Tuesday, November 20, 2012

Cergas dengan Shaklee


Pertama kali, saya berminat dengan shaklee adalah dari testimonial rakan di ofis. Ya, i was struggling to manage my time pada waktu itu. Seorang ibu yang berkerjaya, bersama 3 heroes yang membesar (umur 6 tahun, 3 tahun dan setahun-masih breastfeed) sangat memberi cabaran kepada saya. Saya terus membeli SET KESIHATAN OPTIMUM (vitalea, bcomplex dan vitamin c) untuk mengekalkan kecergasan.

Sebelum mengambil Shaklee, saya sering keletihan. Balik dari kerja, sampai ke rumah dah pukul 6 petang bersama 3 heroes. mereka pasti meminta makanan petang, saya sering membeli kuih di kedai jual goreng pisang sementara menunggu makan malam. Sesampai ke rumah, kerja kelentang-kelentung di dapur pun bermula. Letih yang teramat sehingga emosi pun sering tidak stabil. Anak-anak sering dimarahi jika mereka meminta apa-apa ketika saya di dapur. Pukul 9 malam, saya sudah tidak mampu membuka mata. Sangat penat.

Setelah mengambil SET KESIHATAN OPTIMUM, kehidupan sedikit berbeza. Letih pasti ada, tapi  saya mampu mengekalkan kecergasan sehingga jam 11, menguruskan anak-anak dan rumah. Badan tidak mudah penat, sekaligus emosi mampu di kawal. Anak-anak juga gembira.

TESTIMONIAL HARI INI.

Sangat teruja untuk berkongsi testimonial sendiri hari ini.
Cabaran bermula awal pagi. Tidak disangka-sangka,kereta Husband kehabisan bateri (bateri kong).
Kami harus berkongsi kereta, suami ada meeting di Sg Lembing. Saya perlu menghantar suami ke Sg Lembing (hampir 40km dari rumah) dan menghantar anak ke rumah kakak ipar, kerana saya ada tugas di unit peperiksaan. Saya bertugas di unit peperiksaan dari jam 10.30pg sehingga jam 2 pagi. Habis bertugas, bergegas mengambil anak kerana kakak ipar ada urusan. Jam 4.30 ptg pula, mengambil suami semula di sungai lembing dan menghadiri meeting Moderasi kursus untuk kertas peperiksaan akhir sehingga jam 5.30ptg.

Jam 6.15 baru sampai ke rumah. Disebabkan tak sempat makan vitamin pada waktu pagi, saya mengambil vitamin c, bcomplex sejurus sampai ke rumah. Masak dua jenis masakan, anak makan spageti sebab tak pedas.. suami makan mee goreng pedas. Alhamdulillah, menjelang 10.30malam saya masih cergas, 3 heroes sudah melelapkan mata bersama abah mereka. dan kini jam 1 pagi saya masih di hadapan komputer menaip testimonial ini.

Ini hanyalah satu daripada banyak-banyak hari yang dilalui dengan gembira kerana mampu menguruskan rumah dan memasak walaupun habis dari kerja. Ibu mana yang tak suka melihat anak-anak gembira. Mengurangkan kos membeli makanan di kedai (sekali-sekala beli juga), dan anak makan dari air tangan ibu sendiri. Best kan?

SET KESIHATAN OPTIMUM

Berminat untuk dapatkan set ini, wahai-wahai superwoman sekalian?
Hubungi saya : IDA (KUANTAN) 0193816167
PM saya di FB : http://www.facebook.com/idafadliza (Ida Ifaz)

Wednesday, November 7, 2012

Kekurangan Zink : Rambut Gugur dan Hilang Selera Makan?



Zink merupakan bahan kimia penting yang penting untuk fungsi manusia.   Zink memainkan peranan penting dalam banyak aspek sistem imun. Ia membantu dalam pembahagian sel, pembekuan darah, penyembuhan luka, sintesis DNA, pertumbuhan dan perkembangan janin, dan sintesis protein.

Lima tanda-tanda utama kekurangan zink:

1. Mengganggu sistem imun: Zink menjejaskan aktiviti sel. Kekurangan zink boleh menyebabkan  lemah antibodi dan menjejaskan sistem imun. Oleh itu, orang yang kekurangan akan terdedah kepada jangkitan atau selesema.

2. Cirit-birit: Apabila sistem imun terganggu, ia membuatkan seseorang mudah terdedah kepada jangkitan. Salah satu daripada jangkitan adalah bakteria yang menyebabkan cirit-birit.

3. Kehilangan rambut dan lesi kulit: Zink adalah penting untuk pertumbuhan sel normal. Kekurangan Zink melemahkan sel-sel, yang boleh menyebabkan kehilangan rambut pada kulit kepala dan luka-luka pada kulit. Ini adalah salah satu tanda-tanda utama kekurangan zink.

4. Hilang selera makan dan / atau anoreksia: Kekurangan punca zink menurun hilang selera makan. Jika kekurangan zink tidak dikenal pasti dan dirawat, hilang selera makan menurun akhirnya boleh membawa kepada anoreksia.

5. Kemerosotan kognitif dan fungsi motor: Kekurangan zink dalam ibu mengandung bukan sahaja boleh melemahkan ibu, tetapi juga boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf janin, merosakkan kemahiran motor dan kemahiran kognitif bayi.

Lain-lain tanda-tanda kekurangan zink mengganggu kesuburan, ruam pada kulit, bintik pada kuku, gangguan tidur, kehilangan nafsu seks, kehilangan rasa atau bau, dan dalam beberapa kes anemia yang ringan.


Supplemen Shaklee yang sesuai untuk mengatasi masalah di atas:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...