempat nak bersihkan, semua kotoran tu dah susah nak tanggal.

Setiap kali selepas basuh pinggan, berus sedikit di tepi dan dalam sink dengan sabun atau air suam supaya tiada kotoran yang tertinggal.

Bila sink sentiasa bersih, kita tak perlu luang masa lebih lama untuk menyental kotoran hitam degil yang dah 'berkampung' kat sink kita kan?

Lebih-lebih lagi bila ia berlendir dan mengeluarkan bau busuk.

EEuuww.





4. Buat sedikit 'maintenance' sebulan sekali ke atas alatan dapur dan pisau. 

Ambil masa sebulan sekali untuk membuang gris dan kerak pada bontot kuali, polish alatan dapur supaya mudah digunakan.

Pisau pun boleh di asah sebulan sekali bagi mudah bila nak masak. Pisau yang tajam lagi cepat digunakan kan?

Kalau tunggu berbulan-bulan untuk buat perkara ni, mungkin satu hari nanti alatan dapur ni tak tahan lama dan cepat rosak. Ataupun ia ambil masa sehari suntuk untuk buat benda ini sahaja.





5. Sediakan alatan pembersihan pada tempatnya. 


Sediakan satu ruang khas yang mudah dicapai bagi meletakkan semua alatan pembersihan dapur anda.

Berus, tisu, kain tuala, pembersih serbaguna, botol spray pada satu tempat.

Bila nak guna, tak perlu ambil masa lama nak mencari sekitar rumah. Dah boleh jimat masa di situ.





6. Sentiasa kosongkan ruang meja / ruang operasi dapur

Bila kita letak macam-macam pada tempat nak masak (samaada atas meja atau countertops), ruang nak masak jadi terhad. 

Susah nak letak bahan nak masak, nak potong memotong, bahan yang telah dipotong pada tempatnya bila meja / countertops kita tak clear.

Kalau nak letak hiasan pun, berpada-padalah. Janganlah sampai tiada ruang untuk buat persediaan masak.





7. Pastikan Tong Sampah Cukup Besar dan Muat

Tong sampah atau bakul sampah sangat penting untuk buang sisa di dapur. Tetapi, saiz bakul sampah kita mesti cukup besar untuk membuang benda tak elok di dapur.

Jika terlalu kecil, barangan yang nak dibuat akan dilonggokkan di tepi bakul dan ia boleh mengganggu proses kelancaran kerja di dapur.

Memang sangat mengganggu dan menyusahkan.

Mencari bakul sampah yang betul nampak remeh tetapi keperluannya boleh menjimatkan masa ibu-ibu hebat.


sumber: http://www.thekitchn.com/


Apa lagi idea untuk menjimatkan masa? Boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.



Jangan lupa tengok video Tips Mencuci Pinggan Mangkuk dari rakan saya di bawah ini.




Tuesday, July 7, 2015

Petua Hilangkan Gout Sehingga Boleh Makan Makanan Kegemaran Semula

Anda seorang yang aktif dan kuat membuat aktiviti.
Ligat ke sana sini, sentiasa ceria dan cergas.

Tiba-tiba kaki anda tak boleh jalan. Sendi-sendi rasa ketat dan pedih.
Aktiviti yang biasa anda buat pun terpaksa dilupakan. Hanya dapat melihat rakan-rakan gembira luangkan masa untuk aktiviti kesukaan.

Dah nak buat macam mana. Nak gerak pun susah. Ini pula nak ke sana ke mari.

Itulah siksanya sakit Gout. Gout ni biasanya orang lelaki yang kena. 



Macamana Boleh Dapat Gout?

Gout ni terjadi bila asid urik terlebih dalam badan. Ramai tak tahu yang asid uric ni adalah bahan buangan. Ia berasal dari satu bahan dalam badan yang dipanggil Purin.

Purin ni dihasilkan dari dalam badan, dan boleh didapati dari makanan yang kita makan macam daging dan makanan laut.

Setiap dari kita ada purin. Purin ni akan lalu ke dalam hati. Hati akan tukar Purin jadi asid urik untuk dibuang oleh buah pinggang melalui air kencing.

Bila kandungan asid urik tinggi dalam darah, ia akan mengeras membentuk kristal bergaram pada sendi, kadang-kadang membentuk  batu dalam buah pinggang.  Itu yang terjadinya Gout.

Sendi akan membengkak dan kita akan susah nak jalan dan bergerak.

Sakit Sangat!





Berpuluh Tahun Merana Gout


 Ida ada seorang rakan yang ayahnya kena gout. Pain killer memang teman setia. Bila sakit sangat mesti makan pain killer. Kesian kan?

Teruknya sakit gout si ayah sehinggakan nak  berjalan pun ke papah dinding.

Jom ikuti Testimoni sahabat saya ini.

"Ayah menderita gout berpuluh tahun. Pain killer dan ubat gout peneman setiap hari. Salah makan sikit je mesti gout datang. Jalan sampai memapah dinding

Tapi sejak amalkan vivix satu sudu kecil setiap hari, Alhamdulillah takde lagi gout menjengah. Yang bestnya, boleh tinggalkan dah ubat gout dan painkiller yg dh bertahun ambik tu. Dan ayah dah boleh makan makanan kegemaran semula! Syukur Alhamdulillah"


Wow. Dah tak perlu makan painkiller.

Yang lebih best, boleh makan makanan kegemaran semula.
Dah bertahun tak boleh makan seafood, kini dah boleh menikmatinya semula.

Memang TERBAIK.

Hanya dengan satu sudu Vivix sehari, Gout dah hilang dengan izin Allah.



Vivix tu apa?




Vivix bukan ubat. Ia bukan dicipta untuk mengubati penyakit-penyakit tertentu.


Vivix adalah supplemen / makanan tambahan yang bantu badan melawan penyakit secara semulajadi. Ia bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan serata dunia.


4 bahan semulajadi yang menjadi bahan utama dalam Vivix adalah:
  • Poligonum Cuspidatum
  • Anggur Muscadine
  • Elderberi Eropah 
  • Lobak Ungu



Vivix bantu perbaiki sel yang rosak. Sel badan yang rosak kerana asid urik boleh dipulihkan secara semulajadi tanpa pengambilan ubat.

Vivix bukan ubat yang boleh menyembuhkan serta merta. Kesannya mungkin berbeza mengikut individu, tetapi yang pasti tiada kesan sampingan dari pengambilan Vivix.


Dapatkan Vivix HARI INI supaya anda tidak perlu merana sakit gout dan kembali boleh makan makanan kegemaran yang sedap-sedap.

Hubungi Saya.

Monday, July 6, 2015

4 Minuman Semulajadi Bantu Untuk Kurus Supaya Nampak Anggun di Hari Raya

Hari Raya dah tak sampai 2 minggu lagi. Ramai yang dah beli persiapan baju raya dan macam-macam lagi.

Pasti semua tak nak lepaskan peluang untuk nampak cantik dan anggun.

Eh, tempah baju saiz apa tu? Opss. Jangan tanya soalan tu.

SENSITIF TAU.

Anyway, Alangkah bagusnya kalau saiz badan berkurang di pagi raya, pasti nampak lebih menarik dan anggun.

Ramai terpukau dan tak percaya kan? Hari raya terasa lebih berharga dan seronok bila kehadiran kita diraikan kerana penampilan yang berbeza.

Tak ramai tahu minuman-minuman semulajadi untuk kurus. Tapi bukan minum sahaja tau, ia adalah sampingan dari senaman-senaman yang dilakukan seharian. Memang boleh membantu untuk kurus.

4 minuman yang boleh bantu untuk kurus:

1) Jus Detoks
Refreshing Detox Juice Recipes (#INFOGRAPHIC): Trying to snack a little healthier and give your stomach a break? Try these super quick and easy #juice #recipes. Just combine the ingredients in a juicer and blend! http://www.healthcentral.com/diet-exercise/c/458275/169969/smoothie-infographic?ap=2012
Ramai tahu pasal berkesannya jus detoks untuk kuruskan badan. Senang aje nak buat dia, cuma blend buah-buahan dan sayuran atau salah satu daripadanya.

Buah jenis sitrus memang berkesan untuk detoks seperti oren dan lemon. Memang habis semua toksin dalam badan boleh di buang.

Buah-buahan berfiber tinggi seperti epal, lobak merah dan halia pun sangat best kalau ditambah dalam jus. Boleh mudahkan proses membuang juga

Bukan sahaja detoks toksin dalam badan, jus detoks ada banyak antioksida juga. Ia bantu Kuatkan imuniti badan dan lindungi dari radikal bebas yang jahat.

80% peratus penyakit datang dari usus. So, dengan detoks usus dari toksin, boleh hindari dari penyakit, dan kuruskan badan secara SEMULAJADI.

Bacaan lanjut: 10 Kelebihan Detoks Usus.





2) Jus Sayur.

The Spinach Shots Juice Recipe    http://www.juiceupyourlife.tv/ <-- More Recipes :)    Juicing Vegetables
Euw. Bunyinya macam kurang menyelerakan tetapi khasiatnya memang tak terhingga.

Sayur yang paling sesuai di buat air untuk kuruskan badan adalah yang jenis cruciferous.

Sayur cruciferous adalah sayur jenis Brassicaceae seperti bayam, kailan, brokoli, kobis, kobis bunga, dan banyak sayuran hijau lain.

Sayur-sayur ini ada phytonutrients yang bagus untuk kurangkan lemak dalam badan, kurangkan keradangan dan kawal gula dalam darah.

Ia juga bagus dalam seimbangkan paras hormon, tingkatkan metabolisme dan detoks toksin dalam badan.





3) Kopi Hitam (Black Coffee)

Eat for weight loss: How to cook the 10 superfoods that make you skinny
Bila sebut kopi, mesti tak sangka ia boleh kuruskan badan. Tapi kopi ada banyak jenis.

Kopi yang spesifik boleh kurangkan berat adalah Kopi Hitam. Perbezaan jenis-jenis kopi bergantung kepada cara pembuatannya.

Kopi Hitam boleh kurangkan risiko diabetes(tanpa gula) dan serangan jantung. Kafein di dalam kopi hitam boleh tingkatkan metabolisme badan, lagi banyak kalori boleh dibakar.





4) Teh Hijau

Your Ultimate Guide To Green Tea- great article on varieties of green tea, how to steep properly, and storage of loss leaf tea.
Teh hijau memang dah terkenal beratus tahun yang lalu, memang salah satu fungsi power teh hijau adalah kurangkan berat badan.

Teh hijau boleh bantu tingkatkan metabolisme, bila metabolisme tinggi, senang nak bakar lebih banyaaak kalori.

Ada yang dapat kawal selera makan dengan teh hijau.

Memang hebat!

Bila selera dapat dikawal, dapatlah kita kurangkan makanan yang masuk dalam perut kita kan?

Teh hijau memang popular dikalangan orang Jepun, ia boleh bantu kurangkan stress juga.



sumber : http://www.lifespan.com



Bukan Sekadar Teh Hijau

Shaklee juga ada produk berasaskan Teh Hijau.

Energy Cinch Tea.

Dia ada 4 jenis ekstrak tea yang special. Cinch Tea sahaja ada rumusan hebat macam ni.


1) Matcha Green Tea Powder
2) Red Tea Extract
3) White Tea Extract
4) Rooibos Red Tea Extract





Berminat membeli Cinch Tea? Sekotak Cinch tea ada 28 sachet tea. Banyak sachet.




Dapatkan CINCH TEA Anda Hari INI.



Sunday, July 5, 2015

Resepi Ayam Goreng Berempah Simple untuk 7 ketul Ayam

Bermacam jenis resepi mudah yang ramai orang kongsikan sempena Ramadhan ini.

Saya suka tengok resepi mudah dan simple ini sebab saya sendiri tak cukup masa nak buat resepi macam-macam sebab pukul 6 lebih baru sampai rumah.

Ada ketika bila jam, pukul 6.30 baru sampai rumah.

Letih tak hilang, terus masuk dapur. 

Tapi ada satu resepi favourite saya yang beri kelainan kepada ayam goreng. 

Resepi ini saya dapat dari mak mertua. 

Simple, hanya guna bahan sedia ada di rumah tapi SUPER SEDAP.

Ayam Goreng Berempah Simple untuk 7 ketul Ayam.




Resipi Ayam Goreng Rempah (resepi mak mertua)
------
.
Bahan-bahan(untuk 7 ketul kecil)
===
2 ulas bawang merah + 2 ulang bawang putih
Setengah inci halia
3 btg cili api
2 sudu rempah kari daging
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil garam
.
Cara membuat
===
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan halia(lebih baik tumbuk dari blender..sbb kalau blender nanti berair)
2) gaul bahan tumbuk dengan ayam, sekali dgn rempah, tepung dan garam
3) boleh goreng.(kalau perap lama sikit, lagi sedap)
.
.
Selamat mencuba!


Kenapa 7 ketul? Hanya untuk juadah family kecil saya sahaja. Biasanya, tak sempat simpan untuk sahur mesti dah habis. 

Sebarang pertanyaan, boleh komen di ruangan komen ye. 

Terima kasih kerana mencuba

Promosi Shaklee Julai 2015 - Giliran Sirap Ajaib Terhebat

Alhamdulillah.
Setiap bulan Shaklee pasti memberikan yang istimewa untuk ahli-ahlinya. Inilah di antara sebabnya ribuan orang menjadi ahli Shaklee.

Bulan ini, gilliran 3 vitamin kegemaran ramai menjadi promosi.

Vivix, Sirap Ajaib Terhebat
Bcomplex, Ubat Stress dan Tenaga
Vitalea, Multivitamin Terlengkap Untuk Anak


Kelebihan VIVIX

1) Galak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Bantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Kurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Kurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Tingkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Kurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Bantu dlm proses penurunan berat badan
8) Sokong kesihatan mata
9) Tingkatkan kesihatan imum badan
10) Galakan kesihatan keseluruhan
sumber: beehayunos.com





Kelebihan Bcomplex

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

sumber: ayusihatanggun.blogspot.com


Kelebihan Vitalea For Kids

  1. Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  2. Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi
  3. Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
  4. Sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
  5. Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan 
  6. Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan
  7. Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik 
  8. Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas 
  9. Kanak-kanak 2 hingga 3 tahun yang SUDAH PANDAI TABLET boleh ambil dengan PENGAWASAN ORANG DEWASA
  10. Rasa yang sedap
sumber: iramummysikembar.blogspot.com


Senarai Harga:

1. Vivix : RM475.00
2. Bcomplex : RM53.75
3. Vitalea For Kids: RM111.00

Mahal? Tunggu dulu. 

Nak dapatkan diskaun 20%, JOM JADI AHLI.

Dengan Pengalaman Ini, Saya Percaya Doa Ketika Berbuka Adalah MUSTAJAB

Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Tip Sihat Selalu.

Melalui separuh Ramadhan ini , saya ada satu pengalaman yang mungkin tak boleh nak lupa.

Sebelum tu nak bagitahu, sharing ni bukan berniat nak menunjuk. atau bermegah-megah. Bukanlah nak highlight yang saya ada anak yang berbakat, tetapi nak cerita memang pasal doa ketika berbuka yang selama ini saya juga remehkan.





Ceritanya bermula ketika saya perlu berkursus pada hari ke 5 Ramadhan di Hotel Permai Inn Kuala Terengganu. Saya perlu berkursus selama 5 hari. 22hb Jun sehingga 26hb jun.

Silap taip nama hotel. Patutnya Permai Inn.

Hotel tersebut berada bersebelahan dengan masjid. Dekat sangat dengan masjid, setiap kali azan memang jelas dengar sampai bilik hotel.


Sebenarnya saya dah lama tak berkursus di luar. Ini juga kali pertama saya berjauhan dengan anak kecil, Si Amin yang baru berumur setahun 10 bulan.

Rasa sangat hiba setiap kali dengar azan. Ketika itu terfikir alangkah bagusnya jika anak-anak saya menjadi di kalangan mereka yang akan menghidupkan masjid. 

Bermula dari hari itu, saya akan berdoa setiap kali berbuka, a few minutes sebelum jamah kurma.

"Ya Allah, jadikanlah anak-anakku antara mereka yang akan menghidupkan masjidMu"


Honestly, ini ada pertama kali saya berdoa sebegitu. Mungkin sebab berjauhan dengan anak dan sangat rindukan mereka. 

Setiap hari saya doa tanpa gagal. Sejurus sebelum berbuka tidak lama, hanya sempat doa beberapa ayat sahaja.. dan salah satu doa itu adalah doa ini.



Sehinggalah saya balik dari kursus dan mendapat satu mesej dari cikgu Afiq pada 30 Jun 2015. 



Afiq masuk pertandingan azan? Biar betul?
Saya sendiri pun tak tahu Afiq ada bakat mengalunkan azan pada usia 9 tahun.

Dia seorang yang pemalu.

Sehinggalah saya sendiri minta dia berlatih di hadapan saya.

Dan hati si ibu sebak mendengar alunan azan si anak.

Subhanallah.
Subhanallah.
Subhanallah.

Terus teringat doa yang saya lafazkan sejak berkursus tempoh hari.

Terima kasih Allah, walaupun ia masih jauh dari realiti, tetapi hal ini sangat menghiburkan.

Moga satu hari nanti hati Afiq sentiasa rindu untuk menghidupkan masjid serta mengalunkan azan di sana setiap kali masuk waktu.

Afiq Bertanding Peringkat Akhir

Afiq bertanding peringkat Akhir


Dan kini, berdoa sejurus sebelum masuk waktu yang saya anggap remeh dan tak tahu kehebatannya adalah memang superb dan mustajab.

Yang pasti Allah beri petunjuk ini mungkin untuk sama-sama mengajak rakan-rakan pembaca blog ini untuk meluangkan beberapa minit sebelum berbuka dengan berdoa.

Klik link untuk melihat afiq azan yang dirakam oleh cikgu ketika peringkat saringan
https://www.facebook.com/idafadliza/videos/10153411518539556/?pnref=story



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...